X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

5 min bacaan
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Kenapa ibu hamil dan menyusu memerlukan suplemen DHA? Adakah diet mencukupi? Berapa banyak DHA yang diperlukan oleh ibu hamil?

Kita sering dengar tentang DHA. Wanita digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan DHA semasa mengandung dan menyusu. Namun, tahukah anda apa itu DHA, dan kenapa ia penting untuk kedua-dua Si Ibu dan Si Manja?

DHA (atau asid dokosahesaenoik) ialah asid lemak Omega-3 yang boleh ditemui dalam semua sel badan kita. DHA amat penting untuk fungsi dan perkembangan sistem saraf utama, otak dan mata.

Tubuh kita tidak menghasilkan DHA dalam kuantiti yang banyak, oleh itu kita perlu mengambilnya daripada makanan atau suplemen tambahan. Ia adalah penting untuk kita memahami bahawa keperluan DHA ibu hamil adalah lebih tinggi berbanding dengan wanita yang tidak hamil.

DHA untuk ibu hamil

Mengapa DHA untuk ibu hamil dan menyusu penting?

DHA merupakan blok pembinaan untuk organ-organ penting Si Manja seperti otak dan mata. Menurut Persatuan Optometrik Amerika (AOA)1, DHA boleh didapati dalam kepekatan paling tinggi dalam retina mata. Ini mencadangkan bahawa DHA amat penting untuk perkembangan visual dan kesihatan mata.

Semasa mengandung, Si Manja bergantung kepada ibunya untuk mendapatkan DHA yang diperlukan. Dalam perkataan lain, kandungan DHA dalam diet ibu menentukan sebanyak mana DHA yang disalurkan kepada Si Manjanya.

Perkembangan otak Si Manja bermula pada minggu kedua atau ketiga kehamilan – beberapa minggu sebelum kebanyakan wanita sedar bahawa mereka sudah hamil.

Oleh itu wanita yang merancang untuk hamil digalakkan mengambil suplemen makanan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum kehamilan untuk membina penyimpanan nutrien. Ini dapat memastikan badan si ibu sihat sebelum dia hamil. Dengan cara ini, kehamilan boleh bermula dalam keadaan yang sihat.

DHA amat penting untuk perkembangan otak Si Manja pada trimester ke-3. Semasa trimester terakhir ini, otak Si Manja mengalami pertumbuhan yang pesat. DHA akan disalurkan pada kadar yang tinggi dari ibu kepada Si Manja pada waktu ini.

Kajian juga mendapati suplementasi DHA boleh membantu mencegah komplikasi ketika mengandung seperti kelahiran pramatang dan mengurangkan risiko pra-eklampsia2.

DHA untuk ibu hamil

Adakah anda tahu penting untuk mengekalkan tahap DHA yang mencukupi bukan saja sepanjang kehamilan, tapi juga semasa penyusuan?

Menurut kajian3, semasa trimester ke-3 kehamilan, Si Manja memerlukan kira-kira 67 mg DHA setiap hari dari Si Ibu, dan semasa penyusuan keperluannya meningkat kepada 70-80 mg DHA setiap hari.

Keperluan DHA yang tinggi ketika kehamilan dan juga semasa menyusu  boleh mengurangkan simpanan DHA Si Ibu ke bawah tahap pra-kehamilan sebanyak 50%. Defisit ini boleh mengambil masa beberapa bulan untuk Si Ibu kembali kepada sebahagian daripada tahapnya sebelum hamil.

Pengurangan simpanan nutrien ibu ini boleh mengakibatkan pelbagai risiko kesihatan seperti kemurungan selepas bersalin.

DHA untuk ibu hamil

Kenapa suplemen DHA untuk ibu hamil diperlukan? Adakah mengambilnya daripada makanan saja tidak mencukupi?

Menurut kajian,4 untuk ibu-ibu mengandung atau menyusu, pengambilan EPA+DHA yang minimum untuk kesihatan optimal orang dewasa dan untuk perkembangan janin dan kanak-kanak ialah 300mg sehari, di mana sekurang-kurangnya 200mg/sehari hendaklah berasal daripada DHA.

Ikan merupakan antara sumber DHA yang baik. Namun, terdapat beberapa jenis ikan yang dicemari merkuri yang bahaya terhadap kesihatan.

Pentadbir Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) menyarankan wanita yang hamil, menyusu, atau merancang untuk hamil agar mengambil 8 hingga 12 ounce (2 atau 3 hidangan) ikan yang rendah dalam kandungan merkuri setiap minggu.

Tahap merkuri yang tinggi mampu memberi kesan negatif terhadap perkembangan otak Si Manja.

Wanita hamil dinasihatkan agar mengelak dari memakan ikan jerung, tilefish, makarel, dan ikan todak kerana mereka mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Antara ikan dengan kandungan merkuri yang rendah ialah ikan salmon, ikan keli, ikan pollack, whitefish, ikan talipia dan udang.

Ia adalah hampir mustahil untuk ibu hamil mendapatkan DHA yang diperlukan hanya dengan pengambilan minyak sayur-sayuran yang kaya dengan Omega-3 dan 2 hidangan makanan laut setiap minggu.

Suplemen makanan yang mengandungi DHA di mana ia telah diproses dengan penyingkiran bahan pencemar merupakan sumber yang baik untuk DHA.

Ibu-ibu hamil yang mengamalkan pemakanan vegetarian atau vegan berisiko untuk kekurangan DHA,5 dan boleh bermanfaat daripada suplemen.

https://s3.theasianparent.com/cdn-cgi/image/width=700,quality=10/tap-assets-prod/wp-content/uploads/sites/6/2018/05/Enfamama-Image-2-min.jpg

Bagaimana untuk mendapatkan DHA yang mencukupi bagi memenuhi saranan pakar?

Pengambilan makanan yang kaya dengan DHA semasa kehamilan dan penyusuan adalah penting. Namun, sekiranya ia adalah mencabar untuk mendapakan DHA yang mencukupi dari makanan sahaja, suplemen DHA boleh membantu.

Enfamama A+ adalah susu formula untuk ibu mengandung dan menyusu yang dirumus secara saintifik dengan tahap DHA yang tertinggi6. Ia membantu memenuhi pengambilan DHA seharian seperti yang disarankan pakar4.

Dengan 2 hidangan sehari, Enfamama A+ membekalkan 100mg DHA untuk membantu menyokong peningkatkan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil dan menyusu dan perkembangan Si Manja.

Ini adalah penting terutamanya semasa trimester ke-3 apabila otak Si Manja berkembang dengan pesat sebanyak 260%7.

Dengan pemakanan dan stimulasi yang sepatutnya, anda boleh membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan Si Manja, dari peringkat yang awal lagi.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang pengambilan suplemen, anda digalakkan mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan.

Dapatkan sampel percuma Enfamama A+ hari ini juga!

 

Rujukan:

  1. American Optometric Association. 2018. Essential Fatty Acid. Avaialble at https://www.aoa.org/patients-and-public/caring-for-your-vision/diet-and-nutrition/essential-fatty-acids
  2. Carlson et al. 2017. BMC Pregnancy and Childbirth. 17:62.
  3. Morse NL. 2012. Nutrients. 4(7): 799-840.
  4. For adult pregnant F lactating females, the minimum intake for optimal adult health and for fetal and child development is 300mg/d EPA+DHA, of which at least 200mg should be DHA. FAO 2010. Fats and fatty acid in human nutrition. Report of an expert consultation. FAO Food and Nutrition Paper no. 91. FAO:Rome
  5. Sanders TA. 2009. Prostaglandins Leukot Essent Fatty Acids. 81(2-3):137-41.
  6. Based on recommended serving per day compared to other maternal milk brands as of Sept 2017. It is recommended to take 2 servings Enfamama A+ per day.
  7. Dobbing J, et al. Arch Dis Child. 1973; 48:757-767.

■ Dalam 2 hidangan/sehari

MYS-01/04P20/18114

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Kongsikan:
  • 5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

    5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

  • Masalah Tiroid di Kalangan Ibu Hamil Boleh Memberi Kesan Negatif Kepada Bayi

    Masalah Tiroid di Kalangan Ibu Hamil Boleh Memberi Kesan Negatif Kepada Bayi

  • Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More
    Stories Rakan Kongsi

    Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • 5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

    5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

  • Masalah Tiroid di Kalangan Ibu Hamil Boleh Memberi Kesan Negatif Kepada Bayi

    Masalah Tiroid di Kalangan Ibu Hamil Boleh Memberi Kesan Negatif Kepada Bayi

  • Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More
    Stories Rakan Kongsi

    Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.