X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

"Percaya Kata Hati Anda" - Minta Ibu Yang Kematian Anak Dalam Kandungan

4 min bacaan
"Percaya Kata Hati Anda" - Minta Ibu Yang Kematian Anak Dalam Kandungan

"Kalaulah dulu saya lebih percaya naluri hati keibuan saya... Tapi, bila pakar mengatakan anda okay, anda percaya cakap mereka."

Anak mati dalam kandungan selepas bidan mengatakan tiada apa perlu dirisau

Tiada siapa pernah menyangka anak yang dikandung selama 9 bulan itu akan mati dalam kandungan dan tak berjaya untuk diselamatkan. Begitulah nasib seorang ibu yang kehilangan anaknya ketika kandungannya berusia 38 minggu.

Seperti yang dilaporkan Huffington Post, ibu mangsa bernama Georgia Boyton, berusia 20 tahun dan berasal daripada Clacton-on-Sea, Essex. Beliau mula perasan anak dalam kandungannya tidak bergerak seperti sediakala ketika kandungannya berusia 33 minggu.

Anak perempuan yang tak berjaya diselamatkan itu diberi nama Dollie-Raie. Ibu mangsa mendakwa beliau mula khuatir apabila Dollie-Raie tidak bergerak dalam kandungan. Lalu beliau mendapatkan nasihat daripada bidan bertugas selama beberapa kali.

Bidan tersebut mengatakan “tiada apa yang perlu dirisaukan”. Beliau mempercayai kata-kata pakar.

Akan tetapi, mimpi ngeri mula menjadi realiti. Boyton dan pasangannya, James Regan 25 tahun telah diberitahu tentang berita yang mengecewakan ini ketika kandungan Boyton memasuki 38 minggu. 

Satu imbasan dijalankan untuk memeriksa pertumbuhan bayi mereka. Akan tetapi, pemeriksaan imbasan mendedahkan anak dalam kandungan itu sudah tidak lagi bernyawa! Denyutan jantungnya sudah berhenti. 

Boyton yang nyata kesedihan dipetik mengatakan –

“Kalaulah dulu saya lebih percaya naluri hati keibuan saya… Tapi, bila pakar mengatakan anda okay, anda percaya cakap mereka.”

Selepas Dollie-Raie meninggal dunia, baru pemeriksaan mendapati yang kadar denyutan jantung bayi malang itu terlalu pantas sebelum ini.

Percaya Kata Hati Anda - Minta Ibu Yang Kematian Anak Dalam Kandungan

Georgia Boyton dan pasangan dengan anak mereka, Dollie-Raie. Kredit gambar: Caters News Agency 

Siasatan masih giat dijalankan

Sebuah siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kematian Dollie-Raie. Siasatan tersebut dijalankan oleh One to One Midwives, organisasi yang bertanggungjawab menjaga Boyton sebelum ini. Ia ditugaskan oleh NHS bersama Hospital Colchester.

Boyton berkata –

“Kehamilan saya cukup sempurna. Sampailah minggu ke-33. Saya perasan pergerakan Dollie-Raie berubah. Dia selalunya aktif, tapi saya mula risau bila dia tak banyak bergerak.”

Perut Boyton juga semakin mengecil. Dulu, beliau tidak boleh melihat kakinya, tapi kini beliau boleh!

“Tapi lepas saya merujuk bidan yang ditugaskan menjaga saya, dia tak kelihatan bimbang langsung. Oleh itu, tiada sebarang pemeriksaan dijalankan.”

Boyton mengalami sakit kepala yang melampau, berserta kesakitan di bahagian perut dan sesak nafas. Semua itu adalah tanda-tanda “pra-eklampsia“. Akan tetapi, kecuaian pakar mengakibatkan tiada sesiapa menjalani pemeriksaan ke atas Boyton.

“Saya percaya 100% kata-kata bidan. Walaupun saya dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena. Ketika kandungan memasuki 38 minggu, bidan mengambil ukuran perut saya. Dia kata berat bayi dalam kandungan telah jatuh sejak 4 minggu ini. Sebab itu perut saya semakin mengecil!”

Walaubagaimanapun, Boyton masih boleh mendengar degupan jantung anaknya dalam monitor. Akan tetapi, beliau berkeras ingin menjalani pemeriksaan imbasan. 

“Saya rasa sesuatu yang ngeri akan berlaku bila saya bangun keesokan harinya. Selepas pemeriksaan imbasan dijalankan, kami diberitahu Dollie-Raie telah meninggal dunia. Tiada degupan jantung lagi,” jelas Boyton dalam tangis.

Boyton tidak dapat menerima hakikat ini. Bayinya mati dalam kandungan. Tetapi, menurut doktor pakar – jika beliau hadir ke hospital dengan lebih awal, anak perempuan beliau mungkin boleh diselamatkan. 

“Pada minggu-minggu akhir kehamilan, saya memang mengalami beberapa masalah. Tapi, kami tak akan tahu punca kematian anak saya sehinggalah keputusan bedah siasat keluar.”

Percaya Kata Hati Anda - Minta Ibu Yang Kematian Anak Dalam Kandungan

Kredit gambar: Caters News Agency

Penjelasan daripada pihak One-to-One Midwives

Wanita yang baru pertama kali ingin menjadi ibu itu tidak dapat menahan sebak di dadanya. Beliau dalam esak berkata, 

“Dollie-Raie seorang bayi yang sangat comel. Kami tak sabar ingin jadi ibu bapa dan memulakan kehidupan baru bersama. Tapi… semuanya tinggal impian. Kalaulah mereka buat sesuatu ketika saya risau dulu.”

Boyton dan pasangannya telah menerima kiriman emel permohonan maaf daripada One to One Midwives Hospital. 

Dollie-Raie telah dilahirkan dengan berat sebanyak 6lb 10oz. Kedua-dua pasangan terbabit meluangkan masa selama 2 hari dengan anak perempuan mereka, sebelum dia dibawa ke rumah mayat.

Boyton dipetik mengatakan –

Kami perlu hidup dalam penyesalan ini selamanya. Tapi, masyarakat perlu tahu kisah ini.

Seorang jurucakap daripada Hospital Colchester menjelaskan kedua-dua pasangan ini pada asalnya menempah perkhidmatan daripada syarikat Trust sebelum mereka bertukar ke One to One Midwives. 

Ketua Pegawai Eksekutif One to One Midwives, Joanne Parkington berkata 

One to One Midwives mengucapkan ribuan takziah kepada keluarga mangsa. Siasatan sedang dijalankan. Apa yang penting, saya ingin tekankan di sini – One to One Midwives adalah organisasi yang selamat. Kami amat komited.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa! Semoga cerita ini memberi sedikit pengajaran kepada semua bakal-bakal ibu di luar sana. Percaya naluri hati keibuan anda!

Sumber rujukan: Huffington Post dan Baby Center

Stories Rakan Kongsi
Imported Maternal Milk: Where Is It From And Why That Matters
Imported Maternal Milk: Where Is It From And Why That Matters
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Adakah Anak Anda Alah Pada Susu Atau Intoleransi Laktosa? Ini Perbezaan Yang Ibu Bapa Patut Tahu
Adakah Anak Anda Alah Pada Susu Atau Intoleransi Laktosa? Ini Perbezaan Yang Ibu Bapa Patut Tahu
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kisah benar
  • /
  • "Percaya Kata Hati Anda" - Minta Ibu Yang Kematian Anak Dalam Kandungan
Kongsikan:
  • Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

    Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

  • Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

    Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

  • Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

    Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

  • Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

    Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

  • Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

    Hantar Anak Sekolah Cina, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Mandarin Walaupun Tiada Basic

  • Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

    Anak Rabun Dengan Power 1000 Seawal Usia Setahun, Ibu Ini Dedah Puncanya Bukan Kerana Gajet

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham