X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Makanan Perlu Dielakkan Untuk Anak Yang Ada Penyakit ADHD, Elak Gejala Makin Teruk

4 min bacaan
7 Makanan Perlu Dielakkan Untuk Anak Yang Ada Penyakit ADHD, Elak Gejala Makin Teruk

Penyakit ADHD maksud adalah gangguan mental yang menyebabkan seseorang sulit untuk memfokuskan perhatiannya terhadap sesuatu perkara

Penyakit ADHD atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder adalah gangguan jangka panjang yang disebabkan perbezaan antara perkembangan otak dan aktiviti otak.

Ianya dimanifestasikan dengan perilaku impulsif, hiperaktif, dan sukar untuk menumpukan perhatian dalam jangka masa yang panjang. Masalah ini boleh mempengaruhi prestasi kanak-kanak tersebut di sekolah, tingkah laku serta dalam hubungan.

Makanan tertentu boleh memburukkan gejala penyakit ADHD

makanan anak adhd

Selama bertahun-tahun, doktor telah membuat spekulasi bahawa makanan tertentu mungkin ada kaitan dengan gangguan hiperaktif atau penyakit ADHD.

Akan tetapi pakar tidak dapat membuktikan ada makanan tertentu menjadi punca penyakit ini. Namun ada sesetengah makanan berupaya memburukkan gejala ADHD pada anak kecil anda.

Sesetengah bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan ADHD mungkin mempunyai tahap asid lemak penting yang rendah. Walau bagaimanapun, kajian awal membuat kesimpulan bahawa suplemen asid lemak omega-3 dalam pemakanan harian dengan ADHD akan meningkatkan tingkah laku.

Ramai ibu bapa tertanya-tanya sama ada bahan tambahan dan pewarna makanan tiruan menyumbang kepada ADHD. Walaupun punca ADHD masih tidak diketahui, anda boleh cuba mengelakkannya termasuklah minuman manis, gula-gula dan bijirin berwarna-warni.

Hapuskan produk makanan yang diproses, dan amalkan diet pemakanan yang sihat bagi mengoptimumkan kesihatan dan kesejahteraan anak.

Jenis makanan perlu dielakkan untuk anak yang ada penyakit ADHD

anak masalah adhd

#1. Elakkan beri anak makan gula-gula

Gula-gula sarat dengan gula dan warna tiruan, ia adalah kombinasi yang tidak baik untuk kanak-kanak ADHD. Kedua-dua bahan ini berupaya menggalakkan gejala ADHD – iaitu hiperaktif – dalam kajian.

“Dengan kandungan gula dan pewarna tiruan yang tinggi, ia menjadi penyumbang besar kepada ADHD,” kata Howard Peiper, seorang pakar naturopath dan pengarang The ADD and ADHD Diet!

#2. Produk tenusu

Sesetengah kanak-kanak dengan penyakit ADHD mungkin mengalami peningkatan dalam gejala ADHD selepas pengambilan produk tenusu, terutamanya yang diperoleh daripada lembu.

Makanan seperti keju, yogurt, susu, ais krim dan sebagainya boleh mengurangkan fokus dan fungsi otak si manja.

#3. Soda, kafein dan sirap jagung fruktosa 

Jika anda mempunyai ADHD, pertimbangkan untuk menghapuskan soda. (Walaupun anda tidak mempunyai ADHD, mengatakan tidak kepada soda adalah idea yang baik.)

Minuman ini selalunya mempunyai banyak gula dan pemanis yang tidak baik untuk kanak-kanak dalam diet ADHD.

Soda turut mempunyai bahan lain yang memburukkan gejala penyakit ADHD, seperti sirap jagung fruktosa tinggi dan kafein.

“Pengambilan gula dan kafein yang berlebihan juga boleh menyebabkan gejala hiperaktif dan fokus anak mudah terganggu,” kata Dr Barnhill.

Satu kajian pada tahun 2013 mendapati bahawa kanak-kanak berumur 5 tahun yang minum soda lebih cenderung untuk menunjukkan tingkah laku tanpa kawalan dan penarikan diri sosial.

#4. Buah-buahan dan sayuran beku

makanan perlu elak anak adhd

Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran adalah pilihan yang sihat untuk diet ADHD, sesetengah jenama beku mengandungi warna tiruan, jadi semak semua label dengan teliti.

Barnhill berkata beberapa makanan beku boleh memburukkan lagi gejala masalah ADHD atas sebab lain:

“Makanan yang dirawat dengan organofosfat untuk kawalan serangga telah terbukti menyebabkan masalah tingkah laku berasaskan neurologi, ADHD dan banyak masalah tingkah laku lain.”

#5. Kek aising

Kek dengan lapisan aising ataupun krim biasanya memiliki jumlah gula dan warna tiruan yang tinggi hingga boleh menyebabkan hiperaktif dan gejala ADHD.

Naheed Ali, MD, PhD, pakar ADHD dan pengarang Diabetes and You: A Comprehensive, Holistik Approach, menambah bahawa produk ini sering ditambah dengan beberapa pemanis tiruan lain.

“Apabila aising dan campuran kek mengandungi pemanis tiruan, ia boleh meningkatkan risiko gejala ADHD berbanding pengambilan pemanis semulajadi, ” katanya.

#6. Minuman tenaga

Minuman tenaga menjadi semakin popular di kalangan kanak-kanak, terutamanya remaja. Malangnya, ramai tidak sedar bahawa ia boleh memburukkan gejala ADHD.

Hal ini kerana ia mengandung gula, pemanis tiruan, warna tiruan, kafein dan perangsang lain.

“Minuman tenaga adalah berisiko tinggi menyebabkan gangguan pada tingkah laku dan memburukkan gejala ADHD, ” kata Barnhill. 

#7. Ikan atau makanan laut yang lain

Dr Ali berkata bahawa makan ikan dan makanan laut lain dengan jumlah merkuri banyak boleh memburukkan lagi gejala ADHD dalam jangka panjang.

Beberapa punca yang paling teruk ialah tuna mata besar, jerung, ikan tenggiri raja, ikan todak dan tilefish.

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

“Merkuri, seperti selulosa, sangat sukar untuk dihadam dan boleh terkumpul di dalam otak dari masa ke masa, ” jelas Ali. “Ini boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif.”

Justeru adalah lebih baik untuk anda mendapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu mengenai jenis ikan yang terbaik untuk dimasukkan dalam diet anak ADHD.

Semoga bermanfaat!

Everyday Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mudah & Berkesan, Ini Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Menulis Anak

Baca juga: Anak Hiperaktif Tanda ADHD, Ibu Ayah Guna Teknik Ini Untuk Kawal Tingkah Laku Mereka

Baca juga: Mencari Tadika Untuk Anak Autisme/ADHD? Ini Tadika Yang Menawarkan Kemahiran Khusus Buat Anak-Anak Istimewa Ini Di Malaysia!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 7 Makanan Perlu Dielakkan Untuk Anak Yang Ada Penyakit ADHD, Elak Gejala Makin Teruk
Kongsikan:
  • Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

    Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • 10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

    10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

  • Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

    Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • 10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

    10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.