Seksanya Sakit Belakang & Bengkak Kaki Ketika Hamil, 13 Tips Ini Anda Patut Cuba!

Seksanya Sakit Belakang & Bengkak Kaki Ketika Hamil, 13 Tips Ini Anda Patut Cuba!

Selalu sakit dan tidak selesa di bahagian urat belakang sering dihadapi sepanjang tempoh kehamilan. Jom ketahui langkah berkesan untuk menghadapinya!

Tempoh kehamilan yang memakan masa hampir 9 bulan memberikan pelbagai suka duka termasuklah pengalaman diserang sakit urat belakang dan bengkak kaki.

Tidak hanya itu, anda juga akan mendapati berlaku perubahan terhadap tubuh badan anda kesan ‘pembawakan anak’ seperti rasa sakit-sakit dan ketidakselesaan untuk duduk seperti biasa.

Malah, kesakitan yang dialami bukan sekadar membuatkan anda berasa tidak selesa tetapi juga amat menjengkelkan kerana perlu menghadapinya untuk jangka masa yang kerap.

Bagi sesetengah orang, simptom kehamilan ini akan menyerang anda sehingga ke anggaran tarikh melahirkan bayi.

Tentunya usia kehamilan yang memasuki trimester kedua akan membuatkan anda berasa sakit urat belakang dan kaki mula menjadi bengkak oleh kerana janin semakin membesar.

Antara beberapa cara yang boleh ibu ambil bagi menghadapi situasi ini adalah:

Sering sakit urat belakang

sakit urat belakang ketika hamil

Sebenarnya gejala sakit belakang ini dialami oleh 70% wanita hamil mengikut fasa kehamilan anda. Ia kebiasaannya disebabkan oleh usia janin yang semakin bertambah.

Jom ibu periksa penyebab yang membuatkan anda sering berasa sakit pada bahagian belakang tubuh badan. Antaranya ialah:

#1. Masalah berat badan yang berlebihan (obesiti)

Perkembangan janin mewujudkan berat tambahan yang perlu disokong oleh tulang belakang.

#2. Peningkatan hormon

Sewaktu proses kehamilan, ligamen di pelvik akan menjadi lembut dan boleh dimampatkan bagi membuatkan badan ibu mengandung bersedia menghadapi proses kelahiran.

Hal ini sekaligus menyebabkan berlakunya ketegangan pada bahagian bawah tulang belakang dan paha. 

Ibu yang sedang hamil mungkin akan menderita sakit belakang ini sehingga sukar untuk tidur.

#3. Berlakunya pergerakan pusat  

Pusat graviti pada bahagian badan secara beransur-ansur akan bergerak ke hadapan apabila bayi dalam rahim berkembang.

#4. Kedudukan janin

Kedudukan janin yang lemah atau terlalu ke bawah akan memburukkan lagi sakit belakang yang dialami oleh anda.

#5. Faktor tekanan

Sekiranya anda mengalami stres yang melampau, ia akan menyebabkan berlakunya pengumpulan aura tekanan di kawasan badan yang lemah. Hal ini sekaligus menyebabkan risiko serangan sakit belakang sepanjang tempoh kehamilan.

Tips menghindari sakit urat belakang 

mengatasi sakit urat belakang Credit to sources

Sebenarnya, masalah sakit belakang ketika anda mengandung adalah sukar untuk diatasi dengan sepenuhnya. Akan tetapi, anda boleh mengawalnya dengan beberapa langkah ini:

#1. Jangan membongokkan badan untuk mencapai barang yang berada di atas lantai. Duduk dengan baik seperti melakukan squat.

#2. Sentiasa gerakkan kaki bagi mengelakkan otot bahagian pinggang menjadi tegang yang mendorong kepada sakit pinggang.

#3. Elakkan dari mengangkat objek yang berat.

#4. Jauhkan diri dari memakai kasut tumit tinggi atau kasut yang tidak memberikan sokongan yang baik. Kasut jenis rata sangat disyorkan untuk anda kerana ia boleh menampung berat badan anda dengan lebih berkesan.

#5. Ketika anda duduk, pastikan anda duduk secara menegak dan lurus bagi membolehkan tulang belakang menyokong dengan baik.

#6. Jika anda seorang ibu yang bekerja, pastikan keperluan anda berada pada ketinggian separuh dari tubuh anda agar dapat menghalang anda membongkok bagi mencapainya.

#7. Elakkan tidur dalam kedudukan normal seperti orang yang tidak mengandung.

#8. Lakukan senaman bagi menyokong abdomen dan bahagian belakang. Tetapi ia mesti diluluskan oleh pihak perubatan.

#9. Anda boleh memakai tali pinggang sokongan di bawah abdomen.

#10. Banyakkan masa untuk berehat. Anda perlu menaikkan kaki sedikit di atas bagi mengekalkan tulang belakang berada dalam keadaan baik.

#11. Anda juga boleh menggunakan peranti sokongan atau pendakap

#12. Bagi mengurangkan kesakitan bahagian belakang, ibu hamil turut dibolehkan menggunakan haba atau ais.

#13. Ketika anda ingin melelapkan mata, pastikan posisi tidur anda di sebelah kiri dan gunakan bantal sokongan di bawah lutut.

Kaki bengkak sewaktu hamil

gejala sakit urat belakang foto: go-dok

Kaki, pergelangan kaki, dan jari akan menjadi sering bengkak semasa kehamilan kerana badan akan mengumpul lebih banyak air daripada kebiasaannya.

Menjelang tempoh bersalin, air akan berkumpul di bahagian bawah badan yang menyebabkan kaki menjadi bengkak. Ia adalah tidak berbahaya, tetapi boleh menjadi sangat tidak selesa.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengelakkan pembengkakan semasa kehamilan

#1. Jangan berdiri terlalu lama.

#2. Pakai kasut yang selesa. Elakkan kasut dengan tali tertutup atau apa-apa yang boleh memberikan tekanan pada kaki.

#3. Cuba menjaga langkah kaki selagi anda boleh. Pada setiap hari ketika anda berehat, letakkan kaki dengan kedudukan yang kaki lebih tinggi dari jantung.

Cara menangani bengkak kaki

Beberapa senaman berupaya mengurangkan bengkak kaki yang dihadapi ibu mengandung. Ia boleh meningkatkan peredaran darah, mengurangkan bengkak kaki dan kekejangan pada otot betis.

#1.Regangkan dan bengkokkan kaki ke atas dan ke bawah 25 hingga 30 kali.

#2. Putar kaki anda dalam lingkaran sepuluh kali satu cara dan sepuluh kali yang lain.

Bilakah Boleh Membengkak Jadi Berat?

Sekiranya anda mendapati bahawa tahap bengkak kaki, muka dan tangan yang dialami semakin serius atau membengkak secara tiba-tiba, segera mendapatkan rawatan hospital kerana ia mungkin adalah simptom pre-eclampsia.

Sumber: Momjunction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Seksanya Sakit Belakang & Bengkak Kaki Ketika Hamil, 13 Tips Ini Anda Patut Cuba!

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
Artikel(Cerita)
app info
get app banner