X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bila Waktu Yang Tepat Untuk Bawa Si Kecil Keluar Makan Bersama?

5 min bacaan
Bila Waktu Yang Tepat Untuk Bawa Si Kecil Keluar Makan Bersama?

Sebagai seorang dewasa, kita pun hendak makan di luar sekali-sekala. Tetapi, bila fikirkan hendak bawa si manja yang mungkin meragam… gerun! Jadi, bagaimana hendak atasi masalah membawa si manja keluar ke restoran ini?

Salah satu perkara yang sesetengah ibu bapa rasa mereka perlu korbankan adalah kenikmatan untuk dine-out atau makan di restoran sejak kehadiran si manja ke dalam kehidupan. Ini kerana mereka merasa takut bahawa si kecil akan meragam atau mengamuk ketika di tempat awam jika bawa keluar ke restoran! 

Jadi ibu ayah tak perlu takut! Dengan cara dan tips yang betul, ibu bapa tidak perlu khuatir lagi untuk membawa si manja keluar makan bersama-sama di restoran.

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Bawa Si Manja Keluar Ke Restoran?

keluar ke restoran

Kredit: Bright Horizons Blogs

Waktu yang sesuai untuk anda bawa si manja keluar makan di restoran bermula sejak seawal 6 minggu, atau 1 bulan lebih. Tetapi, seeloknya tunggulah lama sedikit, lebih kurang 3-4 bulan, kerana suasana yang sibuk dan persekitaran yang berbeza mungkin boleh menyebabkan bayi berasa takut dan tertekan.

Sebelum membawa bayi anda keluar ke restoran, cuba anda bawa bayi keluar ke persekitaran rumah dahulu. Biasakan si manja dengan udara dan cahaya di luar zon selesa mereka.

Tetapi, kalau boleh, elakkanlah membawa si kecil anda keluar pada waktu malam, kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan anak anda.

Sering Bawa Bayi Keluar Malam Pengaruhi Perkembangan Anak, Malah Anak Akan Suka Buat Perangai!

Sebaliknya, bawa lah si kecil keluar ketika waktu petang selepas kerja, sementara matahari masih ada dan angin juga sepoi-sepoi bahasa. Jika anda tidak punya masa selepas kerja, jadikan setiap petang hujung minggu waktu untuk anda bonding dan berkomunikasi dengan si manja.

Jadi, anda sudah tahu bila untuk membawa anak anda keluar, tetapi anda masih gerun. Macam mana kalau dia meragam di tempat awam? Tentu malu dan stres! Sekiranya anda risaukan perkara ini, anad boleh cuba tips yang bakal kami kongsikan ini.

Cara Untuk Mengelakkan Anak Meragam Di Restoran

1# Sebelum keluar ke restoran, buat tempahan terlebih dahulu

keluar ke restoran

Kredit: Teach Away

Kami tahu, ada segelintir individu yang tidak gemar membuat tempahan dan lebih suka rancangan yang spontan. Tetapi, jika anda hendak makan di luar dengan kehadiran si kecil, inilah pilihan yang terbaik bagi anda. Ketika melakukan tempahan, anda boleh terus memberitahu pihak restoran bahawa anda akan membawa bayi atau kanak-kanak kecil supaya mereka boleh menyediakan apa yang patut bagi kesenangan anda dan pelanggan lain.

2# Latihan tabiat baik bermula dari rumah

keluar ke restoran

Jika anda hendakkan pengalaman makan di restoran yang tenang bersama si kecil, mula lah mengajar mereka tentang adab makan atau table manners di rumah dahulu.

  • Pastikan mereka mempunyai kerusi sendiri ketika makan di rumah, supaya ketika di restoran mereka akan boleh berpisah sebentar dari anda ketika makan. Susahnya nak makan dengan si kecil atas riba!
  • Ajar mereka untuk tidak makan dengan bersepah. Jika mereka masih tidak mempunyai skil motor yang baik, anda boleh menyuap mereka supaya ia tidak terlalu bersepah.
  • Menegaskan kepada mereka kepentingan menjaga adab ketika makan. Contohnya, jika mereka sengaja menumpahkan makanan, tegurlah mereka dalam bahasa yang mereka akan faham seperti, “Nanti Allah marah!” atau “Kesian dekat kakak/abang nanti penat nak kemas. Tak kesian ke?” Ini juga akan mengajar anak-anak rasa empati terhadap orang lain.
  • Bercakap ketika makan adalah adab makan yang sangat buruk. Jadi, beritahulah anak untuk bercakap ketika waktu makan jika ada masalah sahaja. Seperti makanan terlalu pedas, masin, atau manis. Ini boleh mengajar anak-anak untuk mengenalpasti rasa dan mengajar mereka skil komunikasi juga.

4# Memilih restoran yang tidak sibuk

Bila Waktu Yang Tepat Untuk Bawa Si Kecil Keluar Makan Bersama?

Kredit: Kuala Lumpur

Selain dari memilih restoran yang tidak sibuk supaya anda dan si manja anda tidak akan rasa jika ada situasi yang tidak diinginkan berlaku seperti air tumpah atau ragaman. Restoran yang menawarkan ruang mainan untuk kanak-kanak juga menjadi pilihan yang baik untuk ibu bapa makan dengan tenang, dan anak-anak juga dapat meluangkan masa bermain selepas makan. Sudah kenyang, dan penat bermain? Balik rumah pasti terus tidur!

5# Sediakan mainan atau barangan kegemaran mereka

Bila Waktu Yang Tepat Untuk Bawa Si Kecil Keluar Makan Bersama?

Kredit: Pottery Barn Kids

Si kecil mungkin akan berasa takut dan was-was ketika berada di persekitaran baru. Jadi, menyediakan barangan atau mainan kegemaran mereka seperti puting atau patung arnab kesayangannya akan membantu bayi lebih relaks dengan kehadiran barang yang memberi mereka keselasaan. Jika si manja meragam, hulurkanlah barangan tersebut sebagai cara memujuknya.

6# Puji tabiat baik mereka (dengan berpada-pada!)

Jika anak anda berperangai baik ketika di restoran tersebut, berikanlah mereka pujian. Contohnya, jika mereka makan dengan bersih, katakanlah “Bagusnya anak ibu, pandai sangat makan elok-elok!” atau jika mereka tidak meragam, “Bagusnya tak meragam. Lepas ni kita boleh makan dekat luar lagi.”

Ibu bapa patut sedar bahawa kehadiran si manja bukan untuk mengehadkan kehidupan anda. Jika dahulu anda boleh keluar makan selalu, sekarang pun boleh. 

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Anak-anak bukan penghalang untuk anda menikmati hidup anda, sebaliknya anak-anaklah punca anda dapat mengalami perkara baru seperti mengajar anak mengenal dunia luar dan cara berkomunikasi dan berinteraksi ketika berada di luar.

Akhir kata, jika anda merancang untuk makan di luar bersama si manja, jagalah diri dengan baik di musim pandemik ini dan patuhi segala prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). 

Stay safe dan kita jaga kita!

Peringatan: Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Mendidik Anak-anak Supaya Mendengar Kata

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Bila Waktu Yang Tepat Untuk Bawa Si Kecil Keluar Makan Bersama?
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham