Puasa hari putih adalah puasa sunat selama tiga hari di setiap pertengahan bulan Islam (Hijriah), iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 hari bulan. Ia dinamakan hari putih kerana bulan purnama bersinar terang pada malam-malam tersebut.
Apa Itu Puasa Hari Putih?
Menurut Ustazah Asma' Harun banyak hadis menjelaskan berkaitan puasa hari putih, kelebihan beramal dengannya termasuk dari sudut sains. Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun.
Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (putih) iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.” (HR Abu Daud, hadis sahih)
Tarikh Puasa
- Isnin - 13 Syawal, 22 April 2024- Puasa Sunat Hari Putih & Puasa Enam Syawal
- Selasa - 14 Syawal, 23 April 2024- Puasa Sunat Hari Putih & Puasa Enam Syawal
- Rabu - 15 Syawal, 24 April 2024- Puasa Sunat Hari Putih & Puasa Enam Syawal
Niat Puasa Hari Putih
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”
Fadhilat Puasa Ayyaamul Bidh
Berdasarkan kajian Profesor Valter Lango dari Universiti Southern California kelebihannya amat bermanfaat daripada sudut kesihatan.
- Kajian dilakukan ke atas sekumpulan peserta yang berpuasa antara dua hingga empat hari dalam sebulan selama enam bulan secara berturut-turut mendapati sistem ketahanan badan mereka berada dalam keadaan lebih baik daripada sebelumnya.
- Berlaku juga penurunan penghasilan hormon yang dikaitkan dengan peningkatan risiko barah dan pertumbuhan tumor dalam badan sekali gus mengurangkan risiko kanser otak.
- Sistem badan kita juga dikatakan akan cuba menyimpan tenaga apabila berada dalam keadaan lapar. Keadaan ini akan menyebabkan sel-sel ketahanan badan akan dikitar semula terutama yang telah rosak dan tidak diperlukan lagi. Bermaksud puasa dengan diikuti makanan yang sihat mampu memulihkan sistem ketahanan badan agar menjadi lebih kuat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.
- Puasa juga salah satu rawatan dan alternatif yang sesuai kepada pesakit yang sedang menjalani kemoterapi untuk mengembalikan semula sel-sel darah yang kurang dan meningkatkan ketahanan badan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Mengandung Puasa, Jika Alami 7 Tanda Ini Doktor Minta Anda Segerakan Berbuka
Baca juga: Jangan Gopoh Ajar Anak Puasa, Ikuti 8 Tips Melatih Anak Berpuasa Dengan Rela Hati
Baca juga: Perut Ngilu, Janin Kurang Gerak, 2 Tanda Ibu Hamil Jangan Teruskan Usaha Puasa, Berbuka Segera!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!