X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Terlupa Anak Dalam Kereta Selama 3 Jam, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Akibat Strok Haba

20 Jun, 2019
Terlupa Anak Dalam Kereta Selama 3 Jam, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Akibat Strok Haba

Kulit kanak-kanak tersebut melecur ketika ditemui 3 jam kemudian...

Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kes tertinggal anak meninggal dunia dalam kereta akibat strok haba. Tahukah anda bahaya strok haba terhadap tubuh manusia?

Kejadian terkunci dalam kereta sehingga maut merupakan salah satu kecuaian yang kita tidak ingini terjadi, terutamanya melibatkan kanak-kanak. Namun sejauh mana kita beranggapan semuanya selamat, takdir penentu segalanya.

Kanak-Kanak 2 Tahun Terkunci Dalam Kereta Maut Akibat Strok Haba 

Menurut Ketua Polis Lahad Datu, Penolong Kom. Nasri Mansor, ibu mangsa telah mengambil 2 anaknya dari sekolah sekitar pukul 1 petang pada hari itu.

Ketika mereka sampai di rumah, ibunya meletak kenderaan dan berpesan kepada anak sulungnya untuk membawa masuk adiknya.

tertinggal anak dalam kereta

sumber: astro awani

Malangnya, si ibu tidak memeriksa sama ada arahannya itu dilakukan atau tidak, dan dia tertidur di tingkat atas selepas solat.

Dalam satu kenyataan, Nasri berkata,

“Pada 3.35 petang, dia bangun dan turun ke bawah untuk memasak buat anak-anaknya. Dia memanggil mangsa, tetapi kanak-kanak itu tidak dapat ditemui. Ibunya terus panik dan bergegas mengelilingi rumah mencari anak perempuannya namun tidak berhasil. Dia akhirnya menemui mangsa yang tidak sedarkan diri, terbaring di belakang kereta. “

Pada masa itu, kanak-kanak itu sudah terperangkap di dalam kereta selama kira-kira 3 jam. Dia dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan, tetapi sudah terlambat.

Susulan bedah siasat selepas kejadian mendedahkan kanak-kanak berusia 2 tahun itu mengalami luka dan melecur di badannya akibat strok haba di dalam kereta.

Strok Haba: Kulit Mangsa Terbakar Akibat Suhu Terlalu Panas

kulit melecur

gambar hiasan

Kulit melecur boleh disebabkan oleh suhu serendah 44 Darjah Celcius untuk masa yang lama. Suhu tinggi seperti 80 darjah Celcius dan yang lebih tinggi boleh menyebabkan lebih banyak luka terbakar dalam tempoh masa yang lebih singkat.

Jadi ini bermakna kanak-kanak tersebut dibiarkan terlalu lama, hingga menyebabkan dia mengalami strok haba yang teruk, selain kulit melecut kerana suhu tinggi.

Tambahan lagi, matahari yang terik pada waktu tengahari mendorong kulit terkoyak akibat panas melampau.

Ibu ayah, kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak-anak. Jadi pastikan tidak berlaku kecuaian sebegini dengan memastikan keselamatan anak dengan tidak mengharapkan bantuan orang lain semata-mata.

Jangan Tinggalkan Barangan Ini Dalam Kereta!

Dalam hal lain pula, terdapat beberapa barangan yang kita tidak boleh biarkan di dalam kereta dalam cuaca yang panas. Haba yang terperangkap dalam kereta boleh menjejaskan beberapa peralatan jika dibiarkan dalam kereta dengan suhu yang tinggi.

Berikut merupakan senarai item yang sering kita ambil mudah, dan tidak seharusnya dibiarkan dalam kereta semasa cuaca panas:

  • Botol Air Mineral – Air mineral yang masih ada dalam botol boleh terjejas akibat bahan kimia yang terbebas akibat tindakbalas bahan pada plastik botol dengan suhu tinggi. Selain itu, permukaan botol air juga boleh menjadi kanta yang menyebabkan kebakaran pada tempat duduk kenderaan! 
strok haba

sumber: mbd radio

  • Gajet Elektronik – Gajet seperti telefon bimbit, laptop dan tablet kadangkala tertinggal dalam kereta, dan kita cenderung untuk tidak mengambilnya semula dalam masa terdekat. Ini berbahaya kerana bateri dalam telefon boleh menjadi sangat panas dan mengakibatkan letupan sekiranya dibiarkan terlalu lama bawah pancaran cahaya matahari.
  • Cermin Mata Hitam – Ini mungkin tidak memberikan bahaya kepada nyawa, namun meninggalkan cermin mata dalam suhu tinggi pada waktu yang lama boleh merosakkan materialnya.
  • Gincu – Gincu mudah cair jika dibiarkan terlalu lama dalam kereta dengan haba yang tinggi.
  • Minyak Wangi – Jika anda ada tabiat bersiap dalam kereta, mungkin anda sudah terbiasa menyediakan minyak wangi untuk dipakai dalam kereta. Kami sarankan anda simpan minyak wangi dalam tas tangan atau di rumah sahaja, kerana minyak wangi yang dibiarkan dalam suhu panas tidak akan wangi lagi.

Suarakan pendapat anda!

Apakah carseat terbaik untuk bayi baru lahir?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: manis.fm

Baca juga:

https://my.theasianparent.commati-dalam-kereta

Stories Rakan Kongsi
Achieve Better Lactation Results with Philips Avent Breast Pumps
Achieve Better Lactation Results with Philips Avent Breast Pumps
Is Your Child Your Copycat?
Is Your Child Your Copycat?
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
What Is the New Standard of Gentle?
What Is the New Standard of Gentle?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Terlupa Anak Dalam Kereta Selama 3 Jam, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Akibat Strok Haba
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham