Seperti sedia maklum, beberapa negeri di Malaysia dilanda fenonema cuaca panas melampau sehingga menjadi punca strok haba dalam kalangan kanak-kanak meningkat.
Baru-baru ini pasangan suami isteri telah kehilangan anak lelakinya yang berusia 11 tahun dikatakan kematian terjadi punca strok haba mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang lain.
Hasil ‘post-mortem’ mangsa, Muhamad Syamil Aqil mengesahkan organ dalaman hangus dan kekeringan air dalam badan.
Suhu badan naik mendadak, terjadinya strok haba
Strok haba terjadi apabila berlakunya peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga mencecah suhu 40 darjah celsius atau lebih tinggi.
Bukan itu sahaja, mereka yang terdedah dengan cahaya matahari dan gelombang haba secara berterusan melebihi 40 darjah celsius juga boleh menyebabkan tubuh badan mengalami kejutan sehingga gagal untuk mengawal mekanisme penyejukan semula jadi.
Gejala yang menyerang pertahanan tubuh badan secara tiba-tiba ini juga dikenali sebagai hipertermia.
Ia boleh menyebabkan rasa pening, loya sehingga muntah, mudah pitam dan demam tetapi tidak berpeluh.
Orang tua dan bayi antara golongan berisiko tinggi
Golongan yang berisiko tinggi seperti bayi, orang tua dan pesakit kronik yang mengalami penyakit jantung, paru-paru, sakit buah pinggang atau sedang mengambil rawatan atau jenis ubatan lebih mudah menjadi mangsa strok haba.
Ini kerana ia lebih mudah menyerang organ dalaman sehingga memberikan komplikasi yang lebih teruk seperti buah pinggang, pembuluh darah dan kematian.
Manakala, dikatakan orang dewasa yang berumur 40 tahun dan ke atas berisiko 10 kali ganda berbanding golongan muda.
Apa pun sebagai ibu bapa, anda harus memantau setiap pergerakan anak dan elakkan mereka banyak melakukan aktiviti luar yang terdedah dengan cahaya matahari.
Dahaga terlampau antara gejala strok haba
Untuk memudahkan anda mengenalpasti gejala strok haba yang mungkin boleh terjadi kepada anak-anak atau individu terdekat. Berikut merupakan antara gelaja strok haba yang boleh dijadikan panduan:
- Badan letih dan lemah.
- Rasa pening atau sakit kepala.
- Rasa mual, loya dan muntah.
- Peluh keterlaluan atau tidak langsung berpeluh dalam cuaca terik atau suhu persekitaran tinggi.
- Kekejangan otot.
- Nadi menjadi laju dan dada akan ketat.
- Mengalami hipotensi atau tekanan darah rendah.
- Pitam atau pengsan.
- Tekak kering dan rasa dahaga keterlaluan.
- Jarang membuang air kecil atau warna urin gelap berbanding biasa.
Tips untuk mengelakkan strok haba
Sekiranya terdapat salah satu gejala seperti di atas, apa yang boleh dilakukan oleh ibu ayah untuk bertindak lebih awal sebelum mendapatkan rawatan susulan adalah seperti:
- Bawa anak supaya beralih ke kawasan lebih sejuk, berangin dan jauh daripada sinaran cahaya matahari.
- Longgarkan pakaian untuk memberi ruang supaya kulit boleh ‘bernafas’ dalam usaha menurunkan suhu badan ke paras normal.
- Turunkan suhu badan dengan mengelap muka atau badan menggunakan tuala lembap, mandi, berendam dalam air sejuk atau meletakkan pek sejuk di celah ketiak. Juga boleh duduk di bawah atau di hadapan kipas.
- Minum air sejuk perlahan-lahan. Anda juga boleh kemam ketulan ais untuk menambah cecair dalam badan.
- Jika gejala masih belum pulih dan makin teruk, dapatkan rawatan di hospital atau pusat kesihatan berhampiran.
Semoga membantu ibu bapa di luar sana dalam menangani strok haba.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Budak Ini Terkena Strok Haba Hanya Lepas Tidur Dalam Bilik Sendiri, Jaga-Jaga Parent!
Baca juga: Terlupa Anak Dalam Kereta Selama 3 Jam, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Akibat Strok Haba
Baca juga: Nenek Tidak Sengaja Tertinggal Cucu 3 Tahun Dalam Kereta, Mangsa Mati Akibat Strok Haba
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!