X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Product Guide
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan

4 min bacaan
Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan

Tahukah anda bahawa amalan pemakanan sihat amat penting sekiranya anak mempunyai masalah G6PD? Namun, hati-hati ada beberapa makanan yang perlu dielakkan!

Amalan pemakanan sihat seperti yang disarankan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) adalah untuk memastikan seluruh masyarakat memperoleh nutrisi terbaik diperlukan tubuh badan.

Namun, tidak semua individu dilahirkan dengan kesihatan yang baik dan mengalami beberapa masalah sehingga menghalang mereka untuk menikmati pelbagai makanan sihat.

Amalan pemakanan sihat bagi anak G6PD

amalan pemakanan sihat untuk anak g6pd

credit to sources

Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi yang disahkan dengan masalah G6PD semestinya mendatangkan kerisauan dalam kalangan ibu ayah.

Namun apa yang pasti, menyediakan sendiri makanan bayi di rumah membolehkan ibu mengetahui bahan-bahan dan kandungan serta sekaligus mengurangkan kebimbangan dalam membekalkan nutrisi optimum buat si manja anda.

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) apabila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Jangkitan seperti Salmonella dan E.coli boleh menyerang penghidap kekurangan G6PD. Jadi adalah penting untuk para ibu menyediakan makanan dengan penuh berhati-hati untuk mengelakkan kemunculan bakteria.

Ia termasuklah cara memasak, penyimpanan dan pemanasan makanan bayi yang betul.

Dengan cara ini, penyediaan makanan di rumah memberikan keyakinan bahawa si manja anda diberikan menu yang selamat dan bersih.

Masalah kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Antara makanan yang perlu dihindarkan

pemakanan selamat bagi anak g6pd

credit to sources

Sekiranya anda memiliki anak menghidap G6PD, perlu mengambil langkah berjaga-jaga berikut dengan mengelakkan sebarang ubat dan makanan yang mendatangkan pelbagai komplikasi. Antaranya:

  • Kacang parang (fava beans)
  • Mentega kacang
  • Produk soya seperti tauhu
  • Makanan yang mengandungi sulfida kacang soya
  • Asid askorbik tiruan yang terdapat dalam vitamin C
  • Sesetengah herba Cina
  • Makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue
  • Gula-gula dan makanan berperisa menthol

Senarai makanan di atas mungkin tidak mendatangkan tindak balas terhadap tubuh badan anak. Namun, pastikan anda merujuk nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memperkenalkan baru kepada mereka.

Risiko pengambilan kacang

Biji kacang parang (fava) boleh mendatangkan tindak balas hemolitik yang teruk iaitu favisme. Dalam sesetengah kanak-kanak yang kekurangan G6PD, makan kacang ini akan menyebabkan hemolisis tahap rendah (pemusnahan sel darah merah).

Namun ini sangat berbahaya meskipun gejala mungkin sangat ringan sehingga tidak disedari, tetapi hemolisis boleh menyebabkan masalah seperti jumlah zat besi berlebihan dan menganggu ingatan.

Bukan itu sahaja, ia turut memberikan tekanan kepada jantung, buah pinggang, hati dan limpa untuk bekerja secara lebih.

Makanan terbaik untuk bayi G6PD

cara pemakanan sihat untuk anak g6pd

foto: momtastic

Disebabkan oleh sel darah merah lebih mudah terjejas kerana bahan-bahan oksidatif dalam individu dengan masalah G6PD, diet yang kaya dengan antioksidan adalah penting.

Buah-buahan (terutamanya buah beri) dan sayur-sayuran (terutamanya ubi bit) adalah sumber antioksidan yang baik.

Walaupun ia dibolehkan, namun ibu perlu memastikan untuk berbincang terlebih dahulu dengan doktor. Hal ini kerana bayi yang baru diperkenalkan dengan makanan pejal dari usia 6 bulan akan menyebabkan pelbagai alergi.

Oleh itu, walaupun ibu ayah boleh memilih makanan yang terbaik buat anak-anak dalam jangka masa yang panjang, hal yang lebih penting adalah cara memperkenalkan mereka pada usia awal dengan melakukan pemerhatian buat empat hari pertama tanda-tanda alergi.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Sumber-sumber lain yang baik termasuk barli, oat, bawang putih dan halia.

Bukan itu sahaja, kumpulan makanan organik adalah lebih baik kerana ia ditanam tanpa menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan anak-anak.

Penyakit genetik ini memberi kesan yang berbeza-beza mengikut individu. Ada yang terkesan teruk apabila terlanggar pantang, ada yang tidak.

Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya ahli keluarga dapat membantu pesakit waspada dalam pengambilan makanan atau ubat-ubatan seharian.

Buat masa ini, tiada rawatan spesifik untuk menghilangkan penyakit kekurangan G6PD daripada tubuh.

Sungguhpun begitu, ibu ayah tidak perlu terlalu risau kerana anak yang kekurangan G6PD masih boleh menjalani kehidupan yang aktif, sihat dan normal selagi tidak didedahkan kepada pencetus hemolisis.

Sumber: Homemade Baby Food

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan

Baca juga:

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Anak G6PD

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan
Kongsikan:
  • Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Anak G6PD

    Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Anak G6PD

  • 6 Jenis Ikan Tak Boleh Makan Ketika Hamil, Ibu-Ibu Sila Take Note!

    6 Jenis Ikan Tak Boleh Makan Ketika Hamil, Ibu-Ibu Sila Take Note!

  • Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Anak G6PD

    Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Anak G6PD

  • 6 Jenis Ikan Tak Boleh Makan Ketika Hamil, Ibu-Ibu Sila Take Note!

    6 Jenis Ikan Tak Boleh Makan Ketika Hamil, Ibu-Ibu Sila Take Note!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham