X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Selain Ikan Haruan & Bawal Putih, Ini Jenis Ikan Yang SELAMAT & Berkhasiat Untuk Dimakan Ketika Ibu Dalam Pantang

5 min bacaan
Selain Ikan Haruan & Bawal Putih, Ini Jenis Ikan Yang SELAMAT & Berkhasiat Untuk Dimakan Ketika Ibu Dalam Pantang

Bagi anda baru pertama kali bergelar seorang ibu, ini senarai ikan dalam pantang yang boleh dan tidak boleh diambil.

Sebaik sahaja melahirkan zuriat untuk suami tercinta, bermulalah fasa untuk ibu melalui proses memulihkan semula tubuh badan. Namun, mungkin timbul beberapa kekeliruan tentang senarai ikan dalam pantang kerana ada yang kata boleh diambil dan ada juga mengatakan tidak boleh diambil.

Biasanya makanan yang selalu disediakan untuk wanita yang dalam tempoh berpantang adalah ikan. Untuk lebih selamat, anda perlu berhati-hati kerana tidak semua ikan boleh dimakan. Silap pilih nanti berisiko menyebabkan alahan!

Senarai ikan dalam pantang yang selamat untuk makan

Kali ini kami ingin berkongsikan beberapa jenis ikan dan menu masakan khas buat ibu selepas bersalin. Lepas ini terus ada selera dan tak rasa bosan bila perlu hadap senarai makanan dalam pantang yang sama saja setiap hari!

#1. Ikan kerisi

Ikan kerisi memiliki khasiat untuk menyembuhkan luka dalam, tetapi ia tidaklah sehebat ikan haruan kerana mampu memberikan kesan hanya sekejap sahaja. Tapi kalau asyik makan jenis ikan yang sama boleh buat anda rasa bosan, kan?

Justeru, tukar sahaja menu hidangan kepada ikan kerisi pula dan jangan risau kerana kami kongsikan bersama resepi ikan kerisi masak asam yang dijamin sedap!

senarai ikan dalam pantang, ikan dalam pantang

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan kerisi
  • 1 biji bawang besar- dihiris
  • 5 ulas bawang putih- dihiris
  • 1-2 inci halia- dihiris
  • 1 tangkai cili merah dan hijau- dihiris
  • 1 mangkuk air asam

Cara penyediaan

  1. Goreng ikan kerisi selepas dilumur dengan garam dan kunyit. Kemudian toskan.
  2. Tumis bawang putih dan halia sehingga sedikit kekuningan.
  3. Kemudian masukkan bawang besar dan cili.
  4. Tumis sehingga bawang besar layu.
  5. Masukkan air asam jawa dan garam dan tunggu sehingga mendidih. Kemudian letak ke atas ikan kerisi yang sudah digoreng tadi.

#2. Ikan tenggiri

Ikan tenggiri memiliki manfaat dalam membekalkan sumber tenaga serta zat baik buat ibu yang menyusukan bayi.

Antara menu sesuai adalah singgang ikan tenggiri.

Kepada anda yang tidak tahu cara memasak ikan singgang sedap, jangan risau! Ikut sahaja langkah mudah ini.

menu makanan dalam pantang, ikan dalam pantang

Bahan-bahan

  • Ikan tenggiri dipotong kepada 3 keping besar
  • 3 ulas bawang putih- diketuk dan dihiris
  • 2cm lengkuas- dihiris nipis
  • 3 keping asam gelugur
  • 4 cawan air
  • garam secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih.
  2. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas dan ulam ulaman.

#3. Ikan jenahak

Ikan jenahak hidup di paya bakau, muara dan air tawar. Ia agak sukar untuk diperolehi, jadi harganya agak mahal berbanding dengan ikan yang lain.

Antara menu hidangan ketika berpantang adalah sup ikan. 

resepi makanan dalam pantang, ikan dalam pantang

Bahan-bahan

  • 2 potong ikan jenahak
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji pelaga dan 2 biji cengkih.
  • Lada hitam/ putih
  • Daun sup
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Tumbuk bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Kemudian masukkan bahan tumbuk. Biarkan ia layu.
  3. Masukkan air dan didihkan.
  4. Masukkan ikan dan apabila sudah masak, bolehla tambah daun sup. Perasakan dengan garam dan lada. Siap!

#4. Ikan selar

Isi ikan selar memiliki rasa yang manis, ia sangat sesuai untuk ibu berpantang. Walau bagaimanapun, ikan selar ada dua jenis iaitu selar kuning dan yang tiada garisan kuning pada badannya.

Yang dibolehkan untuk anda makan ketika pantang adalah ikan selar yang tidak mempunyai garisan kuning pada badannya.

Elakkan dari ikan selar kuning kerana ia boleh memberikan bisa terhadap luka dalaman.

Antara menu yang perlu anda cuba adalah ikan selar bakar.

jenis ikan untuk ibu berpantang

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan selar- dikelar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • Minyak bijan
  • Minyak zaitun
  • Garam

Cara penyediaan

  1. Tumbuk kunyit hidup dan halia. Lumurkan pada ikan bersama sedikit garam.
  2. Renjiskan minyak bijan dan minyak zaitun pada ikan.
  3. Letakkan daun pisang dan siram dengan sedikit minyak zaitun.
  4. Bakar dan balikkan kedua-dua permukaan sehingga masak.

#5. Ikan merah 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ikan merah memiliki Omega 3 yang berperanan untuk menghilangkan tekanan ketika melalui proses berpantang. Bukan itu sahaja, ia turut mengandungi vitamin A bagi mengekalkan sistem imunisasi para ibu. 

Antara menu yang boleh dimasak adalah stim atau sup ikan merah.

Selain Ikan Haruan & Bawal Putih, Ini Jenis Ikan Yang SELAMAT & Berkhasiat Untuk Dimakan Ketika Ibu Dalam Pantang

Bahan-bahan

  • Ikan dicuci bersih
  • Bawang putih- dihiris
  • Bawang holand- dihiris
  • Halia- dihiris
  • Lobak merah- dihiris
  • Limau kasturi- diperah
  • Daun ketumbar- dihiris
  • Sedikit air dan garam

Cara penyediaan

  1. Masuk ikan, bawang, halia, lobak merah dan daun ketumbar ke dalam kuali non stick.
  2. Masukkan sedikit air, perahan limau kasturi dan garam
  3. Masak sehingga mendidih dan hidangkan bersama nasi panas. Siap!

Sekiranya anda tidak pasti jenis ikan dalam pantang yang mana sesuai untuk dimakan, anda juga boleh merujuk kepada doktor.

Yang paling penting, makanan dalam pantang anda dapat memberikan anda tenaga, menambah susu dalam badan dan tidak membuatkan luka (terutamanya luka czer) bertambah buruk.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Luka Bersalin Czer Ibu Ini Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ! Anda Tahu Tanda Jangkitan Bagaimana?

Baca juga: Hukum & Cara Mandi Wajib Selepas Bersalin, Ibu Baru WAJIB Tahu Cara Betul Sucikan Diri!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Kurus Lepas Bersalin Minum Kopi Sekali Sehari, Hilang 40kg!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Selain Ikan Haruan & Bawal Putih, Ini Jenis Ikan Yang SELAMAT & Berkhasiat Untuk Dimakan Ketika Ibu Dalam Pantang
Kongsikan:
  • 7 Resepi Masakan Ikan Untuk Ibu Berpantang, Suami Pun Boleh Tolong Masak!

    7 Resepi Masakan Ikan Untuk Ibu Berpantang, Suami Pun Boleh Tolong Masak!

  • Senarai Makanan Dalam Pantang, Ini Jenis Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil

    Senarai Makanan Dalam Pantang, Ini Jenis Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • 7 Resepi Masakan Ikan Untuk Ibu Berpantang, Suami Pun Boleh Tolong Masak!

    7 Resepi Masakan Ikan Untuk Ibu Berpantang, Suami Pun Boleh Tolong Masak!

  • Senarai Makanan Dalam Pantang, Ini Jenis Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil

    Senarai Makanan Dalam Pantang, Ini Jenis Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.