TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Lepas Makan Sashimi Wanita Ini Sakit Tekak 5 Hari, Rupa-Rupanya...

14 Jul, 2020
Lepas Makan Sashimi Wanita Ini Sakit Tekak 5 Hari, Rupa-Rupanya...

Pasti ramai yang suka makan sashimi.Rasanya sejuk dan lazat, bila lalu ditekak. Sungguh menyelerakan.Tapi sanggupkah tekak dihuni cacing lepas memakannya?

Pasti ramai yang suka makan sashimi kan? Rasanya yang sejuk dan lazat, bila lalu ditekak alangkah sedapnya. Sungguh menyelerakan.

Tapi yang sedap itu kadangkala ada risiko bila kita memakannya. Seperti di Jepun, wanita berusia 25 tahun ini alami sakit tekak selama lima hari dan berpanjangan.

Sashimi, cacing hidup huni tekak 5 hari

Selepas tidak tahan menanggung sakit, beliau berjumpa doktor dan menceritakan sejarah pemakanannya. Rupa-rupanya dia ada menikmati sashimi sebelum itu!

Pemeriksaan doktor mendapati ditekaknya ada benda bergerak-gerak dan bila ditarik keluar ada cacing sepanjang 3 cm yang masing hidup! Pakar mengesahkan cacing itu adalah jenis pseudoterranova azarasi, sejenis parasit yang boleh menjangkiti manusia yang makan ikan laut mentah atau kurang masak termasuk sushi dan sashimi. 

Sashimi sedap tapi…

sashimi

 

Sashimi merujuk kepada ikan mentah atau daging mentah yang dihiris. Ikan air masin kebanyakannya digunakan untuk membuat sashimi.

Ikan atau makanan laut seperti salmon, tuna, makarel, udang, kuning, sotong, sotong, kerang, ikan paus, dan landak laut digunakan secara meluas untuk makanan istimewa ini.

Sashimi biasanya tidak mengandungi beras, atau bahan-bahan lain selain ikan. Di restoran, sashimi dihidangkan di atas lobak putih yang dicincang (daikon) bersama dengan halia jeruk, wasabi, lemon, timun dihiris, atau sos soya untuk meningkatkan rasa ikan.

Parasit dalam makanan mentah

Perlu diketahui bahawa semua makluk hidup termasuk ikan mempunyai parasit yang bukan berasal daripada pencemaran atau tercemar. Parasit yang terdapat dalam ikan mentah biasanya adalah bakteria Salmonella. 

Parasit ini akan mati jika dimasak dengan betul, namun ia masih bleh dijumpai dalam makanan mentah seperti sushi dan sashimi. 

Beberapa parasit dalam ikan mentah mungkin boleh dicerna oleh tubuh badan manusia tanpa memberi kesan yang besar, tetapi ada juga yang lain boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan seperti penyakit bawaan makanan atau keracunan makanan. 

Ikan yang digunakan untuk membuat sashimi biasanya dibekukan pada suhu -20° C selama tujuh hari atau dibekukan pada -35° C selama 15 jam.

Pembekuan ini bertujuan untuk membunuh parasit yang ada dalam ikan. Jadi, selagi makanan ini disediakan mengikut tatacara yang betul, risiko untuk ia menimbulkan penyakit adalah sangat kecil dan selamat untuk dimakan.

Namun ia tidak dapat mengelak kemungkinan masih terdapat organisma berbahaya dalam jumla yang sangat kecil terkandung dalam ikan mentak walaupun sudah melalui proses pembekuan. 

Bagi yang sihat makan makanan mentah seperti sashimi tidak akan menimbulkan risiko yang berbahaya. Namun bagi yang berisiko tinggi mungkin berbahaya dan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. 

Siapa yang berisiko tinggi makan sashimi?

sashimi

  • Sistem imun rendah
  • Ibu hamil
  • Bayi
  • Kanak-kanak
  • Penghidap gastrik
  • Warga emas

Kenapa makan ikan mentah berbahaya?

#1. Mengandungi parasit

Di sebalik keenakan ikan salmon atau tuna mentah ia ternyata mengandungi beberapa parasit berbahaya. Jangkitan parasit terhadap manusia adalah masalah kesihatan biasa yang dialami sama ada daripada air yang tercemar atau makanan yang dimakan tidak dimasak dengan betul. Ini termasuk pengambilan ikan mentah. 

Ada parasit yang tidak menimbulkan kemudaratan namun risiko itu boleh dikurangkan jika kita memilih restoran yang benar-benar bersih dan diakui kebersihannya dalam menyediakan makanan mentah. 

#2. Boleh buat keracunan makanan

Stories Rakan Kongsi
Markings On The Wall: Why Measuring Your Child's Height Is So Important
Markings On The Wall: Why Measuring Your Child's Height Is So Important
Reasons Why Parents Don’t Vaccinate - And Why They Should
Reasons Why Parents Don’t Vaccinate - And Why They Should
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Do Not Take the Rotavirus Disease Lightly!
Do Not Take the Rotavirus Disease Lightly!

Bakteria dalam ikan mentah boleh membuatkan sesiapa saja yang menikmatinya mengalami keracunan makanan. Gejala utama yang akan dialami adalah seperti sakit perut, mual, muntah dan cirit birit.

Antara bakteria yang ditemui dalam ikan mentah adalah listeria, vibrio, clostridium dan salmonella yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.

Bagi mereka yang sihat keracunan makan akibat makan ikan mentah adalah sangat berbeza dengan mereka yang berisiko tinggi.

Golongan yang berisiko tinggi harus mengelak daripada makan ikan dan daging mentah. Sebagai contoh, jika seorang ibu hamil terkena jangkita bakteria listeria, ia mungkin boleh menyebabkan kematian janin. 

#3. Ikan mentah mengandungi jumlah pencemaran tinggi

sashimi

Ikan salmon mentah mengandungi pencemaran organik iaitu racun dari bahan kimia yang dihasilkan oleh industri. Penggunaan pukat ikan yang tercemar menjadi penyebab utama tingginya tahap pencemaran dalam ikan. Pencemaran ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser dan diabetes. 

Ikan mentah juga mengandungi merkuri iaitu logam berat beracun yang boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Jumlah merkuri ini akan berkurang 50 hiingga 60 peratus apabila ikan dimasak. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: insider, hellosehat, idntimes, strephonsays

Baca juga: 

Akibat makan sushi mentah, tangan lelaki ini jadi begini…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Lepas Makan Sashimi Wanita Ini Sakit Tekak 5 Hari, Rupa-Rupanya...
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham