3 doa yang ibu bapa boleh amalkan untuk pujuk bayi menangis

Sekiranya hadapi masalah bayi menangis setiap hari, ibu dan ayah boleh amalkan doa bayi menangis malam ini, sedikit sebanyak cuba ikhtiar dengan cara ini
Ada ramai ibu bapa di luar sana yang dilema apabila anak menangis tanpa sebab atau merengek. Lebih-lebih lagi pada waktu malam. Mesti anda tercari-cari doa bayi menangis malam yang boleh diamalkan, betul tak?
Menurut mereka yang berpengalaman dalam bidang perubatan Islam, tiada doa bayi menangis malam yang khusus untuk menghentikan mereka dari terus merengek dan menangis.
Namun, ibu bapa boleh berdoa kepada Allah SWT dengan lafaz dan bahasa apa sekalipun.
Adalah terbaik bila membacakan doa yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Sekaligus, ia mampu mendoakan kesejahteraan anak itu.
#1: Doa bayi menangis malam
Kredit: Olalababies
Ada banyak sebab yang membuatkan bayi menangis di waktu malam. Berkemungkinan si kecil itu sedang lapar, sakit atau gangguan dari makhluk halus seperti jin dan syaitan.
Mulanya, anda mestilah tahu sebab utama bayi menangis. Jika disebabkan ganggun benda halus boleh baca surah Al-Quran seperti:
- Surah Al-Fatihah (baca berulang kali)
- Ayat Al-Kursi
- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Falaq
- Surah Al-Nas
Kemudian baca doa bayi menangis malam berikut sebanyak tiga kali:
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
Doa bayi menangis malam dan ayat Al-Quran di atas boleh dibacakan pada air dan sapu di wajah anak. Ia sama seperti apa yang dilakukan Rasulullah ketika merawat Thabit bin Qais.
Ia dapat menghilangkan rasa sakit atau gangguan tertentu pada anak.
#2: Doa bayi menangis malam kerana tantrum
Kredit: Omediapc.com
Cara untuk tenangkan anak tantrum yang selalu menangis, anda boleh baca doa bayi menangis malam ini.
Sebaiknya, ia dibacakan ketika anak sedang dalam keadaan tantrum dan seusai baca, tiupkan pada ubun-ubun anak.
Doa bayi menangis ini diambil dari karya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya.
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
#3: Doa bayi menangis malam supaya mudah tidur
Kredit: Anak ibu
Ada juga bayi menangis kerana susah untuk tidur terutama bila si kecil yang masih dalam tempoh berpantang. Walau bagaimanapun ibu jangan stres dan tertekan ya, anda boleh amalkan baca doa ini iaitu:
اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ
يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي
Maksudnya : Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
Sumber: Muftiwp, Islami, Detik perjuangan
Baca juga:
Kenapa bayi berhenti menangis bila anda dukung dan bawanya jalan mundar-mandir?
Penat Dengan Karenah Bayi Sukar Tidur Malam? Ibu Ayah Cuba Amalkan Surah Untuk Tidur Ini!
5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!
Cara Mudah Melatih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia 1 Bulan, #3 Ramai Ibu Tidak Tahu!