Ibu Ini Berkongsi 10 Tip Bagaimana Nak Tidurkan Bayi Baru Lahir Anda

lead image

Trik hebat yang dikongsi oleh ibu-ibu berpengalaman ini pasti dapat membantu anda menidurkan bayi baru lahir dan tak perlu lagi korbankan tidur sendiri!

Bagaimana nak tidurkan bayi baru lahir?

Antara perkara yang orang sering kata pada ibu hamil ialah nikmati masa tidur malam tanpa gangguan sebelum kehadiran si kecil.

Dan satu lagi nasihat ketika dalam pantang ialah, tidur bila bayi anda tidur. Dan jika kini anda sudah menjadi seorang ibu, anda tentu faham mengapa nasihat-nasihat ini diberi.

Mesti anda pernah terfikir, kenapalah susah sangat hendak tidurkan bayi baru lahir?

Jangan risau. Metro UK telah menggabungkan tip dari beberapa ibu tentang bagaimana mereka menidurkan bayi baru lahir mereka. 

Mungkin ada di antara tip mereka yang anda belum cuba dan mana tahu, ia berkesan buat bayi anda? 

Mari kita semak apakah tip tersebut.

1. Bedung

Ibu Ini Berkongsi 10 Tip Bagaimana Nak Tidurkan Bayi Baru Lahir Anda

Foto dari News Stlpublicradio

Sesetengah bayi memang sangat suka dibedung kerana mereka terasa seperti dipeluk.

Malah mereka rasa cukup hangat dari kain bedung. Jika takut bedung terbuka, terdapat banyak bedung moden yang menggunakan zip atau pelekat velkro.

2. Muzik

Lagu mendayu atau lagu rancak? Setiap bayi ada kesukaan mereka sendiri.

Cuba pasangkan lagu (jangan terlalu kuat) berdekatan bayi anda pada waktu tidur dan lihat respon mereka, jangan terkejut jika ada yang tidur!

3. Tepukan

Ini antara yang sering diamalkan, bukan? Tapi jika anda perasan, sesetengah bayi akan memberi refleks seakan terkejut jika ditepuk.

Mereka mungkin tidak gemar ditepuk, tetapi bagi sesetengah bayi, mereka tidak mampu menahan diri daripada terlelap jika ditepuk.

4. Puting

Ibu Ini Berkongsi 10 Tip Bagaimana Nak Tidurkan Bayi Baru Lahir Anda

Foto dari Flickr

Suka atau tidak, sesetengah bayi memang akan tidur lebih nyenyak apabila adanya puting.

Jadi anda boleh memilih puting khas yang boleh mengelak dari kekeliruan puting bagi bayi yang menyusu badan.

5. Alas tempat tidur

Salah seorang ibu menggunakan kulit kambing biri-biri sebagai alas tempat tidur bayinya. Ternyata, bayinya tidur dengan lebih nyenyak dengan adanya alas tersebut.

6. Menyanyi dan bercakap

Ibu Ini Berkongsi 10 Tip Bagaimana Nak Tidurkan Bayi Baru Lahir Anda

Foto dari Pixabay

9 bulan dalam perut anda, mereka sudah selesa mendengar suara ibu mereka.

Jadi suara anda menenangkan mereka untuk tidur dengan lebih lena.

7. Haba

Salah seorang ibu telah mengongsikan tip memanaskan tilam sebelum meletakkan bayi untuk tidur. 

Haba membuatkan mereka rasa lebih selesa untuk tidur dengan lebih nyenyak. Lebih-lebih lagi pada malam yang sejuk.

8. Gendong

Ibu Ini Berkongsi 10 Tip Bagaimana Nak Tidurkan Bayi Baru Lahir Anda

Foto dari flickr

Apabila menggendong, mereka akan lebih dekat dengan kita hingga mampu mendengar bunyi degupan jantung.

Dan bunyi itulah yang mereka dengar selama berada di dalam rahim ibu. Sebab itulah, menggendong merupakan antara cara yang paling mudah untuk menidurkan bayi.

9. Memandu

Gegaran dan ayunan semas kereta bergerak boleh membuatkan bayi tertidur. Malah ramai ibu bapa menggunkan cara ini untuk menidurkan anak mereka.

Beberapa minit sebelum waktu tidur, pandu kereta di sekeliling kejiranan dan bayi anda tidur.

10. ‘White Noise’

Ibu Ini Berkongsi 10 Tip Bagaimana Nak Tidurkan Bayi Baru Lahir Anda

Foto dari flickr

Ia boleh jadi bunyi vakum, mesin basuh malah pengisar makanan.

Bagi sesetengah bayi, bunyian ‘white noise‘ ini menenangkan dan membuatkan mereka tertidur. Terdapat juga aplikasi yang boleh dimuat turun oleh ibu bapa bagi memperdengarkan ‘white noise’ ini kepada bayi mereka.

Pilihan ‘white noise’ ini sangat banyak, dan sesetengah darinya mungkin tidak pernah terlintas di fikiran anda boleh menidurkan bayi anda. 

Selamat mencuba!

Sumber: Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Cara Yang Betul Untuk Mandikan Bayi Baru Lahir (Dengan Gambar)

Tolong! Bayi baru lahir saya tidak ingin menyusu!

Momen Indah Bayi Baru Lahir Memeluk Ibunya Di Bilik Bedah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma