TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Akibat makan sushi mentah, tangan lelaki ini jadi begini...

3 min bacaan
Akibat makan sushi mentah, tangan lelaki ini jadi begini...

Siapa sangka, kerana makan ikan mentah, tangan lelaki ini terpaksa dipotong. Baca kisahnya dan ketahui cara untuk mencegah dari terjadi pada anda.

Boleh ke makan ikan mentah seperti sushi mampu buat anda sakit? Menurut laporan perubatan, baru-baru ini, seorang lelaki demam dan tangan kirinya sakit selepas 12 jam makan makanan laut mentah!

Dua hari kemudian, dia dikejarkan ke hospital bahagian kecemasan selepas tapak tangannya bertukar bengkak berwarna ungu dan berbentuk seperti buih.

Belakang tangan dan lengannya juga turut bengkak dan bertukar warna.

Lelaki ini telah dijangkiti bakteria pemakan daging selepas makan makanan laut mentah yang tercemar. Apa yang jadi seterusnya adalah lebih teruk…

Akibat makan ikan mentah…

Kejadian ini berlaku di Selatan Korea dan ia telah diterbitkan oleh The New England Journal of Medicine.

Lelaki berusia 71 tahun ini telah dijangkiti bakteria pemakan daging yang dikenali sebagai vibrio vulnificus.

makan ikan mentah, ikan mentah, kesan makan ikan mentah, sashimi, sushi, makanan laut mentah

Untuk menyelamatkan nyawanya, doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan untuk mengeringkan lecur pada tangannya.

Oleh kerana lelaki ini memiliki sejarah perubatan penyakit kencing manis, darah tinggi dan kegagalan buah pinggang, ia buatkan keadaannya menjadi lebih teruk.

Selepas pembedahan, dia diberikan antibiotik, tetapi luka pada kulitnya telah berkembang menjadi ulser nekrotik. Doktor tak ada pilihan lain selain memotong tangan kirinya selepas 25 hari.

Makan ikan mentah: Bahaya bakteria vibrio vulnificus

makan ikan mentah, ikan mentah, kesan makan ikan mentah, sashimi, sushi, makanan laut mentah

Bakteria vibrio vulnificus, juga dikenali sebagai bakteria pemakan daging boleh memasuki badan melalui makanan laut yang mentah atau kurang masak, juga melalui luka yang terdedah kepada air laut yang tercemar.

Beberapa orang turut dijangkiti bakteria ini melalui air yang tercemar akibat luka yang terdedah. Ia boleh menyebabkan jangkitan kulit dan keracunan darah.

Pesakit dengan penyakit yang mengganggu imunisasi seperti masalah jantung kronik dan kanser juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan dan komplikasi.

Simptom jangkitan vibrio vulnificus termasuklah:

  • Sakit yang parah dengan keadaan kesihatan menurun secara mendadak
  • Cirit-birit berair, ditemani perut kejang, muntah dan demam
  • Jangkitan kulit selepas luka terdedah pada air laut
  • Jangkitan aliran darah, dengan demam, menggigil, tekanan darah yang sangat rendah, luka pada kulit dan kadang-kadang maut

Cegah risiko jangkitan vibrio vulnificus dengan tip berikut:

  • Masak kesemua jenis kerang sebelum makan termasuklah tiram.
  • Jika anda hendak makan sushi, pastikan anda pilih restoran yang mempunyai reputasi yang baik.
  • Pastikan anda simpan makanan laut dengan betul. Jangan biarkan makanan laut di luar peti sejuk lebih dari dua jam.
  • Jauhkan diri dari air payau dan air laut jika anda ada luka. Tutup luka dengan pembalut kalis air jika anda ada kemungkinan untuk menyentuh air payau, air laut, makanan laut mentah atau air dari makanan laut.
  • Jika anda mempunyai jangkitan kulit, beritahu doktor anda jika anda ada tersentuh air payau, air laut, makanan laut mentah atau air dari makanan laut.

Harapnya selepas ini anda akan lebih berhati-hati untuk makan makanan laut yang mentah seperti sushi dan pastkan makanan laut anda dimasak dengan betul.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Jaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comracun-dalam-makanan-bahaya/

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Akibat makan sushi mentah, tangan lelaki ini jadi begini...
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham