X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Mudah Buat Ketupat Guna Daun Pandan, Rasa Berlemak & Harum Semerbak!

4 min bacaan
Resepi Mudah Buat Ketupat Guna Daun Pandan, Rasa Berlemak & Harum Semerbak!

Pejam celik bulan Ramadhan bakal berlalu, namun sudahkah anda bersedia untuk menyambut kedatangan Syawal? Jom cuba resepi ketupat guna daun pandan sahaja!

Ketupat adalah hidangan yang paling digemari ketika musim raya Aidilfitri. Bagi setiap orang, mungkin ada beberapa resepi ketupat rahsia sehingga rasanya tidak boleh didapati dimana-mana.

Ia dianggap sebagai hidangan wajib dan istimewa berbanding ketupat nasi kerana tidak semua rumah yang anda pergi beraya menyediakannya.

Resepi ketupat mudah dan sedap

cara mudah buat ketupat

Kebiasaannya, ketupat palas menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Ia berbeza dengan ketupat daun atau nasi dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun membalut dan beras pulut.

Bagi sesetengah orang pasti akan menganggapnya sebagai hidangan yang renyah dan leceh. Lebih-lebih lagi sukar mendapatkan bekalan daun palas bagi yang tinggal di kawasan bandar.

Namun sebenarnya anda boleh cuba resepi ketupat di rumah dengan cara paling mudah iaitu menggunakan daun pandan sebagai pembungkusnya.

Menurut perkongsian resepi oleh Mieza Hasmiza, versi ketupat pandan ini adalah idea dan dibuat oleh ibunya sendiri. Apa yang menariknya, cara yang dikongsikan beliau ini sangat mudah dan anda boleh menggunakan rice cooker sahaja untuk memasak!

Bahan-bahan yang diperlukan

tips ketupat palas

  • Beras pulut
  • Santan
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan untuk membalut
  • Sukatan beras pulut dan air santan sama banyak

Cara penyediaan

#1. Rendamkan dahulu beras pulut selama 1 jam

#2. Kemudian, sukatkan santan dan beras biar sama banyak.

#3. Masukkan ke dalam rice cooker dan tunggu sehingga beras pulut kelihatan anjal dan melekat. Biarkan ia separuh masak kerana selepas ini perlu dikukus.

#4. Tutup suis rice cooker, cedokkan pulut ke dalam talam atau mangkuk besar.

#5. Biarkannya sejuk sedikit supaya mudah untuk diisi ke dalam daun pandan nanti.

#5. Kemudian, balut pulut menggunakan daun pandan. Anda boleh tengok cara mengisi ke dalam kelongsongnya seperti dalam gambar di bawah ini:

resepi ketupat sedap

resepi ketupat pulut berlemak

#6. Gunakan tali rafia untuk mengikatnya. Bila sudah siap balut, kukus lagi selama 15 hingga 20 minit. Jika anda tidak pasti ia sudah masak atau tidak, lepas 20 minit boleh ambil sebiji dan rasa.

Ini hasilnya yang sudah siap dikukus. Anda boleh hidangkannya bersama rendang, serunding atau kari kesukaan masing-masing.

  • Tips 1: Jangan isi penuh sangat nanti ia akan mengembang bila sudah dikukus. Isi yang terkeluar dari sarungnya menyebabkan ketupat kelihatan comot.
  • Tips 2: Jika anda tidak mahu daun pandan patah semasa membalut, ambil beberapa helai daun pandan sehari awal dan rendamkannya di dalam air agar lembut dan mudah dibentuk.

Petua mengelakkan ketupat cepat basi

Kebiasaannya ibu-ibu akan membuat ketupat dalam kuantiti yang banyak untuk dinikmati seisi keluarga dan para tetamu.

Ia boleh tahan lama, tetapi jika tidak kena caranya akan cepat rosak dan menyebabkan pembaziran. Justeru, anda perlu menguasai beberapa petua yang betul agar ketupat menjadi tahan lama dan tidak basi.

#1. Pilih beras pulut yang terbaik

Bagi mendapatkan ketupat sedap dan tahan lama, anda perlu memilih jenama beras pulut berkualiti tinggi dan dalam keadaan yang baik, iaitu bukan beras lama dan hapak.

Beras perlu dicuci sebersih-bersihnya agar memperoleh hasil ketupat bertekstur lembut dan rendamkannya selama 30 minit.

#2. Pemilihan daun segar

Sama ada ingin membuat ketupat palas, beras atau lemang, anda perlulah mendapatkan daun yang masih segar dan bersih.

Ia mesti dianyam dengan kemas dan rapi agar isi ketupat tidak terkeluar. Jika tidak dibungkus secara rapat, ia mudah terdedah dengan bakteria dan menyebabkannya cepat basi.

#3. Simpan dalam peti sejuk beku (frozen)

Sekiranya ada lebihan ketupat, anda boleh menyimpankannya di dalam peti sejuk. Sebelum itu ketupat perlu dibungkus kemas di dalam plastik agar daunnya tidak kering.

Bila hendak menikmati, anda bolehlah keluarkannya tetapi jangan direbus semula. Hanya ambil pengukus dan kukus semula dalam tempoh 10 hingga 15 minit.

Sumber: Mieza Hasmiza

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Resepi Mudah Buat Ketupat Guna Daun Pandan, Rasa Berlemak & Harum Semerbak!

Baca juga: 7 Resipi Rendang Yang Wajib Ada Di Pagi Hari Raya, Tak Sabarnya Nak Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Sarapan pagi
  • /
  • Resepi Mudah Buat Ketupat Guna Daun Pandan, Rasa Berlemak & Harum Semerbak!
Kongsikan:
  • Bayi 10 Bulan Melecur Akibat Air Rebusan Ketupat

    Bayi 10 Bulan Melecur Akibat Air Rebusan Ketupat

  • 7 Resepi Masakan Ikan Untuk Ibu Berpantang, Suami Pun Boleh Tolong Masak!

    7 Resepi Masakan Ikan Untuk Ibu Berpantang, Suami Pun Boleh Tolong Masak!

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Bayi 10 Bulan Melecur Akibat Air Rebusan Ketupat

    Bayi 10 Bulan Melecur Akibat Air Rebusan Ketupat

  • 7 Resepi Masakan Ikan Untuk Ibu Berpantang, Suami Pun Boleh Tolong Masak!

    7 Resepi Masakan Ikan Untuk Ibu Berpantang, Suami Pun Boleh Tolong Masak!

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.