Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Setiap ibu bapa pasti mempunyai pendekatan berbeza dalam cara mendidik anak. Kalau nak anak membesar dengan lebih beradab, terapkan beberapa cara ini dalam kehidupan seharian.
Apa yang dilihat dan dipelajari oleh anak-anak daripada ibu bapa mereka akan memberi impak besar terhadap pembentukan karakter dan masa depan mereka.
Nak Anak Membesar Dengan Lebih Beradab, Guna Cara Ini
1. Jangan Pukul Anak Dari Bahagian Lutut Ke Atas
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, ibu bapa atau siapa pun tidak dibenarkan untuk memukul di bahagian muka.
Riwayat daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبِ الْوَجْهَ
Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu bergaduh maka hendaklah dia menjauhi (dari memukul) muka. Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim.
Ibu bapa juga tidak boleh memukul anak dengan melebihi 10 kali.
Nabi SAW telah bersabda:
لَا يُجْلَدُ فَوْقَ عَشَرَةِ أَسْوَاطٍ إِلَّا فِي حَدِّ مِنْ حُدُودِ اَللَّهِ
Maksudnya: Jangan kamu menyebat lebih daripada 10 kali sebatan kecuali ketika melaksanakan hudud Allah. Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim.
2. Guna Tangan Atau Anggota Badan Yang Lain
Jangan gunakan tangan atau anggota tubuh untuk memukul anak, dan jangan sesekali menampar anak dengan tangan. Tindakan ini boleh menyebabkan anak menjadi lebih degil dan nakal serta sukar dikawal.
Sebagaimana sunnah Rasulullah SAW:
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.
Selepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”.
3. Rotan Atau Pukul Anak Di Telapak Kaki
Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
4. Beri Nama Panggilan Yang Baik
Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
5. Peluk Anak Setiap Hari
Kalau nak anak membesar dengan lebih beradab, jangan lupa berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
6. Pandang Wajah Anak
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
7. Beri Pujian Setiap Kali Berbuat Baik
Beri peneguhan setiap kali anak berbuat baik. Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
8. Jangan Terlalu Letak Harapan
Jangan mengharapkan anak anda yang belum matang untuk melakukan perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanyalah kanak-kanak yang sedang berkembang.
Perkembangan mereka mendorong mereka untuk mengalami pelbagai perkara, termasuk membuat kesilapan.
9. Utamakan Keluarga
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.
10. Jangan Mengeluh Depan Anak-Anak
Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan ibu ayah akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Anak-anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia melainkan ibu ayah yang memilih untuk melahirkan mereka.
11. Jadi Pendengar Yang Baik
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
12. Tenangkan Anak
Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13. Tunjuk Cara Tenangkan Diri Sendiri
Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14. Hargai Anak
Buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari jadi mereka. Sediakan hadiah hari jadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan ini akan membuatkan anak anda belajar menghargai.
Anak-anak yang dibesarkan dalam persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
15. Jangan Jemu Mengajar
Kemungkinan besar anak kita mungkin tidak menerima pengajaran pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16. Luangkan Masa Bersama
Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17. Dengar Mimpi Ngeri Anak
Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18. Hargai Permainan Anak
Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19. Berikan Ciuman Sebelum Tidur
Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20. Belajar Menerima Diri Sendiri
Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21. Jangan Bawa Bebanan Kerja Ke Rumah
Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22. Dengar Tangisan Anak
Anak-anak mungkin menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadang-kadang itu hanya untuk kesan bunyi semata-mata.
Walau bagaimanapun, dengarkanlah mereka, kerana dua puluh tahun dari sekarang, anda pula yang mungkin akan menangis apabila rumah menjadi sunyi. Anak-anak anda akan sibuk mendengar tangisan anak-anak mereka sendiri.
Semoga dapat membantu kita menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Tabiat Yang MEROSAKKAN Anak, Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya!
Baca juga: Ibu Ini Kongsi Cara Mendidik Anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain Bermula Dari Rumah
Baca juga: Bukan Semua Kena Kongsi, Sesekali Ajar Anak ‘Kedekut’ Untuk Hak Mereka Tak Salah Pun!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!