X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Suka Meneran, Adakah Normal? Ini Antara Puncanya

5 min bacaan
Bayi Suka Meneran, Adakah Normal? Ini Antara Puncanya

Bayi meneran sampai merah-merah mukanya. Tahukah antara sebab bayi suka meneran adalah kerana nak membesar dan sebahagian proses kesihatan bayi.

Sebagai ibu dan ayah, anda pasti akan risau sekiranya bayi anda suka meneran walaupun mereka sudah membuang air besar. Tambahan pula, sekiranya anak anda memang seorang yang sukar untuk membuang air oleh sebab sembelit!

Jadi, di dalam artikel ini kami akan berkongsi dengan anda mengapa si manja anda sering meneran dan jika sembelit puncanya ini bagaimana anda boleh menyelesaikannya!

Sebelum itu, ketahuilah bahawa adalah normal untuk bayi yang sedang membesar mengambil masa yang sedikit lama untuk belajar membuang air besar dengan betul, ini kerana mereka sedang belajar untuk mengawal pergerakan usus. Bayi baru lahir belum biasa merelakskan lantai pelvik mereka di samping menggunakan tekanan abdominal untuk menggerakkan najis dan gas melalui sistem tertentu.

Mengapa bayi suka meneran?

bayi suka meneran

Foto: Sirap Limau

Sekiranya si manja anda sudah membuang air besar tetapi mimik muka mereka masih menunjukkan bahawa mereka sedang meneran, ia tentulah bermaksud si manja mempunyai masalah lain yang lebih mendalam.

Walau bagaimanapun, anda masih perlu tahu mengapa si manja meneran atau membuat bunyi seakan-akan meneran ketika membuang air untuk memudahkan anda membezakan teranan antara membuang air atau masalah lain.

#1. Meneran ketika membuang air besar

Si manja anda masih tidak biasa dengan pergerakan dalam usus, yang menyebabkan mereka kadang-kala mengeluarkan bunyi seakan-akan meneran. 

Sebagai orang dewasa, otot perut kita sudah cukup kuat untuk menahan tekanan yang diletakkan bagi memudahkan proses pembuangan air besar tetapi bagi bayi anda, otot perut mereka masih tidak cukup kuat dan sedang berkembang jadi mereka menggunakan otot diafragma mereka untuk membantu proses peristalsis pada usus. Perbuatan mereka ini akan memberi tekanan pada peti suara mereka, lantas membuatkan bayi anda mengeluarkan bunyi meneran.

Antara tanda-tanda lain si manja hanya sedang membuang air ialah:

  • Meneran selama beberapa minit
  • Menangis
  • Muka kelihatan kemerah-merahan atau keungu-biruan

Nah, kini anda sudah tahu bagaimana si manja anda meneran untuk membuang air! Sekarang, mari ketahui mengapa bayi anda masih meneran atau mengeluarkan bunyi rungutan walaupun selepas membuang air.

#2. Corak pernafasan yang tidak teratur

bayi suka meneran

Kredit: Pixabay

Kadang-kala, si manja mungkin tidak dapat membiasakan diri dengan cara pernafasan yang betul. Oleh itu, anda mungkin dapat mendengar si manja menarik nafas dalam (gasping) sehingga tercungap-cungap. Ini dinamakan sebagai laryngomalacia dan fenomena ini adalah normal dan tidak membahayakan si manja. Lama-kelamaan, mereka pasti akan dapat mengawal pernafasan mereka.

#3. Kahak yang tersekat

Kahak yang terlekat pada saluran hidung si manja yang kecil juga boleh membuatkan si manja mengeluarkan bunyi seakan-akan meneran, padahal anak anda berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Anda boleh cuba mengeluarkan kahak dari saluran hidung anak anda dengan menggunakan picagari mentol (bulb syringe).

#4. Refleks di dalam mimpi

Sekiranya si manja mengeluarkan bunyi seakan-akan meneran ketika dalam tidur, ia mungkin hanya disebabkan oleh bayi anda sedang bermimpi atau kerana pergerakan di dalam usus mereka.

#5. Refluks gastroesophageal (GER)

Juga dikenali sebagai refluks asid, ini terjadi apabila isi-isi perut seperti makanan yang sudah dihadam naik ke saluran paip makanan dan menyebabkan si manja mengalami ketidakselesaan lalu mengeluarka bunyi seperti mereka meneran.

Cara mengurangkan GER pada bayi:

  • Menyuapkan si manja sikit demi sikit tetapi kerap
  • Menyuap bayi anda dengan perlahan-lahan
  • Elak menggunakan puting botol susu dengan lubang yang terlalu besar, menjadikan aliran susu terlalu pantas
  • Menyendawakan bayi dengan lebih kerap

Adakah bayi suka meneran sebab sembelit?

bayi suka meneran

Foto: Freemalaysiatoday

Bayi yang menghidapi sembelit pasti akan menunjukkan tanda-tanda yang agak jelas. Selain dari si manja meneran sekuat hati mereka, ini adalah tanda-tanda lain si manja anda mungkin mengalami sembelit.

  • Najis yang keras, kering dan kecil seakan-akan pelet
  • Pembuangan kurang dari tiga kali seminggu
  • Selera berkurangan
  • Perut yang mengeras
  • Menangis akibat ketidakselesaan semasa hendak membuang air besar
  • Najis yang berbau busuk bagi seorang bayi

Sekiranya si manja anda mengalami sembelit, anda boleh mencuba dua cara ini untuk memudahkan anak anda membuang air besar.

  • Memberi jus buah-buahan

Jika anak anda sudah mula makan, anda boleh juga memberi mereka buah-buahan yang kaya dalam kandungan air atau menjadikan buah-buahan tersebut ke dalam bentuk jus untuk memudahkan pengambilan si manja.

  • Menggalakkan makan makanan bayi

Jika bayi anda gemar memakan makanan pepejal, cubalah anda biasakan mereka dengan makanan bayi yang telah dikisar seperti puri buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan yang kaya dengan serat seperti bijirin gandum dan barli juga dapat membantu permasalahan sembelit dengan baik sekali!

Sekiranya bayi menghadapi sembelit dan sentiasa meneran, jangalah terlalu risau kerana kebanyakan halnya, ia bukan bermaksud si manja anda mengalami masalah yang lebih mendalam. Kadang-kala ianya hanya disebabkan oleh mereka tidak membiasakan diri dengan proses yang betul.

Akhir kata dari kami, kami berharap perkongsian kami pada kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenalpasti sebab anak anda sentiasa meneran dan kami harap si manja anda sentiasa dalam keadaan selesa. Happy parenting!

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mayo Clinic, Healthline

Baca juga: Petua Hilangkan Sembelit Bayi Dengan Mujarab!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Bayi Suka Meneran, Adakah Normal? Ini Antara Puncanya
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit, Apa Puncanya & Bagaimana Cara Mengatasi Bayi Sembelit

    Bayi Sembelit, Apa Puncanya & Bagaimana Cara Mengatasi Bayi Sembelit

  • Ketahui Cara Meneran Dengan Betul Ketika Bersalin, Elak Koyakan Teruk

    Ketahui Cara Meneran Dengan Betul Ketika Bersalin, Elak Koyakan Teruk

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Bayi Sembelit, Apa Puncanya & Bagaimana Cara Mengatasi Bayi Sembelit

    Bayi Sembelit, Apa Puncanya & Bagaimana Cara Mengatasi Bayi Sembelit

  • Ketahui Cara Meneran Dengan Betul Ketika Bersalin, Elak Koyakan Teruk

    Ketahui Cara Meneran Dengan Betul Ketika Bersalin, Elak Koyakan Teruk

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.