Masuk saja usia enam bulan, tentu mak-mak excited nak buat bubur nasi bayi 6 bulan ini, kan? Tapi dalam keterujaan itu, anak pula menolak makanan yang masuk ke dalam mulutnya.
Alamak, kenapa ni ya! Ini bukan sebab mak-mak malas nak masak tapi sebab anak memang picky eater. Persoalannya kenapa anak-anak cerewet makan atau picky eater?
Adakah sebab masakan yang mak masak tak sedap atau memang anak cerewet soal makanan? Tak pun si kecil itu lebih suka makan yang manis-manis berbanding yang kosong macam bubur nasi bayi 6 bulan ini?
Terpanggil untuk berkongsi cerita, Amyra Abas menceritakan pengalamannya di laman sosial Facebook miliknya.
Menurutnya, bagi mengurangkan anak picky eater, adalah lebih bagus perkenalkan bubur nasi bayi 6 bulan seawalnya berbanding nestum atau puri buah yang manis. Ini bagi mengelak anak-anak memilih makanan yang kurang rasa.
Punca anak picky eater
Menurut Amyra Abas, beliau ingin berkongsi info berkaitan makanan pertama anak umur enam bulan ini kerana berdasarkan pengalamannya sendiri yang membesarkan anak picky eater.
“Arjuna, anak sulung saya merupakan seorang picky eater. Dia hanya makan yang manis-manis saja. Kalau tak manis langsung tak mahu makan.
Selain suka sangat makanan segera dan makanan yang diproses. Hingga saya terpaksa buat bebola nasi setiap hari supaya Arjuna nak makan,” katanya.
Menurutnya lagi, ia bermula apabila dia memberikan buah dan susu berperisa sejak hari pertama.
Hal ini kerana, berdasarkan pengalaman orang lain melalui blog dan pembacaan, ramai yang cakap bagi makan puri buah. Kata mereka wajib diberikan kerana pencernaan anak belum matang.
Tapi bila tanya doktor dan pakar pemakanan, mereka akan cakap bubur nasi!
“Benar, buah memang mempunyai gula semula jadi untuk memberikan rasa asli manis dalam makanan anak.
Tapi susu ibu atau susu formula sudah tersedia rasa manis. Jadi untuk keselamatan, elakkan beri anak makanan yang manis seperti buah-buahan,” tambahnya lagi.
Cara nak beri makan anak bubur nasi bayi 6 bulan
Kredit: Captain Coriander
#1. Mulakan dengan satu ke dua sudu
- Pertamanya, anda boleh mula menyuap anak dengan bubur nasi bayi 6 bulan. Biar si kecil itu mengenal rasa dengan satu atau dua sudu makanan tawar dan tak sedap.
- Dalam usia enam bulan ini anak itu baru nak kenal makanan. Jadi hari pertama berikan satu ke dua sudu. Esoknya naik tiga sudu. Lusa naik empat sudu hingga hari yang seterusnya. Sampailah anak suka makan.
- Jangan panik jika anak muntah atau muak terhadap bubur nasi bayi 6 bulan ini. Yalah kan, dia baru saja nak mula makan jadi ibu jangan cepat putus asa untuk buat benda yang sama setiap hari dalam umurnya enam bulan ini.
#2. Patuh peraturan 4 hari atau 4 days rules ketika memberi bubur nasi bayi 6 bulan
- Setelah itu, pentingnya 4 days rules ini. Di mana selepas makan, ibu perlu melihat pampers anak sama ada sembelit atau cirit. Takpun selepas makan ada tak naik ruam-ruam merah dan sebagainya.
- Contoh, bubur kosong, puri sayur, puri buah – 4dr pass.
- Kemudian jika sudah lepas empat hari tersebut, tiada sebarang gejala muncul boleh tukar pada sayur dan buah-buahan lain dan buat juga 4dr.
#3. Bagi anak makan bubur nasi dikisar halus
Kredit: Pinterest
- Berikan anak makanan ruji seperti bubur nasi kosong yang sudah dikisar halus. Dengan cara ini dapat mengelakkan anak dari picky eater.
#4. Bubur nasi bayi 6 bulan untuk deria rasa anak
Setelah anak sudah diberikan makanan yang sedap dalam sehari dua. Kembali pula pada bubur ini supaya membantu deria rasa anak.
Bahkan pemakanan anak juga seimbang. Pendek kata, semua rasa dia boleh telan dan tak ada sebarang masalah.
#5. Elakkan campur makanan dalam bubur nasi bayi 6 bulan
Sekiranya anak baru masuk enam bulan, elakkan bagi makanan yang bercampur supaya kita mudah nak detect anak ada masalah terhadap makanan yang mana.
Adalah bagus jika perkenalkan satu makanan dahulu. Bila sudah masuk tujuh bulan baru combine dengan dua makanan yang anak pass. Sehinggalah seterusnya.
#6. Elakkan makanan pembunuh selera anak
Elakkan beri anak makanan yang diproses, makanan segera, nestum, celerac dan lain-lain kerana ia akan membuatkan anak jadi picky eater. Malah ia akan membuatkan anak tidak mahu makan sayur, buah dan nasi. Percayalah lebih baik anda elakkan dari beri makanan-makan tersebut.
Resepi Bubur Nasi Untuk Bayi 6 Bulan
Ibu kalau mencari idea untuk buat bubur nasi untuk anak yang kini sudah mula belajar makan, kami ada sediakan beberapa resepi bubur nasi di bawah bersama cara masak bubur bayi 6 bulan:
1. Bubur Nasi Ayam Lobak Merah
Bahan-bahan:
- Beras wangi segenggam
- 4 hirisan lobak merah (potong dadu)
- Sedikit isi ayam yang dicebis kecil
Cara-cara:
Rebus ke semua bahan bersama sedikit air sehingga masak. Setelah masak, sejukkan untuk seketika dan selepas itu kisar. Boleh tambah sedikit minyak zaitun dan ia siap untuk diberi pada si comel anda.
2. Bubur Nasi Hijau Brokoli Bersama Ikan Bilis
Bahan-bahan:
- Beras wangi segenggam
- Brokoli (3 potongan kecil)
- Sedikit ikan bilis
Cara-cara:
Rebus ke semua bahan sehingga masak bersama sedikit air. Biarkan ia sejuk seketika. Kisar semua bahan sehingga halus dan siap untuk dihidang.
3. Bubur Nasi Labu Bersama Kurma
Bahan-bahan:
- Beras wangi segenggam (masak terlebih dahulu)
- Sepotong labu merah (dipotong dadu)
- 3 biji kurma (buang biji)
Cara-cara:
Rebus semua bahan dengan sedikit air sehingga masak. Biarkan ia sejuk seketika dan kisar sampai halus. Siap untuk dihidang kepada si manja.
4. Bubur Nasi dan Ayam
Bahan-bahan:
- Segenggam beras wangi
- Seulas bawang putih (ditumbuk)
- Sebiji bawang merah (ditumbuk)
- Sedikit isi ayam bahagian dada (dicincang)
Cara-cara:
Sangai beras atau goreng beras tanpa minyak seketika. Kisar beras sehingga hancur. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk, setelah ia garing, masukkan beras bersama ayam yang telah dicincang serta sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga masak. Siap untuk dihidang.
Ibu juga boleh dapatkan lagi banyak idea resepi makanan bayi 6 bulan di sini. Confirm anak berselera nak makan!
Jadual Makan Bayi 6 Bulan
Jadi, seberapa kerap anak boleh diberikan makan sedari usianya 6 bulan? Berikut adalah jadual makan bayi 6 bulan dan ke atas merujuk kepada cadangan MOH yang ibu ayah boleh ikut:
|
Usia bayi |
Sesi makan |
6 – 8 bulan |
2 – 3 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat |
9 – 11 bulan |
3 – 4 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat |
1 – 3 tahun |
4 – 5 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat |
Ibu ayah juga boleh tambah kekerapan waktu makan si comel sekiranya jumlah hidangan makanan yang diambil adalah kurang atau cair kerana kepadatan tenaga juga adalah rendah.
Menurut cadangan MOH juga, prinsip pemberian makanan kepada anak juga perlulah secara responsif dengan menjaga prinsip penjagaan psikososial seperti berikut:
- Bayi perlulah disuap sementara anak kecil pula perlu dibantu ketika mereka mula makan dengan sendiri.
- Ibu ayah perlu berikan anak untuk makan dengan perlahan. Berikan mereka galakan untuk makan tanpa dipaksa.
- Ibu ayah juga perlu peka dengan sebarang tanda pada anak jika mereka lapar atau kenyang.
- Selain itu, juga penting untuk ibu ayah wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan anak kecil dalam persekitaran yang kondusif serta selesa. Sebaiknya, berinteraksi dengan mereka ketika makan dapat memberikan mereka keselesaan dan selera yang tinggi.
Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat memberikan ibu ayah informasi lebih dalam memberikan atau memperkenalkan bubur nasi bayi 6 bulan kepada anak.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Amyra Abas
Baca juga: 5 Resepi Puri Buah & Sayur Untuk Bayi 6 Bulan – Berkhasiat & Super Yummy!
Baca juga: Jadual Makan Bayi 6 Bulan Mengikut Panduan KKM, Ibu Jangan Risau Jika Si Manja Makan Sikit!
Baca juga: 7 Resepi Bubur Nasi Yang Boleh Pikat Selera Bayi Tanpa Menggunakan Gula & Garam
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!