TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Cara Cepat Bersalin Dengan Membrane Sweep Untuk Ibu Yang Overdue

4 min bacaan
Cara Cepat Bersalin Dengan Membrane Sweep Untuk Ibu Yang Overdue

Membrane sweep adalah salah satu cara cepat bersalin terutamanya untuk ibu hamil yang sudah melepasi tarikh bersalin atau overdue. Ketahui tentang risiko prosedur ini.

Setiap ibu di minggu terakhir kehamilan, pasti sudah tak sabar untuk bersalin dan akan mencari tips cara cepat bersalin di merata tempat. Nak tahu cara cepat bersalin bukan hanya sebab keselesaan ibu hamil tapi juga kerana bayi yang overdue berisiko untuk mati dalam kandungan.

Doktor kurang pasti sebab mengapa ini berlaku. Namun, mereka mendapati plasenta ibu seolah-olah kurang berfungsi apabila kehamilan melepasi tarikh bersalin.

Sebenarnya, ibu hamil tidak perlu bimbang jika anak hanya lambat keluar beberapa hari saja. Tapi jika kehamilan itu berlanjutan sehingga 10-12 hari, risiko bayi untuk mati dalam kandungan akan bertambah hari demi hari. 

Membrane sweep – cara cepat bersalin

cara cepat bersalin

Jika tarikh bersalin sudah lepas, doktor akan mengira semula tarikh bersalin, membuat pemeriksaan serviks atau menyarankan prosedur membrane sweep. Prosedur ini adalah cara cepat bersalin semulajadi untuk mempercepatkan pembukaan serviks tanpa menggunakan ubat.

Ia juga dilakukan sebagai langkah terakhir sebelum ibu hamil perlu melakukan induksi bersalin.

Membrane sweep biasanya dilakukan semasa temujanji anda dengan doktor. Prosedur ini tidak mengambil masa yang lama. Ia hampir sama seperti pemeriksaan faraj, di mana jari akan dimasukkan ke dalam serviks ibu hamil.

Jari itu akan digerakkan dalam bentuk pusingan perlahan-lahan untuk cuba memisahkan membran kantung bayi dengan rahim. Jika dilakukan dengan betul, ini akan merangsang badan untuk mengeluarkan hormon prostaglandin yang akan memulakan proses kelahiran.

Cara ini juga mempunyai peluang sebanyak 50% untuk mencetuskan rasa ingin bersalin dalam masa 24 jam.

Stretch dan sweep – prosedur dan petua untuk cepat bersalin

proses kelahiran anak

foto: care

Kadang-kadang prosedur ini akan diberi nama lain iaitu stretch and sweep, di mana serviks ibu masih tertutup dan jari doktor tidak dapat memisahkan membran kantung bayi dengan rahim.

Doktor akan cuba meregang atau mengurut serviks ibu hamil untuk merangsang pematangan serviks. Sekiranya serviks ibu hamil semakin lembut dan terbuka, barulah membrane sweep boleh dilakukan semasa temujanji seterusnya.

Tapi kalau membrane sweep masih tidak berjaya, anda mungkin perlu bincangkan tarikh induce dengan doktor. 

Kesan sampingan cara cepat bersalin membrane sweep

cara cepat bersalin

  • Pendarahan ringan (darah yang kelihatan coklat)
  • Kekejangan seperti sakit datang haid.
  • Rasa tidak selesa semasa prosedur.
  • Kontraksi yang tidak teratur.

Kebanyakkan ibu hamil buat pertama kali mungkin lebih cenderung untuk melakukan prosedur ini disebabkan serviks yang tidak senang terbuka. Tapi ini masih bergantung kepada keadaan serviks ibu hamil dan jika membrane sweep sesuai dilakukan.

Walaupun ramai laman web lain berkata membrane sweep ini boleh dilakukan oleh ibu itu sendiri atau di rumah, prosedur ini boleh mendatangkan risiko jangkitan.

Apa sahaja yang dimasukkan ke dalam faraj boleh membawa bakteria yang akan masuk ke rahim dan seterusnya ke membran yang melindungi bayi anda.

Jangkitan boleh melemahkan membran itu dan menyebabkan ia pecah lebih awal. Apabila membran itu pecah, bayi anda juga akan terdedah kepada jangkitan bakteria dan ini boleh menimbulkan komplikasi yang tidak diingini. 

Antara petua untuk cepat bersalin

#1. Lakukan urutan perineum
Urutan perineum ini boleh dilakukan pada 36 minggu ke atas. Ia bertujuan untuk melembutkan dan meregangkan kulit supaya dapat mengurangkan koyakan atau episiotomi semasa bersalin.

#2. “Bersama” dengan suami
Ketika merangsang payudara atau melakukan hubungan seks dengan suami, anda akan merembeskan hormon yang dinamakan oxytocin.

Sperma suami pula mempunyai prostaglandins yang dapat melembutkan rahim dan membuatnya lebih bersedia untuk proses persalinan. Hormon ini juga bantu proses kontraksi uterus.

#3. Minum Minyak Castor
Kaedah ini berasal dari zaman Mesir Kuno bagi mempercepatkan bersalin. Satu kajian dilakukan sekumpulan saintis di mana 60ml minyak castor dicampur bersama 200ml air suam lalu diberikan kepada ibu hamil yang terpilih.

Hasilnya, wanita yang amalkan minyak castor lebih tinggi keberangkalian untuk bersalin dalam tempoh 24 jam selepas minum minyak tersebut.

Cara ini selamat dan tidak menggunakan sebarang ubatan kimia mahupun sintetik. Namun, rujuk doktor terlebih dahulu sebelum buat sebarang keputusan.

#4. Amalkan doa mudah bersalin
Untuk membaca doa mudah bersalin ini, sila klik pautan di bawah:

Sembilan doa mudah bersalin yang boleh diamalkan ibu hamil dan juga suami
Enam doa cepat bersalin daripada ayat suci Al-Quran

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Sumber: Tommys, Babycentre

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 8 Cara Semula Jadi Untuk Cepat Bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Cara Cepat Bersalin Dengan Membrane Sweep Untuk Ibu Yang Overdue
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham