Kaya Omega-3 & Protein Lengkap, Bubur Salmon Brokoli Bantu Anak Menjadi Bijak!

Kaya Omega-3 & Protein Lengkap, Bubur Salmon Brokoli Bantu Anak Menjadi Bijak!

Bila memilih makanan terbaik buat si manja, para ibu perlulah menyediakan bahan segar dengan nutrisi sihat. Apa kata anda cuba hidangan bubur salmon ini!

Tahukah ibu ayah bahawa ikan salmon adalah salah satu sumber makanan yang kaya dengan nutrisi baik bagi menggalakkan proses perkembangan bayi? Jika anda tidak mempunyai idea jenis makanan sesuai, kami cadangkan untuk ibu cuba resepi bubur salmon bersama brokoli ini!

Sudah tentu sahaja jenis makanan berasaskan laut adalah selamat diberikan kepada si manja yang berusia 6 bulan ke atas. Jika anda bandingkan dengan ikan lain, salmon memiliki kandungan protein yang paling lengkap dan sekaligus meningkatkan kecerdasan otak si manja.

Resepi mudah bubur salmon untuk bayi

bubur ikan salmon credit to sources

Dalam memikat selera bayi terhadap menu hidangan yang telah ibu sediakan, anda boleh cuba mencipta kelainan dengan meletakkan ikan salmon dalam bubur nasi. Menurut perkongsian seorang ibu, Noor Farhana Sariff, resepi bubur ini diolah dari bubur lambuk Terengganu.

Uniknya bubur lambuk negeri ini ialah ia diletakkan banyak ulam yang berkhasiat. Memang layan betul kalau makan, sebab dalam tu diletakkan penuh isi ikan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan salmon (sepotong)
  • Lobak merah (1 biji)
  • Brokoli
  • Bawang holland (cincang halus)
  • Serbuk bilis atau ikan bilis yang disangai atau goreng, lepastu tumbuk
  • Unsalted butter (1 kiub kecil)
  • Beras jepun (Sumo)

Cara penyediaan:

  1. Basuh beras sehingga bersih
  2. Masak beras sehingga ia separuh masuk. Jika ibu mendapati kurang air, anda boleh tambah lagi untuk mendapatkan tekstur seperti bubur lambuk.
  3. Selepas nasi sudah separuh masak, masukkan semua bahan-bahan di atas termasulah serbuk bilis. Biarkan ia mereneh sehingga lembut.
  4. Ikan salmon pula saya perasakan dengan sedikit lada hitam bersama kulit kayu manis untuk membuatkan ia lebih rasa.

    bubur lambuk ikan salmon credit to source

  5. Selepas itu, goreng ikan salmon menggunakan unsalted butter atau minyak kelapa sawit.
  6. Setelah goreng, racik-racik secara halus. Asingkan tulang dan tabur atas bubur untuk hidangkan bersama si kecil tersayang.
  7. Siap! selamat mencuba bubur lambuk ikan salmon.

Siapa orang Terengganu, mesti pernah makan. Kalau bayi atau anak kecil, kita tak letak ulam lah. Ganti dengan sayur-sayuran lain sebab risau perutnya tak tahan. Bagi saya, ok je asalkan anak boleh terima air tangan ibunya.

Manfaat ikan salmon untuk perkembangan bayi

#1. Meningkatkan kecerdasan otak

Ikan salmon adalah salah satu ikan laut yang memiliki kandungan Omega 3 sangat tinggi untuk mengoptimumkan fungsi otak bayi. Tidak hanya anak kecil, ia sangat baik diambil oleh ibu mengandung.

Makan ikan salmon digalakkan sejak bayi kerana ia merupakan waktu paling tepat bagi proses perkembangan otaknya. Ia turut memiliki terkstur isi yang lembut sehingga mudah dicerna oleh bayi berusia 6 bulan.

#2. Membantu penglihatan bayi

khasiat ikan salmon credit to sources

Kelebihan ikan salmon untuk bayi juga mengandungi DHA dan AHA yang penting untuk mengoptimumkan penglihatan dan saraf tubuh si manja. Biasanya anak kecil yang sudah boleh mencerna makanan sangat sesuai diberikan menu tambahan bersama ikan salmon serta ia mudah dihadam.

#3. Menjaga ketahanan tubuh

Agar bayi selalu sihat dan memiliki sistem imunisasi kuat, anda perlu membekalkannya menu makanan berkhasiat. Kandungan DHA yang terdapat dalam ikan salmon untuk bayi dapat menguatkan kekebalan tubuh anak.

Bahkan beberapa penelitian kesihatan mengatakan bahawa anak-anak yang rutinnya mengamalkan ikan salmon terbukti memiliki daya tahan lebih kuat berbanding anak yang tidak mengambilnya.

Selain itu, jika ibu tidak mahu si manja berdepan dengan penyakit kulit sejak kecil, kami menyarankan anda memberikannya makan ikan salmon. Kebiasaannya kulit bayi sangat sensitif seperti naik ruam, bintik-bintik merah dan gangguan kulit lain

Kandungan Omega 3 yang tinggi mampu melindungi kulit bayi dari penyakit kulit berbahaya. Perlu diketahui juga rutin menambahkan ikan ini dalam menu makanan bayi akan membantunya terhindar dari sebarang penyakit kulit berbahaya.

Walau bagaimanapun, ikan salmon adalah tergolong dalam senarai barang basah sukar diperoleh. Tidak hairanlah jika harganya juga mahal. Namun bagi ibu yang peduli dengan perkembangan si manja agar lebih sihat dan cerdas, pastinya akan cuba memberikan ikan salmon ini dalam menu makanan bayi.

Sumber: Noor Farhana Sariff, Hamil.co

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner