TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Donut Asyik Tak Menjadi? Boleh Cuba Cara Buat Donut Gebu Mudah Ini, Guna Cawan Sahaja!

4 min bacaan
Donut Asyik Tak Menjadi? Boleh Cuba Cara Buat Donut Gebu Mudah Ini, Guna Cawan Sahaja!

Kali ini kami kongsikan cara buat donut gebu untuk anda cuba di rumah. Boleh buat menu minum petang bersama suami dan anak-anak.

Siapa yang tak suka dengan kuih muih kala minum petang bukan? Mungkin anda boleh cuba resepi cara buat donut gebu ini di rumah yang hanya gunakan cawan sahaja. Dijamu pula dengan air teh atau kopi panas, pastinya nikmat tak terkata. 

Selalu kita dengar yang orang mengeluh dek kerana bentuk donut tidak menjadi atau mengecut. Tapi percayalah dengan resepi ini, pasti menjadi!

Isi Kandungan

  • Cara buat donut gebu ikut sukatan cawan
  • Bila waktu sesuai untuk anda perkenalkan tepung kepada bayi?

Cara buat donut gebu ikut sukatan cawan

cara buat donut gebu

Geramkan kalau kita buat donut tapi tidak gebu, sedangkan orang lain buat elok sahaja kejadiannya. Jom cuba resepi cara buat donut gebu yang dikongsikan Amira Ibrahim ini yang pasti akan gebu hasilnya.

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 2 sudu besar yis mauripan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air suam
  • Campur kesemua bahan ini dan biarkan kembang

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

Cara menyediakannya:

  1. Gaul bahan B sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian campur bahan A. Gaul rata
  2. Masukkan bahan yang sudah digaul ke dalam bekas dan biarkan kembang selama 15 minit.
  3. Kemudian terap menggunakan acuan dan perap lagi 15 minit
  4. Gorengkan dengan api perlahan. Angkat dan biarkan seketika dan salut gula.

Tips:

  • Gunakan mug atau cawan yang sama untuk sukatan
  • Adunan yang dikongsikan boleh menghasilkan 15 biji donut

Bila waktu sesuai untuk anda perkenalkan tepung kepada bayi?

Resepi Donut Gebu

Tepung dihasilkan daripada pelbagai jenis sumber makanan termasuklah gandum, kacang, beras, pulut dan pelbagai lagi. Tepung digunakan sebagai ramuan untuk berbagai jenis makanan.

Tepung gandum menjadi salah satu tepung yang paling popular digunakan sebagai bahan terpenting untuk membuat roti atau makanan berasaskan bakeri.

Terdapat banyak jenis tepung: tepung yang diputihkan, yang bermaksud tepung halus dengan tambahan agen pemutih, tepung yang diperkaya, yang bermaksud tepung di mana nutrien yang hilang semasa pembuatan tepung digantikan oleh nutrien lain, tepung kek, yang mempunyai kandungan protein gluten terendah.

Selain itu, tepung pastri, yang mempunyai kandungan protein gluten kedua terendah, tepung serba guna, tepung roti, tepung keras, tepung gluten, tepung tanpa pemutih dan tepung naik sendiri.

Jadi apa yang perlu anda tahu sebelum mula memperkenalkan dan beri bayi makanan berasaskan tepung?

1. Bayi berusia 7 bulan ke atas

Berikan makanan berasaskan tepung apabila usia bayi sudah menginjak 7 bulan kerana pada ketika ini, sistem pencernaannya sudah boleh menerima pelbagai jenis makanan.

Jangan beri mereka terlalu awal kerana ia mungkin masih belum dapat diproses dengan baik dalam perut mereka dan boleh mengakibatkan sembelit pad bayi anda. 

2. Pastikan dia tidak alah gluten

Bayi terutama yang ada masalah kulit sensitif atau ekzema biasanya sangat sensitif dan alah pada gluten. Jika mereka ambil gluten, kulit mereka akan jadi lebih teruk.

Jika perlu buatlah ujian alergy pada anak supaya anda dapat mengetahui apa alahan pada anak anda yang sudah pasti boleh membahayakan mereka.

3. Pastikan anak anda sudah pandai mengunyah

Makanan berasaskan tepung biasanya akan sedikit liat dan memerlukan sesiapa saja yang memakannya mempunyai kemahiran mengunyah.

Jadi sebelum anda perkenalkan makanan berasaskan tepung seperti roti atau donut, pastikan anak anda sudah pandai mengunyah kerana jika tidak ia boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

4. Lebih baik jika dari sumber organik

Adalah lebih baik jika anda boleh pilih tepung yang dibuat dari sumber organik. Sumber organik biasanya akan mengurangkan kesan alahan kepada mereka yang mungkin mempunyai alahan.

Jadi jika mahu perkenalkan makanan berasaskan tepung kepada bayi, adalah lebih baik jika anda menggunakan tepung daripada sumber organik. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Guna 3 Bahan Sahaja, Penuh Rasa Berlemak & Manis

Baca juga: 11 Jenis Kuih Yang Selamat & Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang

Baca juga: Resepi Sea Salt Cookies Viral Guna Sukatan Cawan, Confirm Menjadi! Boleh Jadi Kuih Raya!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Donut Asyik Tak Menjadi? Boleh Cuba Cara Buat Donut Gebu Mudah Ini, Guna Cawan Sahaja!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham