X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Dah Mula Makan? Amalkan Cara Pemakanan Yang Sihat, Pilih Salah Satu Untuk Sarapan Nanti!

4 min bacaan
Anak Dah Mula Makan? Amalkan Cara Pemakanan Yang Sihat, Pilih Salah Satu Untuk Sarapan Nanti!

Cara pemakanan yang sihat mudah sebenarnya jika kita pandai memilih dan mempelbagaikan menu yang berasaskan makanan sebenar untuk anak-anak.

Lain orang, lain caranya tetapi apa yang pasti sebagai ibu bapa adalah tanggungjawab kita untuk memastikan anak dapat makan makanan yang berkhasiat. Melalui cara pemakanan yang sihat dapat mengalakkan tumbesaran mental dan fizikal anak yang sihat.

Sebaiknya, ajar anak suka makanan yang berasaskan makanan sebenar atau lebih dikenali sebagai ‘real food’ seawal mereka mula makan. Buang rasa malas untuk menyediakan makanan tanpa gula dan garam bagi anak bawah umur 2 tahun demi kesihatan mereka yang akan datang.

Anak yang makan hidangan berkhasiat dan tinggi nutrisi tidak mudah jatuh sakit kerana memiliki sistem imun yang kuat untuk melindungi diri daripada sebarang penyakit, berbanding anak yang mengambil makanan dan minuman tinggi gula yang menyebabkan kurang selera makan dan cenderung untuk memilih makanan atau picky eater.

cara pemakanan yang sihat

“Ala, si abang strict tak bagi makanan yang tiada garam gula bila dah besar jadi picky eater. Tapi si adik telan je bila dah besar semua makan” .

Advertisement

Sebenarnya tanggapan ini sama sekali salah kerana anak memilih makanan bukan disebabkan tiada garam gula tetapi kesilapan ibu ayah yang tidak mempelbagaikan menu yang berbeza rasa dan tekstur untuk diperkenalkan kepada anak.

Berikut merupakan antara cadangan menu hidangan mengikut cara pemakanan yang sihat menggunakan bahan yang mudah dan murah yang dikongsikan oleh Doktor Mazliana Mazlan.

1. Sediakan buah-buahan sentiasa di rumah, elak biskut dan roti. 

Ajar anak untuk cari buah bila lapar. Ini lebih baik dari biskut dan roti. Macam mana nak buat? Sediakan selalu buah di rumah dan elakkan stok biskut dan roti. Kita cuba ya.

2. Jadikan keledek sebagai pilihan untuk menu sarapan.

Keledek bagus untuk otak tau. Keledek ada carotenoid dan antocyanin. Kedua-duanya penting untuk anak fokus dan cepat ingat apa yang diajar. Breakfast dengan keledek pun bagus. Ajak anak makan keledek dengan menjadikannya dalam bentuk puree atau digoreng sebagai snek petang.

Caranya, kukus keledek sehingga lembut sebelum dilenyekkan. Kemudian, tambahkan sedikit tepung untuk bentukkan keledek dalam bentuk jejari. Siap untuk digoreng. 

3. Elakkan air kotak yang tinggi pewarna dan perasa, sebaliknya gantikan dengan jus buah-buahan.

Air kotak tinggi pewarna dan perasa bukan minuman anak-anak. Kita ibu ayah yang tahu pasal ni, elak sediakan air kotak sebagai minuman harian anak.

Jadi, lebih baik cari buah dan kisar sendiri di rumah. Bagi anak minum sekali dengan serat. Antara pilihan buah-buahan yang bagus untuk otak anak ialah buah delima, buah berries, avokado, aloe vera dan beetroot. 

4. Kenalkan dengan betik seawal anak mula makan. 

Jangan lupa kenalkan betik dengan anak-anak tau. Ia tinggi vitamin A dan C bagus untuk mata dan imuniti anak. Bayi berusia 6 bulan pun boleh makan. Lenyek je dengan sudu dan suap anak. Mudah, kan?

5. Sediakan makanan dengan hidangan lengkap untuk anak. 

Nasi putih, ikan goreng, kobis masak lemak, epal. Cukup satu hidangan lengkap buat anak. Nak masak makanan sihat tak susah, cuma sedikit usaha lebih ibu ayah kena buat. Boleh cuba di rumah, ya!

6. Hidangkan anak sup ayam ketika anak tidak sihat. 

cara pemakanan

Hidangkan sup ayam masa anak tak sihat. Ayam, lobak, minyak kelapa. Boleh tambah keledek sebagai pengganti kentang tau. Manis sup lain dari biasa kerana ia hidangan yang lengkap dengan sumber karbohidrat.

Anak makan sup tanpa nasi pun tak apa kerana masih cukup lengkap semua keperluan nutrisi anak untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

7. Jadikan nasi goreng atau bihun goreng sebagai sarapan, berbanding cereal. 

Nasi goreng dan bihun Singapore adalah antara hidangan sarapan yang padat nutrisi dan mudah disediakan. 

Campurkan nasi, minyak sapi, ayam dan sayur campur dalam satu hidangan. Makan dengan 5 biji anggur cukup untuk membekalkan tenaga dan otak anak.

Bagi bihun pula, tumis bawang putih dan lada hitam. Kemudian, tambahkan daging dan masukkan kobis dan brokoli. Makan dengan 3 potong mangga. Esok ibu dah boleh buat ke? 

8. Berikan anak pisang setiap minggu.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Cari pisang setiap minggu untuk anak makan tau. Pisang bagus untuk otak anak kerana mengandungi kandungan potasium, manganase, vitamin C. Ini semua membantu tingkatkan memori dan lajukan otak anak. 

Semoga bermanfaat.

 

Facebook Info Menarik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Makanan berkhasiat untuk bayi: Makanan untuk anak anda berumur 6 bulan

Baca juga: Tak Sempat Masak Makanan Bayi? Ini 13 Produk Organik & Mudah Sedia Khas Buat Si Manja!

Baca juga: Buah Yang Baik Untuk Bayi 6-12 bulan, Kaya Pelbagai Vitamin Dapat Elak Masalah Sembelit

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Anak Dah Mula Makan? Amalkan Cara Pemakanan Yang Sihat, Pilih Salah Satu Untuk Sarapan Nanti!
Kongsikan:
  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham