TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Resepi Bubur Lambuk Guna Rice Cooker Je, Boleh Buat Di Rumah!

3 min bacaan
Resepi Bubur Lambuk Guna Rice Cooker Je, Boleh Buat Di Rumah!

Resepi bubur lambuk yang kami kongsikan ini amat mudah. Anda hanya perlu masak menggunakan rice cooker. Mudah & cepat!

Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang masyhur pada bulan puasa di Malaysia. Cara buat bubur lambuk biasanya secara bergotong-royong di masjid untuk diagihkan kepada para jemaah sebagai makanan berbuka puasa. Kami kongsikan resepi bubur lambuk untuk anda cuba. Guna rice cooker di rumah je, tak susah pun.

Isi Kandungan

  • Resepi Bubur Lambuk
  • Kebaikan Bubur

Resepi Bubur Lambuk

Menurut perkongsian Nur Haziqah di laman Facebook, dia telah memuat naik beberapa cara buat bubur lambuk yang mudah di rumah dengan hanya menggunakan periuk elektrik sahaja.

Anda boleh memasak bubur lambuk dalam kuantiti yang banyak dan disimpan dalam bekas tertutup, kemudian diletakkan di dalam peti sejuk. Jika tidak berselera makan nasi putih, anda boleh saja panaskan bubur yang siap dimasak itu bila-bila masa sahaja. 

resepi bubur lambuk

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 pot beras- basuh, rendam selama 15 minit dan toskan.
  • Daging dihiris kecil, basuh dan toskan.
  • Perencah sup jenama adabi 1 bungkus.
  • Daun sup dihiris kecil
  • 1 batang lobak merah dipotong dadu
  • 1 biji ubi kentang dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 100 ml santan
  • 2 liter air
  • Bawang goreng
  • Gula dan garam

Cara Penyediaan

  1. Kisar halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.
  3. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit. Kemudian, masukkan beras, kacau sehingga rata.
  4. Pindahkan beras ke dalam rice cooker. Masukkan air, ubi kentang, lobak merah. Masak sehingga ia menjadi kembang.
  5. Seterusnya, masukkan santan, gula, garam, serbuk lada hitam, daun sup dan bawang goreng. Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur.
  6. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kebaikan Bubur

1.Baik Untuk Pencernaan

Bubur adalah makanan yang membantu sistem pencernaan yang baik untuk perut, di samping menjadi amalan pemakanan sihat. Satu hidangan bubur yang diambil ketika sarapan pagi mengandungi karbohidrat yang membantu memberikan tenaga sepanjang hari.

2.Berkhasiat, Berikan Tenaga

Bubur yang berasaskan beras, walaupun bersantan dapat menggantikan hidangan makanan utama seperti nasi. Ia bukan sahaja berkhasiat, memberikan tenaga, menambahkan selera, malah mengimbangi rasa pemakanan seperti manis dan pedas.

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Selain faedahnya dari segi kesihatan, bubur turut digemari pada bulan puasa kerana cara penyediaannya yang mudah, sekali gus menjimatkan masa. Di negara ini, selain bubur lambuk, bubur berasaskan beras boleh dicampurkan dengan bahan utama lain seperti sumsum, daging, ayam, udang, ikan dan ketam.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Juadah Bazar Ramadhan Yang Anda Boleh Buat Di Rumah!

Baca juga: Masak Bubur Bayi & Nasi Ikut Cara 2 DALAM 1 Ini, Mudah & Jimat Masa Ibu Di Dapur!

Baca juga: Ini Mengapa Ibu Perlu Beri Anak Bubur Nasi Kosong Seawal 6 Bulan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Bubur Lambuk Guna Rice Cooker Je, Boleh Buat Di Rumah!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham