TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

6 Kesilapan Ibu Ayah Yang Mungkin Buat Anak Jadi Memilih Makanan Atau Picky Eater!

4 min bacaan
6 Kesilapan Ibu Ayah Yang Mungkin Buat Anak Jadi Memilih Makanan Atau Picky Eater!

Terlalu memilih makanan atau picky eater yang berlaku pada anak kadang kala berpunca daripada kesilapan ibu ayah sendiri.

Memang pening kepala jika anak jenis terlalu memilih makanan atau picky eater. Tak senang duduk ibu ayah jadinya bila anak tak mahu makan.

Mestilah risau kerana fikirkan mereka yang tidak mendapat khasiat makanan sepatutnya bila terlalu memilik makanan. Ada yang menjadi picky eater atas sebab kesihatan lain, tetapi ada juga yang memang jenis memilih makanan.

Ada kes yang mana anak ada masalah sensori, jadi terlalu memilih makanan antara tanda-tandanya. Tetapi ada juga yang mana kesilapan itu datang dari ibu ayah sendiri.

Memilih makanan atau picky eater kadang kala sebab silap ibu ayah

Memilih makanan

Pembentukan personaliti anak termasuklah pemilihan pemakanan dan sebagainya memang berkait rapat dengan cara ibu ayah mendidik anak.

Tidak dinafikan, ada anak yang menjadi terlalu memilih makanan disebabkan mereka ada masalah kesihatan yang lain, namun ada juga kes yang disebabkan oleh didikan ibu bapa itu sendiri.

Menurut dietitian, Fizah Sobri, tahukan anda disebabkan anda tidak konsisten dengan tindakan amalan pemakanan sihat menyebabkan anak anda menjadi memilih makan.  Tahukah anda disebabkan kita tak konsisten dengan tindakan amalan pemakanan sihat anak boleh menyebabkan anak jadi memilih makan.

6 kesilapan biasa ibu ayah buat anak jadi picky eater

Memilih makanan

Katanya, sewaktu usia anak antara 1 tahun hingga 5 tahun, apa yang kita ajar anak, apa yang kita terapkan selalu akan menjadi habit dan tabiat sehingga dewasa termasuklah tabiat pemakanan.

Antara kesilapan ibu ayah yang boleh menyebabkan anak menjadi memilih makan termasuklah:

#1. Terlalu ikut emosi anak

Memilih makanan

Risau anak tidak mahu makan, risaukan anak akan buat perangai, kita ikutkan saja jika anak tak nak makan buat atau sayur. Persoalannya di sini, siapa ibu, siapa anak?

Dia tidak mahu makan waktu itu maksudnya anak belum cukup lapar lagi. Tunggu lagi 15 minit kemudia cuba offer semula. Kalau anak lapar biasanya semua dia akan makan dengan syarat dia bukan ada masalah sensori dan sebagainya. 

#2. Hijau dianggap pahit

Ada anak-anak ‘trauma’ makan sayur hijau sebab dikaitkan dengan sayur yang pahit dan tidak sedap. Kalau anak-anak baru nak dikenalkan semula dengan sayur mulakan dengan sayur yang bukan berwarna hijau. 

Kenalkan dia dengan lobak merah, lobak putih, taugeh, terung dan sebagainya. 

#3. Buat menu yang anak suka

Kalau anak memang betul-betul tak nak dan tak suka makanan itu, kita lagi paksa, waktu makan dah jadi tidak seronok pada anak. Jadi ia buat anak lagi susah naka makan.

Kalau anak tak nak sayur, apa kata anda cuba buat sayur goreng tepung rangup. Cuba ubah cara masakan. Masukkan juga sayur dalam homemade nugget atau telur dadar. 

Bila anak suka dia pasti akan makan.

#4. Libatkan anak dalam proses A-Z

Proses pembelian : minta anak pilih sayur, pergi timbang
Proses masak: minta anak potong sayur, basuh,kalau dah cukup besar boleh masak sekali
Proses menghidang: letak dalam pinggan dan letak atas meja

Ramai ibu bapa silap di mana tidak melibatkan proses dari awal sampai akhir. Sampai sekerat jalan saja.  Anak tak dapat nak tengok apa jadi dari makanan yang fresh off the shelf sampai atas pinggan. Lagi banyak kita libatkan mereka lagi minat anak anak kepada sesuatu menu.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

#5. Kita sebagai contoh

Kalau ibu ayah pun tak makan sayur, macam manalah anak nak makan sayur. Rajinlah makan sayur dan buah depan anak.

#6. Memaksa!

Cuba tukar perkataan kalau kepada bila. Ayat begini menunjukkan sayur sebagai denda/hukuman/paksaan iaitu “Kalau tak makan sayur tak boleh main”

Tukar kepada “bila dah makan sayur boleh main ye”. Ayat serupa pujukan/ tiada paksaan/ bukan marah.

FB Fizah Sobri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elak Jadi Ibu Ayah Toksik, Ini Cara Mendidik Anak Umur 7 Tahun Menurut Ajaran Islam

Baca juga: Anak Bosan Makan Bubur? Cuba 10 Resepi Ini, Confirm Buka Selera Si Manja

Baca juga: 5 Tips Pilih Buku Cerita Untuk Anak 2 Hingga 4 Tahun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 6 Kesilapan Ibu Ayah Yang Mungkin Buat Anak Jadi Memilih Makanan Atau Picky Eater!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham