TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Air Nabeez: Khasiat Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

6 min bacaan
Air Nabeez: Khasiat Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

Air Nabeez atau air rendaman kurma mampu membekalkan tenaga sepanjang hari ketika berpuasa. Anda disaran ambil ketika waktu sahur

Pada tahun ini, seluruh masyarakat Islam menyambut bulan puasa Ramadhan dalam cuaca yang terik dan panas. Bukan itu sahaja, sesi persekolahan juga baru bermula. Ibu perlulah sediakan air nabeez bagi membekalkan tenaga buat seisi keluarga.

Buah kurma segar amat sinonim dengan bulan Ramadhan. Ia menjadi makanan sunnah Rasulullah dan memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Air Nabeez?
  • Kandungan Dan Nutrisi Pada Kurma
  • Resepi Dan Cara Menyediakannya
  • Khasiat Air Nabeez
  • Pantang larang minum air nabeez
  • Buah kurma wajib ada di dalam rumah

Apa Itu Air Nabeez?

Air nabeez ialah air rendaman buah-buahan kering seperti kurma atau kismis dalam air masak. Proses perendaman ini biasanya mengambil masa semalaman, dan hasilnya adalah air yang manis semula jadi dan kaya dengan nutrien. Dalam hadis, Rasulullah SAW dikatakan sering minum air nabeez kerana khasiat dan kesegarannya

Kandungan Dan Nutrisi Pada Kurma

Kurma adalah buah yang kaya dengan pelbagai nutrien penting. Antara kandungan utama dalam kurma ialah:

  • Karbohidrat: Memberi tenaga segera kepada tubuh.
  • Serat: Membantu sistem pencernaan dan mengelakkan sembelit.

  • Vitamin B6: Menyokong fungsi otak dan meningkatkan daya ingatan.

  • Potassium: Menjaga keseimbangan elektrolit dan kesihatan jantung.

  • Magnesium: Menguatkan tulang dan otot.

  • Antioksidan: Melawan radikal bebas dan mencegah penyakit kronik.

Dengan semua nutrien ini, tak hairanlah air nabeez menjadi minuman pilihan untuk kesihatan menyeluruh.

Resepi Dan Cara Menyediakannya

  1. Rendam kurma segar berserta biji.

  2. Ambil 3, 5 atau 7 biji kurma, carikkan.

  3. Masuk dalam jug, tambah air, ikut keperluan keluarga kita minum banyak mana.

  4. Buat waktu malam, tinggalkan air kurma ini pada suhu bilik.

  5. Minum air kurma nabeez waktu sahur. Buat untuk minum satu hari sahaja.

Khasiat Air Nabeez

Berikut khasiat air nabeez untuk kesihatan:

1. Meningkatkan Kesihatan Menyeluruh Dengan Sifat Alkali

Salah satu ciri penting khasiat air nabeez ialah ianya bersifat alkali dan ia boleh membantu menstabilkan pH dalam badan seseorang. Air nabeez juga bagus untuk tujuan penyingkiran toksin dari badan kerana ia boleh bertindak sebagai detoks juga.

2. Baik Untuk Sistem Penghadaman

Khasiat air nabeez juga kaya dengan serat, rendaman air kurma ini bagus untuk sistem penghadaman dan ia juga boleh mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa kerana kandungan serat berkenaan yang tinggi.

3. Membekalkan Tenaga

Kandungan gula semulajadi (fruktosa) dalam buah kurma dapat memberi kita tenaga ketika bulan puasa agar dapat menjalani hidupan seharian tanpa rasa lemah dan tidak bermaya.

4. Dapat Mengurangkan Alahan

Buah kurma juga mempunyai sulfur di dalamnya yang dapat mengurangkan masalah alahan seperti rhinitis. Dengan manfaat air nabeez, tidak mustahil untuk anda atau ahli keluarga mengurangkan simptom alahan seperti bersin, hidung, berair dan tersumbat atau sakit kepala.

5. Mengelakkan Sembelit

Air rendaman kurma atau air nabeez kurma dapat membantu sistem penghadaman kerana kandungan serat yang tinggi dalam kurma. Ini sekaligus membantu mengurangkan masalah sembelit yang dihadapi.

Pantang larang minum air nabeez

Seorang pengguna Facebook, Hanis Zulaika, ada beberapa pantang larang ketika buat air nabeez kurma ini. 

1. Tidak Boleh Campur Kurma Dan Kismis Sekaligus

Anda hanya boleh memilih salah satu buah sunnah sahaja pada satu masa. Misalnya, tidak boleh campurkan kurma dan kismis untuk membuat air nabeez.

Jika perlu, kena buat dalam dua bekas yang berasingan iaitu satu untuk air nabeez kurma dan satu lagi air minuman nabeez kismis.

Cara saya mudah sahaja. Minggu pertama saya buat rendaman air kurma. Minggu kedua barulah tukar kepada nabeez kismis (itupun kalau ada stok kismis, kalau tiada guna sahaja kurma sampai hujung bulan Ramadhan).

2. Elakkan Minum Air Yang Sudah 3 Hari

Rendaman air kurma jika disimpan dalam peti sejuk boleh bertahan satu hingga dua hari sahaja. Masuk hari ketiga, rasanya sudah tidak sedap.

Anda dilarang minum air nabeez kurma atau kismis apabila sudah 2-3 hari. Hal ini kerana air rendaman kurma atau kismis yang dibiarkan melebihi 2-3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula.

Kesannya, nabeez kismis atau kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum.

3. Lebih Baik Buat Setiap Hari

Bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku, anda dinasihatkan untuk buat air nabeez kurma setiap hari sebelum tidur. 

Air Rendaman Kurma Antara Minuman Kesukaan Rasulullah

Air Nabeez merujuk kepada air minuman yang direndam buah kurma dalamnya selama semalaman dan kemudian diminum keesokan harinya.

Bagi anda yang baru pertama kali mengambil air minuman kurma ini, ada beberapa fakta menarik mengapa ia menjadi minuman kesukaan Rasulullah SAW.

Menurut sumber, air rendaman kurma ini merupakan air yang sering diminum oleh Rasulullah SAW. Kini, kita kerap melihat orang-orang Barat mempopularkan air rendaman atau infused water ini. Walhal, ia sudah wujud sejak zaman Nabi kita lagi.

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Menurut riwayat Imam Muslim, Aisyah pernah berkata:

“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim)

Pantang larang air nabeez kurma

 

Buah kurma wajib ada di dalam rumah

Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah saw. ini.

Rasulullah bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Rasa kurma yang manis dan teksturnya yang lembut menjadikan ia tidak terhad kepada kegemaran umat Islam sahaja. Malah, kurma menjadi snek yang sedap bagi rakyat serata dunia.

Kurma berupaya untuk membekalkan pelbagai jenis nutrisi penting dan ia juga merupakan sumber potasium. 

Kandungan kurma apabila dikeringkan sebenarnya hanyalah lebih kurang 80% gula sahaja. Namun, nutrien lain yang terdapat dalam kurma iaitu 20% yang tinggal terdiri daripada protein, serat, dan juga baki mineral seperti magnesium, zink, flourin, karbon dan juga boron.

Kesimpulannya,  air nabeez adalah minuman sunnah yang bukan saja sedap tetapi penuh khasiat. Mudah disediakan, menyegarkan, dan baik untuk kesihatan — memang rugi kalau tak cuba. Jadi, lepas ni, kalau nak cari alternatif minuman sihat, air nabeez patut jadi pilihan utama anda.

Harian Post, Mazliana Mazlan,Hanis Zulaikha

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

Baca juga: Stok Makanan ‘Wajib’ Ibu Mengandung & Menyusu, Bantu Bekal Tenaga Ketika Puasa

Baca juga: Pakar Laktasi Kongsi Tips Puasa Penuh Ibu Menyusu Badan, Tidak Perlu Qada Tahun Depan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Air Nabeez: Khasiat Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham