Luka Bersalin Czer Ibu Ini Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ! Anda Tahu Tanda Jangkitan Bagaimana?

Dua hari lepas bersalin, doktor mendapati luka bersalin czer Ashley dijangkiti bakteria pemakan organ. Nyawa ibu ini diambang maut! Ibu tahu apa tanda luka bersalin anda dijangkiti kuman?
Baru-baru ini, media digemparkan dengan kisah seorang ibu yang mengalami jangkitan kuman pemakan organ pada luka bersalin czer beliau.
Semuanya bermula apabila ibu tersebut yang bernama Ashley, menderita prolapse ketika hamil, iaitu organnya telah "terjatuh" hingga ke vagina.
Khuatir ia membawa kesan kepada kandungan, malah risau jangkitan boleh merebak ke organnya yang lain, doktor Ashley telah melakukan pembedahan czer kecemasan pada Ashley.
Tapi selepas beberapa hari, luka bersalin czer Ashley dijangkiti bakteria pemakan organ, dan di situlah bermula segala mimpi ngerinya!
Jom ambil kisah ini sebagai pengajaran. Ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan tahu tak apa tanda-tanda jika luka bersalin czer anda telah dijangkiti bakteria?
Luka Bersalin Czer Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ Yang Memakan Perut Ibu Ini
Ashley Thompson, ibu kepada tiga orang anak ini terpaksa diletakkan ke dalam koma selama enam hari selepas doktor membuang organnya yang telah rosak.
Menurut Ashley, selepas bersalin, dia masih tidak dapat membawa bayinya pulang ke rumah kerana bayinya ditahan di NICU untuk rawatan, akibat sukar bernafas.
Jadi, Ashley pulang dahulu bersama suaminya. Akan tetapi, selepas beberapa hari, ibu ini mengalami kesakitan yang melampau di bahagian perutnya. Tapi dia sangka semua ini tidak serius.
Namun selepas mendapatkan pemeriksaan CT, doktor terkejut apabila mendapati ibu ini telah dijangkiti bakteria pemakan organ bernama necrotising fascitis!
Luka Bersalin Czer Dijangkiti Bakteria: Semuanya Berlaku Dalam Sekelip Mata...
Sebenarnya, luka bersalin czer Ashley telah dijangkiti bakteria tersebut dan ia telah memakan sebahagian lapisan otot hingga ke kulit dan organ wanita ini!
Untuk mengelak risiko bakteria tersebut lebih tersebar jauh dan merosakkan semua organ Ashley, doktor terpaksa membedahnya dengan segera.
Para doktor terpaksa berlumba dengan masa -- dan Ashley mungkin tidak akan dapat diselamatkan jika mereka bertindak lambat!
Risiko kematian amat terang hingga doktor tidak sempat pun beri Ashley anestesia sebelum pembedahan.
Dalam pembedahan itu, pakar bedah terpaksa memotong semula luka bersalin czer Ashley dan membuang ototnya yang telah rosak. Badannya telah "membusuk" dengan sangat teruk sehingga ada beberapa kakitangan perubatan hampir muntah dan meninggalkan dewan bedah!
Selepas pembedahan selesai, Ashley diletakkan dalam keadaan koma supaya badannya boleh pulih dari trauma. Apabila Ashley sedar, dia tidak ingat suami dan anak-anaknya.
Nasib baiklah selepas beberapa minggu, baru ibu ini semakin sembuh dan ingat semua perkara yang terjadi padanya.
Walau bagaimanapun, kesan daripada luka bersalin czer yang dijangkiti bakteria itu, Ashley masih menderita sakit di bahagian perut sehingga kini. Dia juga terpaksa berhenti kerja.
Ashley tidak boleh berdiri terlalu lama, perutnya membengkak dan tisunya masih meninggalkan parut.
Apa Tanda Luka Bersalin Czer Dijangkiti Bakteria?
Secara umumnya, perubatan moden dan praktis kebersihan yang diamal pakar akan mengurangkan risiko luka bersalin czer anda dijangkiti bakteria. Akan tetapi, ia tidak bermaksud kejadian seperti ini tidak boleh berlaku.
Ibu, anda kena tahu yang setiap pembedahan memiliki risikonya yang tersendiri. Ini termasuklah pembedahan bersalin. Antara sebab-sebab mengapa luka bersalin czer anda berisiko dijangkiti bakteria adalah kerana:
- Anda kehilangan banyak darah
- Pembedahan yang berjalan lama
- Tidak diberi antibiotik atau penjagaan rapi sebelum pembedahan
- Tidak pergi ke pemeriksaan pranatal
- Cecair amniotik telah dijangkiti kuman sebelum ini
- Ada masalah kesihatan seperti kencing manis, HIV, atau obesiti.
Berikut antara tanda-tanda luka bersalin czer anda telah dijangkiti bakteria:
- Sesetengah anggota badan bengkak dan sakit tekak
- Sakit yang teruk di bahagian perut atau atas perut
- Luka bersalin czer keluar nanah
- Sakit ketika kencing
- Pendarahan di vagina yang banyak
- Kaki bengkak
- Cecair aneh keluar dari vagina
Ibu, anda wajib tahu tanda-tanda ini supaya anda dapat mencegah jangkitan kuman selepas bersalin. Jika anda perasan ada tanda-tanda berikut pada luka bersalin czer, sila dapatkan rawatan dengan segera.
Doktor boleh memeriksa luka bersalin czer anda dan memberi rawatan yang sepatutnya.
Kami mengharapkan agar artikel tentang tanda luka bersalin czer dijangkiti kuman ini berguna untuk anda semua.
Jangan lupa sebarkan info ini pada keluarga, saudara atau kawan anda yang juga bersalin secara czer agar mereka tahu tanda-tanda bahaya yang mereka perlu perhatikan. Semoga bermanfaat!
Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Luka Bersalin Czer Yang Guna Stapler Perlu Dicabut Balik? Apa Bezanya Dengan Jahitan?
Seorang Ibu Terkejut Lepas 2 Tahun Bersalin, Parut Czer Bengkak & Berdarah Balik!
Cara Mudah Melatih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia 1 Bulan, #3 Ramai Ibu Tidak Tahu!
Tolong! Macam mana nak putihkan kawasan faraj yang makin gelap selepas bersalin?