X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

7 Tabiat Yang MEROSAKKAN Anak, Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya!

5 min bacaan
7 Tabiat Yang MEROSAKKAN Anak, Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya!

Jika anda ada tabiat seperti ini, hentikan segera kerana ia boleh mempengaruhi masa depan anak anda.

Mempunyai anak merupakan salah satu perubahan yang besar dalam hidup, dan serta merta anda ada tanggungjawab untuk didik anak menjalani kehidupannya. Ini merupakan cabaran yang hebat, kerana hakikatnya ia bukanlah satu perkara yang mudah!

Kebanyakan ibu bapa pasti mahu memberikan pengaruh yang baik untuk anak-anak kerana setiap tindakan anda boleh mempengaruhi sikap anak kelak. Tetapi yakinkah yang anda sedang melakukan perkara yang betul?

Didik Anak: 7 Tabiat Ibu Bapa Yang Merosakkan Anak Seumur Hidupnya

Ibu ayah mungkin mempunyai cara sendiri semasa didik anak, namun tahukah anda ada beberapa perkara yang memberi impak kepada si kecil? Anda mungkin tidak menyedari yang perlakuan terhadap anak, walaupun kelihatan ringkas sebenarnya boleh mempengaruhi peribadi anak apabila dewasa kelak.

Berikut merupakan 11 tabiat ibu ayah yang boleh merosakkan anak:

Tabiat Buruk #1 Tidak Menghormati Ruang Peribadi Anak/ Tidak Minta Anak Beri Ruang Peribadi

tabiat buruk ibu bapa

Sesetengah ibu bapa gagal dalam kedua-dua perkara ini yang ternyata tidak sihat dan tidak mengajar anak-anak apa yang mereka perlu tahu mengenai sempadan.

Tidak memberi ruang untuk anak adalah seperti masuk bilik anak tanpa mengetuk pintu biliknya, dan dia juga melakukan yang sama. Seharusnya anak perlu tahu batasan sebagai individu, walaupun anak adalah ahli keluarga sendiri.

Advertisement

Tabiat Buruk #2 Kurang Memberi Semangat dan Pujian

Sesetengah ibu bapa mengamalkan didik anak cara ‘old school’, bertegas dan sentiasa menggunakan hukuman untuk mengajar anak-anak.

Cara ini sebenarnya boleh melemahkan hubungan antara parents dan anak, malah anak akan berasa tidak bersemangat dan tidak yakin.

Selain disiplin, kanak-kanak memerlukan sokongan dan pujian bagi mengelakkan mereka membuat sesuatu hanya bagi mendapatkan persetujuan ibu bapa. Ketahui perbezaan antara tingkah laku yang memberontak yang perlu dihukum dan kesilapan kecil yang tidak perlu diperbesarkan.

Apabila kanak-kanak membuat kesilapan, berikan mereka galakan untuk buat lebih baik. Jika mereka berjaya, berikan mereka pujian agar lebih bersemangat!

Tabiat Buruk #3 Bertindak Terlalu Tegas Terhadap Anak

didik anak

Ibu bapa yang tidak memuji anak kebiasaannya cenderung untuk kerap menegur anak dengan ‘keras’. Anak akan berasa takut dan akan membesar fikir yang mereka tidak akan boleh melakukan apa pun.

Apa kata lain kali, sebelum memarahi anak anda berfikir dahulu, perlukah anda marah sebegitu untuk perkara kecil? Jika anda perlu tegur anak, lakukan dengan lemah lembut dan kata positif, seperti mana yang anda mahu dilayan juga.

Tabiat Buruk #4 Tidak Konsisten Dalam Menetapkan Peraturan

Jika anda mempunyai peraturan tertentu dalam rumah, pastikan anak tahu yang anda mahu peraturan tersebut dipatuhi. Sekiranya anda tidak konsisten bertegas dengan peraturan itu, anda sebenarnya memberi petanda yang mereka boleh melanggar peraturan di luar rumah juga.

Jadi, amalkan mengadakan hukuman sekiranya berlaku perlanggaran peraturan. Sekiranya anda tidak bertegas, anak-anak akan berfikir yang mereka boleh memanipulasi anda untuk tidak melaksanakan peraturan itu.

Walaupun ia mungkin sukar, tetapi anda perlu bertegas ya parents!

Tabiat Buruk #5 Terlalu Memanjakan Anak

cara didik anak

Semasa anak masih kecil, memang kebiasaannya mereka suka anda bersama-sama melakukan aktiviti. Ibu bapa yang banyak melibatkan diri dengan anak adalah perkara yang bagus, namun apabila anak semakin membesar, tabiat ini tidak sihat untuk perkembangan anak.

Ini tidak hanya bermaksud meluangkan aktiviti sosial bersama, malah membantu anak melakukan perkara lain seperti memakaikan baju atau melakukan kerja rumah dan sebagainya.

Beri mereka ruang untuk belajar dan melakukan sesuatu sendiri kerana ia penting untuk pembelajaran kehidupan dan kemahiran membuat keputusan mereka.

Tabiat Buruk #5 Membuli Anak

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ibu bapa yang membuli anak-anak mungkin tidak akan mempunyai hubungan jangka panjang yang baik dengan mereka apabila anak dewasa kelak.

Anak akan takut merujuk kepada anda untuk bercakap tentang masalah kerana mereka fikir mereka akan diperlekehkan pula.

Jangan melayan anak-anak anda seperti pembuli di taman permainan, dan merendah-rendahkan mereka. Tunjukkan kepada mereka kasih sayang, sokongan, dan tindakbalas yang lebih baik walaupun mereka melakukan kesalahan.

Tabiat Buruk #6 Tidak Memberikan Perhatian

cara mendidik anak

Kita hidup di zaman teknologi di mana hampir semuanya melibatkan penggunaan gajet dalam kehidupan seharian.

Jangan biarkan telefon anda, kerja anda, atau hobi anda sendiri, mengambil alih hidup  sehingga anda tidak mengambil masa untuk memberi perhatian kepada anak-anak.

Beberapa perkara yang menarik perhatian anak mungkin kelihatan membosankan atau tidak penting kepada anda.

Tetapi jika anda terlalu hanyut dalam kehidupan sendiri, mereka akan beranggapan bahawa anda tidak berminat dalam kehidupan mereka dan kemungkinan besar akan mula menghormati orang lain selain anda.

Tabiat Buruk #7 Malas

Sesetengah ibu bapa gemar mengambil jalan mudah semasa membesarkan anak-anak,. terutama setelah mempunyai anak ramai. Mereka tidak lagi membuat makanan berkhasiat, atau kerap memberi gajet kepada anak sebagai pengganti anda kerana tidak mahu bermain bersama si kecil.

Tabiat sebegini membuatkan anak tidak berdikari. mempunyai masalah berkaitan kebersihan dan mungkin bergelut melakukan kerja sekolah kerana tidak pernah mendapat bantuan dari ibu ayah. Jadi selepas ini, ibu ayah perlu lebih terlibat menguruskan anak ya. dan jangan biarkan mereka rasa disisihkan.

Adakah di antara tabiat buruk ini yang anda lakukan? Jika ya, sama-samalah kita berubah demi masa depan anak-anak.

Suarakan pendapat anda!

Macam mana mengendalikan anak tantrum?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bidadari

Baca juga:

https://my.theasianparent.commendidik-anak-lelaki

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 7 Tabiat Yang MEROSAKKAN Anak, Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya!
Kongsikan:
  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham