TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tak Lama Lagi Wujud Peranti Lampin Anak, Ibu Boleh Tahu Bila Lampin Kotor & Basah!

4 min bacaan
Tak Lama Lagi Wujud Peranti Lampin Anak, Ibu Boleh Tahu Bila Lampin Kotor & Basah!

Tak lama lagi kita akan diperkenalkan dengan satu pelekat sensor pada lampin bayi yang dapat membantu ibu mengesan sekiranya lampin anak basah dan penuh

Boleh dikatakan banyak pampers terbaik yang ada di pasaran. Tapi tahukah anda tidak lama lagi kita bakal diperkenalkan dengan satu lagi jenama yang cukup hebat untuk kemudahan para ibu. 

Manakan tidak, baru tadi ibu salin pampers si kecil, sekarang dah penuh balik sampai lencun habis seluar yang dipakai.

Fuh, salin pampers anak ini memang satu tugasan yang mencabar juga tau terutama bila si kecil itu sudah pandai berlari-lari. Jadi, kalau nak tukar pampers dan pakai yang baru memang terpaksa kejar satu rumah sebab anak
tengah aktif dan melasak.

Pampers terbaik – Smart diapers oleh Lumi by Pampers

pampers terbaik

Hasil kerjasama bersama Logitech dan Verily, Lumi merupakan sebuah sistem yang terdiri dari smart diapers, security camera, baby monitor dan aplikasi smartphone.

Ia dihasilkan bagi tujuan memudahkan tugas ibu dalam menjaga si kecil semasa seharian di rumah.

Boleh dikatakan kini, terlalu banyak produk yang dilabel “smart” oleh pereka atau pengasasnya.

Penggunaan perkataan smart itu adalah kerana kemampuannya yang berhubung dengan internet sekaligus dapat monitor pelbagai data.

Bahkan, semua barang kini boleh dibuat ‘pintar’ tidak terkecuali lampin pakai buang untuk bayi. 

Trend smart diapers ini sebenarnya sudah dimulai sejak akhir tahun lalu lagi di Korea dan Jepun.

Kini, satu lagi jenama lampin anak Lumi by pampers yang didefinisikan sebagai “all in-one connected care system”.

Lumi by pampers ini adalah hasil kerjasama Pampers dengan Logitech dan anak perusahaan Alphabet Inc yang bergerak dalam bidang sains.

Lumi ini pada dasarnya direka dengan tujuan bagi memudahkan tugas ibu ayah selama setahun pertama dalam menjaga si buah hati.

Pampers terbaik, lampin anak boleh lekat sensor

Diapers yang termasuk dalam pakej jualan Lumi ini merupakan variasi khusus yang memiliki tempat untuk dilekatkan sensor.

Lebih menarik lagi, sensor tersebut bukan hanya bertugas untuk memberitahu sama ada sudah tiba masanya untuk mengganti diapers anak dengan yang baru.

Ia boleh dilihat apabila berlakunya perubahan warna biru jika terkena cairan kencing.

Malah, ia juga boleh monitor pola tidur bayi anda.

Kamera Logitech

pampers anak terbaik

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kamera Logitech Circle 2, yang telah dimodifikasi agar dapat mengukur suhu dan kelembapan di samping sekadar merakam sahaja.

Kamera ini juga bertugas bagi meneruskan data dari sensor yang melekat di diapers dan ibu bapa boleh mengakses data di dalam aplikasi Lumi di smartphone masing-masing.

Lumi by pampers ini didatangkan dengan dua sensor dan kamera Logitech Circle 2. Walaubagaimanapun, harga belum diberitahu lagi dan bakal dijual di US pada tahun ini.

Penggera sensor pada lampin pakai buang bayi

pampers anak

Lumi by Pampers ini adalah sejenis sensor pintar yang melekat pada lampin bayi sekaligus menghantar info kepada anda apabila lampin anak sudah penuh dan basah.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Apatah lagi, Lumi by Pampers ini merupakan sistem penjagaan yang disambungkan ke telefon mudah alih supaya ibu bapa dapat menjejaki perkembangan seharian anak dan memantau bayi mereka selama 24/7. Sehinggalah mereka dapat melihat pola yang muncul dan menetapkan rutin yang sesuai.

Sistem Lumi ini menggunakan kamera HD yang mampu mengawasi suhu dan kelembapan, sensor bayi dan aplikasi untuk menyusun data bagi ibu bapa.

Produk ini turut tersedia secara talian internet yang boleh dilihat pada laman Lumi by Pampers untuk maklumat lanjut.

Alat monitor bayi

lampin pakai buang

Sistem monitor bayi ini dapat melancarkan aktiviti seharian si kecil, menjangkakan keperluan mereka dan membina rutin bayi dengan lebih lancar.

Menurut Dr. Wendy Sue Swanson, Lumi by pampers ini memberikan ibu bapa tentang maklumat relevan yang diperlukan untuk membuat keputusan setiap hari mengenai perkembangan bayi yang sihat, tenang dan berkeyakinan.

Cara-cara penggunaannya

#1. Bermula dengan monitor video

Peranti ini dilengkapkan bersama kamera HD yang lebar, berpenglihatan malam, audio dua hala, pengesanan kelembapan dan penyulitan terkini.

#2. Sensor aktiviti bayi

Bagi melancarkan aktiviti ibu bapa dan bayi setiap hari, produk ini dipertingkatkan dengan Velcro yang dilekatkan pada lampin bayi.

#3. Disambung pada aplikasi

Untuk melancarkan sistem ini, anda harus menggunakan aplikasi di telefon sekaligus membantu ibu bapa memahami perjalanan pembangunan yang unik.

Semoga bermanfaat.

Tak Lama Lagi Wujud Peranti Lampin Anak, Ibu Boleh Tahu Bila Lampin Kotor & Basah!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: forum.facmedicine 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

4 Tip Bijak Untuk Ibu Bapa Berjimat Ketika Beli Lampin Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Produk bayi
  • /
  • Tak Lama Lagi Wujud Peranti Lampin Anak, Ibu Boleh Tahu Bila Lampin Kotor & Basah!
Kongsikan:
  • Barang Baby Murah: 13 Tips Jimat Beli Barangan Bayi Baru Lahir

    Barang Baby Murah: 13 Tips Jimat Beli Barangan Bayi Baru Lahir

  • Cara Urut Bayi Agar Tidak Meragam & Kekal Selesa, Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lena

    Cara Urut Bayi Agar Tidak Meragam & Kekal Selesa, Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lena

  • Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
    Stories Rakan Kongsi

    Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik

  • Barang Baby Murah: 13 Tips Jimat Beli Barangan Bayi Baru Lahir

    Barang Baby Murah: 13 Tips Jimat Beli Barangan Bayi Baru Lahir

  • Cara Urut Bayi Agar Tidak Meragam & Kekal Selesa, Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lena

    Cara Urut Bayi Agar Tidak Meragam & Kekal Selesa, Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lena

  • Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
    Stories Rakan Kongsi

    Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham