X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Checklist Barang Ke Tadika/Prasekolah: 15 Persediaan Penting Untuk Anak Anda

5 min bacaan
Checklist Barang Ke Tadika/Prasekolah: 15 Persediaan Penting Untuk Anak Anda

Checklist persediaan anak masuk tadika adalah 1) Beg Sekolah Yang Bersesuaian, 2) Pakaian Seragam dan Kasut, 3) Bekas Makanan Dan Botol Air

Memasuki alam tadika atau prasekolah adalah pengalaman penuh semangat bagi anak-anak dan ibu bapa. Namun, untuk memastikan semuanya berjalan lancar, persediaan yang mencukupi amat penting. Berikut adalah checklist anak masuk tadika yang boleh membantu anda memastikan si manja bersedia sepenuhnya.

Checklist Anak Masuk Tadika/ Prasekolah

1. Beg Yang Sesuai

Checklist anak masuk tadika yang pertama adalah beg.

Pilih beg yang ringan, tahan lama, dan mempunyai ruang yang mencukupi untuk barang keperluan anak. Pastikan tali beg boleh dilaraskan agar anak selesa memakainya.

Beg dengan watak kartun kegemaran anak juga boleh menambah semangat mereka untuk ke tadika.

2. Pakaian, Kasut, Stokin

  • Seragam: Sediakan beberapa pasang seragam tadika supaya anda tidak perlu mencuci setiap hari.
  • Kasut: Pilih kasut yang mudah dipakai, seperti kasut Velcro. Kasut jenis ini memudahkan anak memakainya sendiri, menggalakkan mereka lebih berdikari.
  • Stokin: Pastikan anda menyediakan stokin yang mencukupi, sekurang-kurangnya 3-4 pasang seminggu.

3. Bekas Makanan Dan Botol Air

Checklist anak masuk tadika seterusnya adalah bekas makanan dan botol air.

Pemakanan sihat amat penting untuk anak yang aktif. Pastikan bekas bekal anak mudah dibuka, ditutup oleh anak dan mempunyai ruang yang cukup untuk makanan seperti nasi, buah-buahan, atau snek sihat.

Checklist barang ke tadika pula perlulah jenis tidak mudah tumpah dan saiz yang sesuai untuk anak bawa.

4. Tilam, Selimut Dan Susu

Checklist barang ke tadika yang seterusnya adalah tilam, selimut dan bekas susu anak.

Kebanyakan tadika menyediakan waktu rehat atau tidur sekejap untuk kanak-kanak, terutamanya bagi program satu hari penuh. Oleh itu, ibu ayah perlu menyediakan tilam nipis, mudah dilipat dan selesa dengan saiz tubuh anak.

Selain itu bawa bersama selimut yang anak gemari, mungkin dengan corak kartun kegemaran, supaya mereka rasa lebih selesa.

Jika anak masih menyusu botol, anda perlu menyediakan bekas letak susu (jenis compartment) untuk mengelakkan pencemaran silang.

5. Pakaian Ganti

Kadang-kadang anak boleh basah akibat aktiviti luar atau tumpahan makanan. Sediakan dua set pakaian ganti yang lengkap, termasuk:

  • Baju dan seluar.
  • Seluar dalam.
  • Tuala kecil.

6. Tuala atau Tisu Basah

Checklist anak masuk tadika seterusnya adalah tuala atau tisu basah.

Tisu basah sangat berguna untuk membersihkan tangan atau muka anak selepas makan. Anda juga boleh menyediakan tuala kecil untuk anak lap peluh selepas bermain.

7. Barang Kebersihan Diri

Checklist barang ke tadika yang penting adalah barang kebersihan diri.Pastikan anak mempunyai:

  • Berus gigi dan ubat gigi kecil.
  • Sabun cecair dalam botol kecil.
  • Sikat rambut.

8. Mask Dan Hand Sanitizer

Checklist anak masuk tadika seperti mask dan hand sanitizer juga penting meskipun pandemik semakin reda. Sediakan:

  • Mask muka yang sesuai dengan saiz anak.
  • Hand sanitizer yang lembut untuk kulit mereka.

9. Mainan Kesukaan atau Comfort Item

Checklist barang ke tadika atau prasekolah yang lain adalah comfort item.

Jika anak baru pertama kali ke tadika, mainan kecil atau comfort item seperti selimut mini boleh membantu mereka rasa lebih selesa dan selamat. Pastikan ia kecil dan tidak mengganggu aktiviti pembelajaran.

10. Label Semua Barang Anak

Checklist anak masuk tadika adalah labelkan nama pada semua barang kepunyaan anak.

Ini mungkin kelihatan kecil, tetapi melabel semua barang anak dengan nama mereka adalah langkah penting. Ia mengelakkan kekeliruan atau kehilangan barang. Gunakan label kalis air untuk barang seperti botol air dan kotak makan.

11. Keperluan Tambahan Untuk Aktiviti Tadika

Sesetengah tadika mempunyai aktiviti tambahan seperti seni, muzik, atau sukan. Periksa jika anak perlu membawa:

  • Apron untuk aktiviti seni.
  • Topi untuk aktiviti luar.
  • Kasut sukan atau kasut getah.

12. Dokumen Penting

Jangan lupa beberapa dokumen penting ini ketika menyediakan checklist barang ke tadika atau prasekolah anak.

Pada hari pertama, tadika mungkin memerlukan dokumen tertentu. Pastikan anda membawa:

  • Salinan sijil kelahiran anak.
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa.
  • Rekod imunisasi terkini.

13. Bekalan Kecemasan

Sediakan bekas kecil yang mengandungi barang kecemasan seperti:

  • Plaster luka.
  • Krim antiseptik.
  • Ubat yang telah mendapat kebenaran guru untuk dibawa.

14. Ajar Anak Ingat Nama Dan Nombor Telefon

Adalah penting untuk anak tahu maklumat asas tentang diri mereka sekiranya berlaku kecemasan. Pastikan mereka:

  • Hafal nama penuh ibu dan bapa.
  • Tahu alamat rumah atau sekurang-kurangnya nama kawasan tempat tinggal.
  • Tahu nombor telefon ibu atau bapa (jika anak sudah boleh mengingat nombor).

Anda boleh menjadikannya seperti permainan dengan mengulangi maklumat ini setiap hari supaya anak lebih mudah mengingatinya.

15. Latihan Ke Tandas

Checklist anak masuk tadika seterusnya adalah membiasakan mereka ke tandas. Pastikan anak sudah tahu bagaimana untuk:

  • Memberitahu guru jika mereka perlu ke tandas.
  • Menggunakan tandas dengan betul, termasuk cara mencuci diri.
  • Membasuh tangan selepas keluar dari tandas.

Jika anak masih dalam latihan, maklumkan kepada guru supaya mereka boleh membantu. Sediakan juga seluar dalam tambahan dalam beg anak untuk persediaan jika berlaku ‘kemalangan kecil.’

15. Jadual Harian Dan Latihan Awal

Persediaan ke tadika tidak hanya melibatkan barang-barang. Latih anak anda dengan:

  • Tidur awal dan bangun pagi mengikut jadual tadika.
  • Membiasakan diri makan sarapan sebelum ke sekolah.
  • Belajar memakai kasut dan menguruskan barang sendiri.

Kesimpulannya, memastikan anak bersedia ke tadika memerlukan perancangan dan kesabaran. Dengan checklist anak masuk tadika ini, anda boleh memastikan semua keperluan anak disediakan, dari segi barang hingga sokongan emosi.

The Bump

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Anak Dah Nak Masuk Prasekolah? Ini Perkara Yang Kanak-Kanak 5 Tahun Sudah Mahir

Baca juga:  Anak Prasekolah (Preschool) Usia Berapa? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Ayah

Baca juga: Tips Memilih Prasekolah Untuk Anak Yang Sesuai, Ibu Ayah Pertimbangkan 12 Perkara Ini Dahulu!

Stories Rakan Kongsi
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
Saat saya menyedari anak saya tidak bernafas dengan baik dan tindakan saya seterusnya telah mengubah hidupnya
Saat saya menyedari anak saya tidak bernafas dengan baik dan tindakan saya seterusnya telah mengubah hidupnya
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
5 VERY Important Tips when Choosing a Newborn Diaper
5 VERY Important Tips when Choosing a Newborn Diaper

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Prasekolah
  • /
  • Checklist Barang Ke Tadika/Prasekolah: 15 Persediaan Penting Untuk Anak Anda
Kongsikan:
  • E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

    E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

  • Yuran Tadika, Taska Naik Sehingga 25% Tahun Depan, Ibu Bapa Luah Rasa Terbeban & Tekanan Kewangan

    Yuran Tadika, Taska Naik Sehingga 25% Tahun Depan, Ibu Bapa Luah Rasa Terbeban & Tekanan Kewangan

  • 15 Tadika Terbaik Di Malaysia (Preschool) Tahun 2024 & 2025 Pilihan theAsianparent Malaysia

    15 Tadika Terbaik Di Malaysia (Preschool) Tahun 2024 & 2025 Pilihan theAsianparent Malaysia

  • E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

    E-Prasekolah: Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026 Dibuka Mulai 1 Mac Hingga 30 April 2025

  • Yuran Tadika, Taska Naik Sehingga 25% Tahun Depan, Ibu Bapa Luah Rasa Terbeban & Tekanan Kewangan

    Yuran Tadika, Taska Naik Sehingga 25% Tahun Depan, Ibu Bapa Luah Rasa Terbeban & Tekanan Kewangan

  • 15 Tadika Terbaik Di Malaysia (Preschool) Tahun 2024 & 2025 Pilihan theAsianparent Malaysia

    15 Tadika Terbaik Di Malaysia (Preschool) Tahun 2024 & 2025 Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham