X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Penyakit OCD Kebersihan Disertai Beberapa Tanda, Perangai Pelik Yang Perlu Diperhatikan

4 min bacaan
Penyakit OCD Kebersihan Disertai Beberapa Tanda, Perangai Pelik Yang Perlu Diperhatikan

Penyakit OCD kebersihan sinonim dengan basuh tangan berlebihan, membersih melampau, memeriksa berulang, mengira dan penyusunan tepat.

Penyakit OCD kebersihan adalah gangguan obsesif-kompulsif  atau Obsessive-compulsive disorder (OCD) yang menyebabkan seseorang merasa terpaksa untuk sentiasa membersihkan atau mengatur benda-benda di sekelilingnya, walaupun sudah cukup bersih.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Penyakit OCD Kebersihan
  • Punca Penyakit OCD
  • Tanda-Tanda OCD Kebersihan
  • Apakah OCD berbahaya
  • Cara Mengatasi OCD kebersihan

Apa Itu Penyakit OCD Kebersihan

Bayangkan, ada orang yang rasa tak tenang jika lantai sedikit berdebu atau sinki tidak berkilat!

Mereka akan mengulang-ulang perbuatan membersihkan sampai rasa puas hati (walaupun kadang-kadang, ia tak pernah cukup).

Penyakit OCD kebersihan bukan sekadar mahu rumah nampak bersih, tapi lebih kepada “keperluan” untuk memastikan semuanya sempurna supaya rasa tenang.

Bagi mereka, kebersihan adalah cara untuk mengatasi kegelisahan yang datang tanpa henti.

Punca Penyakit OCD

OCD boleh timbul akibat gabungan faktor genetik, biologi otak, dan pengalaman hidup.

Ia kadang-kadang disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia di otak, atau boleh diwarisi daripada keluarga.

Situasi stres atau trauma juga boleh mencetuskan gangguan ini, membuatkan otak terasa seperti ada ‘butang reset’ yang sentiasa tertekan untuk memastikan segala-galanya sempurna.

Tanda-Tanda OCD Kebersihan

Berikut adalah antara tanda-tanda sinonim penyakit OCD kebersihan yang perlu diberi perhatian:

1.Basuh Tangan Berlebihan

Ada yang boleh basuh tangan sampai lima kali, takut kuman tak hilang!

Mungkin sebab nak elak penyakit atau rasa tak bersih. Jika asyik fikirkan kuman walau dah basuh tangan, mungkin ada tanda OCD.

2.Membersih Melampau

Kalau rumah bersih tak cukup, kena bersihkan lagi—berjam-jam! Walaupun dah bersih, rasa tak cukup sampai hilang ketenangan.

3.Memeriksa Berulang

Tutup pintu 20 kali, pastikan ketuhar mati berulang kali. Kalau jadi ritual dan mengganggu kehidupan, itu mungkin OCD.

4.Mengira

Suka kira langkah atau benda yang dibuat? Kadang-kadang ia hanya superstition, tapi jika ia mula ganggu hidup, mungkin masa untuk cari bantuan.

5.Penyusunan Tepat

Penyusunan barang dengan simetri atau dengan jumlah tertentu adalah hal biasa untuk OCD.

Perbezaannya, ia menjadi ‘keperluan’ yang tak boleh dielakkan.

6.Takut Ditimpa Musibah

Takut rumah terbakar atau kemalangan berlaku tanpa henti? Takut berlebihan yang mengganggu hidup, itu tanda OCD.

7.Pemikiran Seksual Pelik

Fikiran tentang kelakuan seksual yang tak diingini atau pelik? Jika ia menyebabkan rasa cemas berterusan dan bukan refleksi diri sebenar, itu adalah OCD.

8.Overthinking dalam Perhubungan

Tanya diri berulang kali, “Adakah komen saya melukakan hati?” Terlalu banyak menganalisis boleh jadi tanda OCD dalam hubungan.

9.Mengharapkan Kepastian

Tanya orang lain berulang kali tentang sesuatu, seperti “Rumah saya kotor tak?” atau “Saya buat betul tak?” Kalau jadi habit, itu tanda OCD.

10. Benci Rupa Sendiri

Menghabiskan masa berjam-jam depan cermin, benci dengan kulit, hidung, atau rambut?

Jika ia mengganggu hidup anda, mungkin anda mengalami Body Dysmorphic Disorder (BDD), yang juga berkait dengan OCD.

Apakah OCD berbahaya

Penyakit OCD kebersihan sebenarnya boleh memberi kesan serius dalam kehidupan seharian.

Jika tidak diatasi, ia boleh mengganggu rutin harian, hubungan sosial, dan kerja.

Penderita OCD kebersihan mungkin menghabiskan banyak masa menggosok atau menyusun barang, yang boleh membuat mereka rasa letih dan tertekan.

Walaupun ia tidak memudaratkan nyawa, ia tetap boleh menjejaskan kualiti hidup.

Cara Mengatasi OCD kebersihan

Tenang, ada cara untuk menghadapinya! Pertama, terima bahawa tidak semuanya perlu sempurna.

Terapi tingkah laku kognitif (CBT) boleh membantu untuk menangani obsesi dan mengurangkan kebiasaan mengulang-ulang.

Selain itu, latihan pernafasan atau meditasi juga boleh mengurangkan kecemasan. Untuk yang lebih serius, rawatan perubatan seperti ubat boleh digunakan.

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Yang penting, jangan segan untuk mendapatkan bantuan profesional jika rasa OCD itu mengganggu kehidupan seharian.

Kita semua layak hidup tanpa rasa terperangkap dalam kebersihan yang berlebihan!

National Institute of Mental Health, mayo clinic

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Penyakit Ain Pada Bayi & Anak Kecil: Kenali Tanda, Ciri & Cara Menyembuhkannya

Baca juga: Bukan Saja-Saja, Ada Sebab Orang Tua Melarang Ibu Berkongsi Gambar Bayi Di Media Sosial

Baca juga: 17 Pantang Larang Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang Dan Tips Pemakanan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Penyakit OCD Kebersihan Disertai Beberapa Tanda, Perangai Pelik Yang Perlu Diperhatikan
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham