X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Sukatan Cawan, Penuh Rasa Berlemak & Harum Pandan

5 min bacaan
Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Sukatan Cawan, Penuh Rasa Berlemak & Harum Pandan

Resepi kuih tepung pelita ini sangat mudah untuk dicuba. Ibu-ibu jangan risau ia menggunakan sedikit bahan dan rasanya sungguh sedap

Setiap kali menjelang bulan Ramadhan, antara salah satu kuih yang paling laku dan menjadi kegemaran ramai adalah tepung pelita. Rasanya penuh lemak dengan aroma daun pandan membuatkan sesiapa sahaja menyukainya. Namun tahukah anda resepi kuih tepung pelita ini?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Resepi kuih tepung pelita yang mudah, sesuai dijadikan juadah berbuka atau moreh
  • Fakta mengenai kuih tepung pelita
  • Kuih tepung pelita tahan berapa lama?

Biasanya, ia dijual dalam bentuk kotak kecil yang diperbuat dari daun pisang. Atau nak lebih senang ada juga yang letak dalam bekas plastik kecil.

Resepi kuih tepung pelita yang mudah, sesuai dijadikan juadah berbuka atau moreh

Sekarang tidak perlu bulan puasa dah jika anda ingin menikmati keenakan kuih tepung pelita ini kerana boleh dibuat di rumah sahaja menggunakan sedikit bahan mudah.

Tapi sebelum itu, tengok di dapur anda ada tak tiga bahan ini iaitu tepung beras, daun pandan dan santan? Kalau ada memang cun sangat nak buat resepi tepung pelita ini!

Bahan-bahan untuk buat lapisan hijau

resipi tepung pelita

  • 1/2 cawan tepung beras
  • Secubit kapur makan
  • 2 cawan air daun pandan

Cara-cara membuat resepi tepung pelita:

  1. Kisar 4 ke 5 helai daun pandan untuk dijadikan air. Campur ke semua bahan untuk lapisan hijau. Selepas itu, panaskan pengukus hingga air mendidih.
  2. Susun bekas daun pisang dalam pengukus. Isikan satu sudu kecil gula dalam setiap bekas. Kemudian tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. 
  3. Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan adunan lapisan atas.
Lapisan atas kuih tepung pelita pastinya bahagian yang paling sedap untuk dimakan. Mestilah kena rasa berlemak dan manis, barulah sedap! Berikut bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat lapisan ini diikuti dengan cara-cara membuat:

Bahan-bahan lapisan atas santan:

kuih tepung pelita

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 1/2 cawan santan
  • Secubit garam

Cara cara membuat:

  1. Satukan semua bahan dan masak atas dapur sambil dikacau hingga mengeluarkan wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit.
  2. Biarkan ia sejuk. Untuk lebih sedap, masukkan ke dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati!

Fakta mengenai kuih tepung pelita

Selain menjadi hidangan di majlis-majlis, kuih tepung pelita ini juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai minum petang kerana rasanya yang agak manis dan lembut.

Tidak hanya populor di Malaysia, ia turut menjadi hidangan kesukaan bagi masyarakat di negara jiran iaitu Indonesia dan Singapura. 

tepung pelita

Kuih tepung pelita merupakan sejenis makanan tradisional yang lembut. Ia berbeza dengan kuih tako yang diletakkan dalam daun pandan, tepung pelita ini biasanya dimasak dalam acuan bekas daun pisang.

Tepung pelita merupakan sejenis kuih yang manis, tetapi ia tidak tahan lama kerana asasnya diperbuat daripada santan dan tepung beras.

Asal kuih ini sememangnya dari negara Malaysia. Ia dihasilkan setiap hari, dijual di pasar malam, pasar tani atau ada peniaga yang menjualnya dari rumah sahaja. 

Sifat kuih ini adalah mudah rosak dan perlu sentiasa disimpan dalam peti sejuk sehingga 2 atau 3 hari sahaja. Jika melebihi tempoh ini, anda akan mendapati ia mula berair atau berubah rasa menjadi masam.

Bagi mengekalkan rasa keaslian dan tradisionalnya, anda disaran untuk menggunakan daun pisang berbanding bekas plastik. Meskipun ramai ibu-ibu memilih santan kotak untuk menyediakan masakan pada zaman kini, namun kami lebih mencadangkan anda guna santan segar bagi mendapatkan rasa yang lebih sedap.

Pada asasnya, tepung pelita ini mempunyai dua bahagian iaitu atas yang dikenali sebagai kepala, teksturnya lembut dan diperbuat daripada santan. Manakala bahagian bawahnya pula dibuat daripada tepung beras, biasanya berwarna hijau dan memiliki tekstur sedikit keras dari bahagian kepala, namun masih lembut. 

Kuih manis ini amat digemari orang-orang di negeri pantai timur.

Jika anda ke sana, amat mudah untuk menikmati tepung pelita ini kerana mereka menghasilkannya setiap hari untuk jualan di kedai kopi ataupun pasar harian. Justeru, cubalah buat di rumah menggunakan resepi mudah ini!

Tips ketika menyediakan tepung pelita

  • Jika anda tidak mempunyai daun pisang sebagai acuan, boleh saja gantikan dengan menggunakan acuan plastik.
  • Acuan hendaklah dibentuk dengan menggunakan kotak mancis atau kotak kecil santan ataupun lain-lain kotak yang bersaiz kecil bagi mengelakkan adunan terkeluar.
  • Jika tidak mempunyai banyak daun pisang, boleh saja bentukkan acuan dengan hanya sehelai daun pisang dan lapik bahagian bawah dengan sekeping kecil daun pisang.
  • Selain itu, jika gunakan acuan plastik, lapikkan juga dengan sehelai daun pisang untuk mendapatkan aroma yang lebih wangi.
  • Pastikan jumlah air campuran pandan yang dikisar dan tapis adalah sebanyak 5 cawan bagi mengelakkannya terlalu cair.
  • Jika tidak mahu kisarkan gula pasir, boleh saja masukkan terus gula pasir kedalam acuan. Namun, pilihlah yang jenis gula pasir halus supaya ia mudah cair apabila terkena adunan panas.
  • Campurkan dengan air jika menggunakan santan kotak.

Azie Kitchen, Wikipedia, Resepi chenom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Resepi Lepat Pisang Untuk Manisan Buka Puasa Petang Ini, Guna 7 Bahan Je!

Baca juga: Resepi Kuah Sate Untuk Kanak-Kanak, Guna Sos Buah-Buahan & Sayur-Sayuran! Anak Yang Cerewet Pun Boleh Makan!

Baca juga: Pakar Laktasi Kongsi Tips Puasa Penuh Ibu Menyusu Badan, Tidak Perlu Qada Tahun Depan!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Sukatan Cawan, Penuh Rasa Berlemak & Harum Pandan
Kongsikan:
  • Ibu Ayah, Sila Peka Fakta Tentang Susu Tepung Formula Yang Anda Pilih Untuk Si Manja

    Ibu Ayah, Sila Peka Fakta Tentang Susu Tepung Formula Yang Anda Pilih Untuk Si Manja

  • 10 Juadah Berbuka Puasa Yang Simple Inspirasi Bazar Ramadan Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

    10 Juadah Berbuka Puasa Yang Simple Inspirasi Bazar Ramadan Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Ibu Ayah, Sila Peka Fakta Tentang Susu Tepung Formula Yang Anda Pilih Untuk Si Manja

    Ibu Ayah, Sila Peka Fakta Tentang Susu Tepung Formula Yang Anda Pilih Untuk Si Manja

  • 10 Juadah Berbuka Puasa Yang Simple Inspirasi Bazar Ramadan Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

    10 Juadah Berbuka Puasa Yang Simple Inspirasi Bazar Ramadan Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.