TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Prasekolah (Preschool) Usia Berapa? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Ayah

5 min bacaan
Anak Prasekolah (Preschool) Usia Berapa? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Ayah

Anak prasekolah usia berapa sesuai, sebelum itu pertimbangkan dahulu dengan melihat tahap kesediaan anak untuk belajar sesuatu

Ramai ibu bapa mungkin tertanya-tanya anak prasekolah usia berapa sesuai untuk belajar? Kebanyakan kanak-kanak memulakan prasekolah antara umur 3 dan 4 tahun, namun tahap kesediaan anak juga perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.

▲▼Isi Kandungan

  • Anak Prasekolah Usia Berapa
  • Tanda-Tanda Anak Sudah Bersedia
  •  Kelebihan Hantar Anak Ke Prasekolah
  • Persediaan Untuk Anak Ke Prasekolah
  • Tips Anak Suka ke Sekolah

Anak Prasekolah Usia Berapa

Sesetengah ibu bapa risau bahawa menghantar anak ke sekolah terlalu awal akan menyebabkan tekanan dan kebosanan. Sebenarnya, ia baik untuk perkembangan mereka.

Menurut pakar Carolyn Rubenstein, umur prasekolah yang ideal adalah antara 3 hingga 5 tahun. Namun, ramai kanak-kanak kini mula bersekolah seawal usia 3 atau 4 tahun.

Ini kerana, dalam tempoh lima tahun pertama usia anak, otak kanak-kanak berfungsi seperti span yang mudah menyerap maklumat.

Selepas tempoh ini, keupayaan otak untuk menyerap maklumat mula menurun sedikit demi sedikit. Oleh sebab itulah, kebanyakan ibu bapa memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah lebih awal.

Namun, adakah anak-anak ini benar-benar bersedia? Macam mana ibu ayah tahu anak sudah bersedia untuk belajar sesuatu yang baru?

Selain itu, berapa lama anak mampu duduk dan memberi tumpuan di prasekolah?

Tanda-Tanda Anak Sudah Bersedia

Setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza, jadi menilai mereka hanya berdasarkan umur tidak mencukupi. Ada kanak-kanak yang bersedia lebih awal, dan ada yang lebih lambat, bergantung kepada perkembangan unik masing-masing.

Perbezaan ini adalah normal.

Sebelum menghantar anak ke prasekolah, perhatikan tanda-tanda anak bersedia ke prasekolah seperti berikut:

1. Latihan Tandas Atau ‘Potty Train’ 

Anak tahu menggunakan tandas dengan betul. Mereka boleh memberitahu apabila perlu ke tandas dan menguruskan kebersihan diri selepas itu.

2. Sesuaikan Diri Dengan Jadual Harian

Anak boleh menyesuaikan diri dengan peralihan antara aktiviti dan mengikuti rutin harian seperti waktu makan, tidur, dan bermain.

3. Komunikasi

Anak mampu berkomunikasi dengan jelas, termasuk menyatakan keperluan dan perasaan mereka. Setidak-tidaknya tahu menggunakan bahasa isyarat. 

4. Boleh Ikut Arahan

Anak boleh memahami dan melaksanakan arahan dengan sekali sahaja tanpa perlu diulang berkali-kali.

5. Pandai Bergaul

Anak mampu bermain dan berinteraksi dengan rakan sebaya, termasuk berkongsi, bergilir-gilir, dan menyelesaikan konflik kecil.

 Kelebihan Hantar Anak Ke Prasekolah

Menghantar anak ke prasekolah mempunyai banyak kelebihan, antaranya:

 1. Belajar Konsep Asas

Anak-anak diperkenalkan dengan konsep asas seperti abjad, nombor, bentuk, dan warna yang penting untuk perkembangan akademik awal mereka.

2. Meningkatkan Kemahiran Bahasa

Mereka belajar bercakap, mendengar, dan memperkayakan perbendaharaan kata mereka melalui aktiviti harian. Berbanding dengan duduk di rumah kerana kosa kata jadi terhad kerana hanya ibu ayah kawannya.

 3. Melatih Kemahiran Urus Diri 

Anak-anak mempelajari cara untuk mengurus diri tentang kebersihan diri, memakai pakaian sendiri, makan sendiri dan tahu berkongsi serta belajar mengikuti arahan guru.

4. Belajar Bersosial dan Kawalan Emosi

Anak-anak belajar bagaimana untuk berinteraksi, berkawan, dan menyelesaikan konflik dengan rakan-rakan mereka.

 5. Melatih Kreativiti Anak-Anak

Mereka mendapat peluang untuk bermain dan belajar menggunakan pelbagai alat bantu belajar yang merangsang kreativiti dan imaginasi mereka.

 6. Membina Karakter Diri

Si manja belajar untuk menjadi lebih berdikari dan yakin dengan diri sendiri melalui pelbagai aktiviti dan pengalaman di prasekolah.

Persediaan Untuk Anak Ke Prasekolah

Untuk memastikan anak bersedia dari segi perasaan dan emosi sebelum memulakan prasekolah, ikuti beberapa langkah mudah dalam tempoh 1-2 bulan sebelum hari pertama mereka:

1. Beri Kebebasan

 Biar anak cuba buat perkara sendiri seperti pakai kasut dan baju. Ini akan membantu mereka rasa lebih yakin dan berdikari.

2. Sediakan Kelengkapan

 Beli beg galas dan kotak makan yang senang dibuka dan ditutup oleh anak sendiri. Pastikan mereka tahu cara menggunakannya.

3. Pilih Pakaian yang Mudah Dipakai

  Pilih pakaian yang mudah dipakai dan ditanggalkan. Ini memudahkan anak menguruskan diri semasa ke tandas atau menukar pakaian.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

4. Latihan Sosial

 Ajak anak bergaul dengan kanak-kanak lain. Aktiviti seperti bermain di taman atau menghadiri playgroup boleh membantu anak belajar berkongsi dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

5. Kenalkan Asas Huruf dan Nombor

 Mulakan pengenalan kepada huruf dan nombor melalui permainan atau buku cerita. Ini akan memberi asas yang baik sebelum mereka mula belajar secara formal.

Selain itu, latih anak memegang pensel dengan betul dan biar mereka menulis atau conteng di atas kertas. Ini penting untuk kemahiran menulis mereka kelak.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anak anda akan lebih bersedia untuk memulakan prasekolah dengan lebih yakin dan seronok!

Tips Anak Suka ke Sekolah

Selain itu, apa yang ibu ayah boleh lakukan supaya anak suka ke sekolah:

  • Melawat sekolah untuk mengenali persekitaran baru.
  • Membaca buku tentang memulakan prasekolah.
  • Berlatih kemahiran bantu diri seperti meminta bantuan guru, memakai kasut, dan mencuci tangan.
  • ‘Pretend to play’ dengan meneroka konsep prasekolah seperti berkongsi dan bermain dengan orang lain.

Tidak salah jika ibu bapa hantar anak ke prasekolah lebih awal. Ini boleh jadi pengalaman baru yang menyeronokkan untuk anak-anak, selain daripada hanya duduk di rumah dan bergaul dengan ibu bapa sahaja. Di prasekolah, anak-anak dapat belajar benda baru dan bergaul dengan rakan sebaya.

Semoga artikel ini bermanfaat.

parents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perbezaan Taska Dan Tadika Untuk Anak, Ini Info Lengkap Bagi Mengelakkan Ibu Ayah Keliru

Baca juga: Senarai Tadika Berdaftar KPM Yang Terbaik & Pilihan Kebanyakan Parents, Ibu Jom Semak!

Baca juga: Pendidikan Khas/Special Education: Kepentingan, Senarai Sekolah PPKI & Cara Memohon

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Anak Prasekolah (Preschool) Usia Berapa? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Ayah
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

powered by
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham