X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tiada Istilah Ibu Hebat, Anda Siapkan Makanan Anak From Scratch Atau Ready Made, Anda Tetap Seorang Ibu Bertanggungjawab

5 min bacaan
Tiada Istilah Ibu Hebat, Anda Siapkan Makanan Anak From Scratch Atau Ready Made, Anda Tetap Seorang Ibu Bertanggungjawab

Ibu yang hebat sering dikatakan yang jenis senang menguruskan anak mereka, tidurkan tak payah nak gunak buaian atau puting, salah tanggapan itu!

Ramai yang mengagung-agungkan ibu-ibu yang tidak perlu uruskan anak dengan bantuan contohnya seperti nak tidurkan anak, tak perlu guna puting atau buaian, dan mereka ini diklasifikasikan sebagai ‘ibu yang hebat’!

Maaflah, tapi persepsi itu perlu diubah, kita bukan lagi di zaman 80-90an yang mana ibu-ibu baharu sering diperkotak katikkan oleh ibu-ibu yang lebih berpengalaman. Ayat seperti “dulu saya tak payah guna buaian semua, anak pandai je tidur sendiri,” atau “eh janganlah ajar anak pakai puting, nanti jongang giginya!” dan “masaklah makanan anak tu sendiri, yang ready made tu belum tentu elok.”

Adakah kata-kata sebegitu masih didengari di zaman ini? Ya, memang mengejutkan tapi benar. Masih ada lagi kata-kata pedas ibu lain yang menghakimi cara keibubapaan kita. 

Dan sekarang ini masanya untuk berubah! 

Ikuti perkongsian Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist di laman Facebook beliau BEYOND Home Therapy ini. Dan hadam betul-betul. 

Stereotaip ibu yang hebat

ibu yang hebat

“Ibu yang hebat adalah apabila tak guna puting dan buaian untuk anak” 

Ya, anda hebat sebab dikurniakan anak yang mudah dijaga. Alhamdulillah. 

Dahulu, saya juga ada pemikiran macam ini masa awal-awal dapat anak. Berazam untuk: 

  • Jangan guna puting tiruan 
  • Tidak guna buaian
  • Tidak berikan anak susu formula 
  • Tidak berikan anak gadjet 
  • Tidak berhenti kerja untuk jaga anak 
  • Jangan beri makanan “ready made” untuk anak 

Tetapi siapalah kita boleh menentukan personaliti anak yang dilahirkan nanti. Dapat pula anak yang jenis “high need”, yang hanya diam bila ada Mummynya. Buai tak mahu, puting diludahnya malah sanggup berlapar dari minum susu dari botol. 

Bagi saya, untung mak ayah lain yang dapat anak yang tidak perlukan semua alat bantuan ini tetapi anak elok sahaja. Yang anak mahu terima alat bantuan juga untung.  

Anak saya pula, bukan kami tak cuba beri tetapi dia yang tak mahu. 

Pada saya, indikator hebat si ibu bukanlah terletak pada 2 perkara ini. Hebatnya si ibu bila anak-anak menjadi manusia yang berguna dan berjaya dunia akhirat, “berjaya” mengikut definisi mereka. 

Relaks mak ayah, jauh lagi perjalanan membesarkan anak. Tidak perlu berlumba jadi ibu yang sempurna. Buat sekadar yang kita mampu. 

Tak ada masalah pun beri anak: 

  1. Pakai puting tiruan. Yang penting.. 

-Jangan beri anak terlalu lama sehingga anak kurang masa untuk belajar masukkan benda dalam mulut dan membebel sendirian. 

– Cari puting yang diperbuat dari bahan yang selamat dan mengikut umur bayi. 

– Ada tulis “orthodontic” bermaksud gusi dan puting berada di kedudukan yany betul. 

– Elak masalah keliru puting, kebanyakan pakar cadangkan untuk kenalkan puting antara 3-4 minggu. 

  1. Guna buaian. Yang penting… 

ibu yang hebat

– Cari jenis yang stabil, ada 4 point rangka jika buaian tradisional. 

– Elak guna waktu tidur malam.

– Elak letak patung, selimut atau bantal berlebihan. 

– Guna maksimum 2 jam sahaja sehari. 

  1. Susu formula. Yang penting… 

– Beri susu yang sesuai mengikut umur bayi. 

– Jangan sendal botol dengan kain/bantal semasa beri bayi susu.

– Bayi baru lahir, elok beri susu seperti kedudukan menyusu badan untuk rapatkan bonding mak ayah dan bayi. (Skin to skin) 

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
  1. Gadget. Yang penting… 

– Elak beri pada bayi 0-18 bulan sebab risiko masalah bercakap. Tetapi kalau terpaksa, boleh cari yang bersesuaian dengan bayi. Boleh cari di Youtube “Visual stimulation for babies”. 

– Beri ikut masa yang ditetapkan, 18 bulan – 2 tahun hanya 30 minit sehari, 2- 5 tahun hanya 1 jam sehari dan 5 tahun ke atas 2 jam sehari. 

– Cari rancangan yang bersesuaian dan tonton bersama anak. 

  1. Makanan “ready made”. Yang penting… 

– Periksa kandungan gula dalam makanan. 

– Rasa dahulu baru beri anak. 

– Beri ikut umur anak, periksa tekstur makanan dan kuantiti makanan. 

  1. Berhenti kerja jaga anak…. 

ibu yang hebat

Bila bercerita tentang anak, anak itu sahaja sudah rezeki. Berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana yang mahu anak tetapi belum dikurniakan anak? 

Dahulu kan, tak pernah tersangka saya akan berhenti kerja sebab anak jenis “high need”, semua ditolaknya. Tapi itulah, semua yang berlaku ada hikmahnya. Kalau tak berhenti kerja dahulu, tak adalah BEYOND Home Therapy. 

Saya pasti sebenarnya ramai mak-mak lain yang pernah sekasut dengan saya. 

Ini belum lagi cerita anak jenis colic, yang boleh menangis 3-4 jam dalam satu masa tanpa sebab. Tak dapat bayangkan jika saya berada di tempat mak ayah yang anak ada colic. 

Kalau kita rasa anak kita mudah dijaga. Bersyukurlah. 

Tak usah banding-banding dengan anak orang lain sebab kita tak tahu bagaimana anak kita itu jika diberikan rezeki anak lagi. 

Maka, mak ayah yang ada “high need” atau colic jangan rasa kurang sempurna menjadi mak ayah hanya sebab guna alat bantuan. Kita tahu kita.

Setuju? 

Semoga anak-anak kita semua “berjaya” dunia akhirat. Terima kasih, silakan share sekiranya bermanfaat untuk mak ayah lain. 

Sumber: BEYOND Home Therapy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Ragam Unik Dan Menarik Ibu-Ibu Baharu, Tentu Anda Juga Pernah Alaminya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Tiada Istilah Ibu Hebat, Anda Siapkan Makanan Anak From Scratch Atau Ready Made, Anda Tetap Seorang Ibu Bertanggungjawab
Kongsikan:
  • 5 benda lucu saya buat sembunyi-sembunyi bila anak tak nampak

    5 benda lucu saya buat sembunyi-sembunyi bila anak tak nampak

  • Bayi MAUT Semasa Tidur Dalam Buaian Elektrik, Sementara Ibu Keluar Ke Pejabat Pos

    Bayi MAUT Semasa Tidur Dalam Buaian Elektrik, Sementara Ibu Keluar Ke Pejabat Pos

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 5 benda lucu saya buat sembunyi-sembunyi bila anak tak nampak

    5 benda lucu saya buat sembunyi-sembunyi bila anak tak nampak

  • Bayi MAUT Semasa Tidur Dalam Buaian Elektrik, Sementara Ibu Keluar Ke Pejabat Pos

    Bayi MAUT Semasa Tidur Dalam Buaian Elektrik, Sementara Ibu Keluar Ke Pejabat Pos

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.