Sate biasanya dikaitkan sebagai makanan orang dewasa. Tapi siapa kata kanak-kanak tak boleh makan sate? Kali ini kami kongsikan resepi kuah sate kanak-kanak untuk anda cuba!
Lebih istimewa, kuah sate ini menggunakan ramuan asli tanpa bahan pengawet, gula atau garam. Jadi terbukti ia bukan sahaja lazat malah menyihatkan dan sesuai untuk kanak-kanak.
Resepi ini akan menggunakan set memasak edisi terhad daripada HaruPlate yang mana sos memasak semula jadi ini diperbuat daripada 11 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza, tanpa ditambah garam, gula atau bahan pengawet.
Resepi kuah sate untuk kanak-kanak, sihat & lazat!
Set memasak edisi terhad ini menampilkan tiga produk HaruPlate yang paling laris di pasaran iaitu Sambal Tomato, Sos Masam Manis yang digemari ramai dan Kari Labu & Jagung yang klasik. Semua sos memasak semula jadi ini diperbuat daripada 11 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza, tanpa ditambah garam, gula atau bahan pengawet.
Diilhamkan berdasarkan masakan tempatan dan serantau, sos ini boleh digunakan untuk menambah cita rasa dalam masakan kegemaran warga Malaysia yang mesra untuk kanak-kanak seperti mi goreng, nasi lemak, pan mee ‘cili’, serta makanan kegemaran ramai, sate!
Sate boleh dinikmati dengan pelbagai cara dan boleh dimasak dengan menggunakan daging lembu, ayam ataupun tauhu. Hidangan kegemaran penduduk Asia Tenggara ini seringkali dipadankan dengan kuah kacang yang sangat terkenal.
Ramuan sate:
- Sambal Tomato Tidak Pedas HaruPlate
- Madu
- Garam (tidak wajib)
- Minyak Zaitun
- Paha Ayam
- Kacang Tanah (atau campuran kacang dan biji-bijian)
- Kicap Manis
Ramuan kuah kacang:
- Sos Labu& Jagung Berempah HaruPlate
- Kacang Tanah
Cara memasak:
- Campurkan Sambal Tomato HaruPlate, madu dan minyak zaitun untuk membuat kuah perapan. Tambah secubit garam (tidak wajib).
- Gaul paha ayam dengan kuah perapan, kemudian perap perisa itu menggunakan mangkuk dengan plastik pembalut sebelum disimpan di dalam peti sejuk
- Rendam batang pencucuk buluh di dalam air selama kira-kira setengah jam untukmengelak daripada terbakar semasa dimasak.
- Perap selama sekurang-kurangnya 2 jam, kemudian cucuk ketulan daging itu dan letak secara rata pada besi pemanggang yang panas. Sapu sebanyak satu kali dengan cairan perap dan madu.
- Terbalikkan berulang-kali sehingga daging kelihatan masak dan berwarna coklat tua (anda sepatutnya dapat rasa bau yang sungguh lazat).
- Masa untuk masak sos celup! Campurkan Sos Labu dan Jagung Berempah HaruPlate bersama kacang tanah yang dicincang dan sedikit kicap manis untuk membuat kuah sedikit berketul dan sedap untuk dikunyah. Biarkan kuah mendidih dan masak untuk beberapa minit.
Kanak-kanak yang paling cerewet pun boleh terima!
Produk ini terbukti mampu memuaskan selera kanak-kanak yang paling cerewet sehingga umur 12 tahun. Produk bantuan memasak ini juga dirumuskan di bawah bimbingan dan kelulusan Penasihat Ilmu Kaji Diet HaruPlate, iaitu Pakar Diet Klinikal Jaclyn Reutens.
Produk MY HaruPlate Masak-Masak Bundle berkualiti
Selain itu, untuk memastikan standard terbaik di dunia dalam keselamatan dan pembuatan makanan, kesemua proses dijalankan di kemudahan yang diperakui halal dan ISO, serta dilesenkan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA).
Salah seorang Pengasas HaruPlate yang berpusat di Singapura, Chen Shiqin berkongsi, misi HaruPlate adalah untuk menerapkan perisa Asia yang sesuai dengan cita rasa warga tempatan ke dalam hidangan kanak-kanak.
“Seolah-olah ada pembantu ajaib didapur, sos memasak kami direka bentuk dengan kemudahan penggunaan sambil memenuhi keperluan pemakanan untuk anak kecil bagi ibu bapa Asia yang moden.
“Ini akan meringankan tekanan ibu bapa yang sibuk dalam hal memasak dan pemakanan, supaya waktu makan sentiasa sihat, dan lazat,” katanya.
MY HaruPlate Masak-Masak Bundle boleh didapati bermula dari 11.11 di haruplate.com/haruplatemy , Lazada dan Shopee. Harga Promosi Pelancaran adalah RM95.80 dan Harga Runcit adalah RM118.80.
Kunjungi dan ikuti halaman instagram di @haruplate.my dan untuk ilham resipi yang lain, cari #MYHaruPlate di kotak pencarian.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Makanan Bayi Mudah, Puri Pisang Untuk Bayi 6 Bulan Yang Lazat & Kaya Dengan Manfaat!
Baca juga: 7 Resepi Enak, Berkhasiat & Pantas Untuk Disediakan Buat Anak-Anak 1 Tahun Ke Atas, Jom Cuba Mommy!
Baca juga: Bila Waktu Sesuai Untuk Beri Bayi Makan Keju? Ini 3 Resepi Berasaskan Keju Yang Sangat Enak!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!