Dengan cuaca sekarang yang tidak menentu, membersih dan mengemas rumah tidak cukup untuk menghilangkan masalah bau hapak. Sebab itu pentingnya penggunaan pewangi bilik untuk memastikan kediaman rumah berada dalam keadaan segar dan menyenangkan.
Ia bukan sekadar mewangikan seluruh ruang dengan mudah dan cepat, tetapi sebagai terapi dalam menaikkan mood supaya lebih bersemangat dan tidur dengan rehat yang cukup selepas seharian penat bekerja.
Malah, kita pun tidaklah malu dan risau sekiranya tetamu datang mengejut. Lebih-lebih lagi kalau ingin tumpang bilik tidur.
Jenis Pewangi Bilik Di Pasaran
Rata-rata pemilik rumah mengadu pewangi bilik yang digunakan cepat habis dan baunya tidak tahan lama. Apabila memilih pewangi bilik, pertimbangkan dahulu beberapa jenis pilihan ini:
- Aerosol Air Freshener – Jenis pewangi bilik ini biasanya hadir dengan mesin penyembur automatik yang mempunyai pemasa untuk menyembur.
- Air Diffuser – Pewangi bilik jenis air diffuser seiring dengan trend penggunaan aromaterapi. Diffuser ini berfungsi untuk mengeluarkan wap air yang dicampur dengan essential oils.
- Scented Candle – Jenis ini merupakan lilin yang mengandungi aroma atau haruman sebaik sahaja dinyalakan.
- Scented gel – Jenis pewangi gel ini selalunya diletakkan dalam bekas yang mudah dibuka dan ditutup. Ia sering digunakan di ruangan kecil seperti bilik tidur, dalam almari atau bilik air kerana saiznya yang kecil.
- Reed diffuser – Penyahbau bilik yang terdiri daripada bekas berisi minyak wangi dan menggunakan stik buluh untuk menyerap bau sebelum menyebarkan aroma.
Tips Pemilihan Pewangi Bilik Yang Sesuai
Ternyata, penggunaan pewangi bilik bukan sahaja membuatkan kita rasa lebih selesa tetapi turut melengkapkan hiasan dalaman rumah dengan adanya pelbagai variasi pewangi bilik yang cantik-cantik.
Apa-apa pun, teliti dahulu beberapa aspek penting seperti keluasan ruang, jenis pewangi bilik dan suhu ruangan.
Sekiranya saiz bilik tidur anda kecil, sebaiknya pilih pewangi bilik yang tidak berbau tajam. Ini disebabkan ruang udara yang terhad dan berada dalam tempoh yang lama baunya boleh membuatkan anda kurang selesa kerana menusuk hidung.
Seperti yang telah dibincangkan, pilih jenis pewangi bilik mengikut kesesuaian dan citarasa. Sekiranya anda mempunyai anak kecil, lebih baik pilih jenis Aerosol Air Freshener atau Air Diffuser berbanding yang lain untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku seperti anak terminum atau tertumpah.
Untuk bauan pula, pilih aroma yang kena dengan citarasa anda. Biasanya bau buah-buahan dan bunga yang lembut sesuai untuk diletakkan dalam bilik tidur.
Jika anda sukakan bau bilik tidur ala-ala hotel 5 bintang, pilih pewangi bilik dengan essential oil kerana lebih membuatkan kediaman terasa segar dan menenangkan.
Berapa lama ketahanan penggunaan pewangi bilik bergantung kepada kekerapan anda menggunakannya mengikut suhu ruangan yang berbeza-beza. Ini kerana, ruangan yang menggunakan kipas akan mudah membuatkan bau hilang berbanding pendingin hawa yang membuatkan aroma baunya melekat lebih lama.
Cara penggunaan yang betul juga penting supaya pewangi bilik tahan lama.
10 Pewangi Bilik Terbaik Di Pasaran
Deria bau kita sangat tajam sehingga boleh membezakan lebih daripada 1 trilion bau. Sebaiknya, pilihlah pewangi bilik yang sesuai dengan citarasa anda dan seisi keluarga. Berikut kami senaraikan beberapa jenama pewang bilik sebagai rujukan bersama.
8 Pewangi Bilik Terbaik
| Glade Autospray Lavender & Vanilla Starter Terbaik Pilihan Ramai | | View Details | Beli di Shopee |
| HOOGA Black Series Reed Diffuser Terbaik Ala Hotel 5 Bintang | | View Details | Beli di Shopee |
| Air Wick Aqua Marine Room Spray Terbaik Selamat Digunakan | | View Details | Beli di Shopee |
| Cocodor White Flower Reed Diffuser Terbaik Bebas Alkohol | | View Details | Beli di Shopee |
| HiQiLi Ultrasonic Diffuser Terbaik Melembapkan Udara Persekitaran | | View Details | Beli di Shopee |
| Farcent Diamond Scented Gel Orange Terbaik Jimat & Wangi | | View Details | Beli di Shopee |
| Bath & Body Works Wallflower Gingham Terbaik Rekaan Sleek & Moden | | View Details | Beli di Shopee |
| Menee Soy Wax Scented Candle Terbaik Tahan Lama Sehingga 15 Jam | | View Details | Beli di Shopee |
| Bukhoor OUD MOOD Set Pewangi Bilik Terbaik Sunnah Nabi | | View Details | Beli di Shopee |
| Chupa Chups x FreshTime Air Freshener Pewangi Bilik Terbaik Bauan Gula-Gula Terkenal | | View Details | Beli di Shopee |
Pewangi Bilik Terbaik Pilihan Ramai
Glade Autospray Lavender & Vanilla Starter merupakan salah satu pilihan ramai pengguna di Malaysia. Ia didatangkan sekali dengan mesin penyembur automatik yang sangat memudahkan anda untuk menggunakannya.
Bukan itu sahaja, gabungan bau lavender dan vanila yang menenangkan membantu menyahbau dan mewangikan bilik tidur dengan pantas.
Reka bentuknya yang menarik boleh dijadikan pelengkap hiasan tambahan untuk diletakkan di meja atau lekatkan pada dinding yang kosong sebagai penyeri rumah.
Apa yang kami suka?
- Menggunakan bateri, jimat elektrik.
- Boleh membeli isian semula.
- Tahan sehingga 60 hari bergantung kepada kekerapan penggunaan.
- Boleh tetapkan pemasa yang boleh laras setiap 5 minit, 15 minit atau 30 minit pada satu masa.
Pewangi Bilik Terbaik Ala Hotel 5 Bintang
Balik kerja penat sudah pasti saat ini anda rindukan bau yang menyegarkan seolah-olah baru check-in hotel 5 bintang! Mungkin HOOGA Black Series Diffuser menepati citarasa anda. Ia merupakan pewangi jenis reed diffuser yang menggunakan stik kayu. Bukan sahaja lebih murah malah anda hanya memerlukan sedikit ruang untuk meletakkan bekas comel ini sebagai perhiasan. Ruang bilik tidur tampak estetik dan mewah.
Terdapat pelbagai pilihan aroma yang anda boleh pilih. Antaranya, bau Rose untuk aroma bunga, Citrus Sage bau buah-buahan citrus yang memberikan suasana ceria untuk menghilangkan stress dan Green Cucumber Cooler yang memberikan aroma kesegaran yang berpanjangan.
Apa yang kami suka?
- Pelbagai pilihan aroma menarik.
- Reka bentuk pewangi yang minimalis dan elegan.
- Harga yang mampu milik.
- Bau tahan lebih lama.
Pewangi Bilik Terbaik Selamat Digunakan
Penggunaan Air Wick Aqua Marine Room Spray iaitu pewangi bilik jenis spray sangat mudah dan lebih selamat digunakan sekiranya anda mempunyai anak kecil. Antara 5 variasi pilihan yang ada kami sukakan Aqua Marine kerana mempunyai bauan sejuk dan segar air laut yang sama sekali tidak menyakitkan hidung dan kepala.
Ia sesuai digunakan untuk kegunaan semua jenis ruang termasuklah almari pakaian, rak kasut dan bawah tangga untuk menyahbau yang kurang menyenangkan.
Apa yang kami suka?
- Harga yang murah.
- Meneutralkan bau busuk dengan cepat.
- Mudah untuk digunakan dan disimpan.
Pewangi Bilik Terbaik Bebas Alkohol
Cocodor White Flower Reed Diffuser adalah pilihan yang tepat untuk anda yang ingin mencari pewangi bilik tanpa alkohol. Pewangi bilik jenis reed diffuser ini didatangkan sekali dengan essential oils dan pembuluh yang menjanjikan bau segar dan bungaan lembut yang mengubah suasana menjadi lebih tenang dan cozy.
Terdapat pelbagai pilihan bau wangi untuk dipilih seperti Black Cherry, Fresh Lavender, Floral Bouquet, Refreshing Air, Pure Cotton, Rose Perfume & Lovely Peony.
Sangat sesuai diletakkan di dalam ruang bilik tidur yang kecil kerana saiznya yang mudah untuk diletakkan di meja kecil anda.
Apa yang kami suka?
- Trendy dan nampak mahal.
- Tambahkan atau kurangkan bilangan stik kayu mengikut citarasa.
- Boleh pakai lama kerana stik kayu boleh diterbalikkan jika bau hilang.
- Sesuai dijadikan hadiah untuk hari istimewa seperti Hari Ibu & Hari Wanita.
Pewangi Bilik Terbaik Melembapkan Udara Persekitaran
Walaupun pewangi bilik jenis biasa sudah berlambak di pasaran, namun jenama air diffuser HiQiLi ini bukan pewangi biasa. Selain bertindak sebagai humidifier, ia menawarkan beberapa ciri menarik seperti kawalan pemasa dan penderia air yang akan berhenti sendiri apabila mengesan kehabisan essential oils.
Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menggantikan mana-mana pilihan essential oils yang lain untuk anda cuba.
Apa yang kami suka?
- Menggunakan kuasa elektrik.
- Mempunyai tetapan pemasa dan deria air.
- Boleh digunakan dengan mana-mana jenis essential oils.
Pewangi Bilik Terbaik Jimat & Wangi
Farcent Diamond Scented Gel Orange ini membantu menyah bau hapak dengan menyerap kelembapan dan mengurangkan kelembapan dari udara. Ramai sukakannya kerana harganya yang murah, cepat wangi dan tahan lama sehingga 6 bulan.
Ia sering digunakan di ruangan kecil seperti bilik tidur, dalam almari atau bilik air kerana saiznya yang kecil. Elakkan letak di tempat yang panas kerana boleh menyebabkan gel cepat rosak dan berair.
Apa yang kami suka?
- Mudah digunakan.
- Jimat berbaloi.
- Pelbagai pilihan aroma yang segar.
Pewangi Bilik Terbaik Rekaan Sleek & Moden
Sesekali apa salahnya jika anda berbelanja lebih sedikit untuk pewangi bilik berjenama ini, bukan? Terdapat pelbagai pilihan rangkaian aroma dari jenama terkemuka Bath & Body Works yang menjadi pilihan ramai wanita diluar sana kerana wangiannya yang boleh tahan lama.
Kami memilih Gingham kerana baunya yang segar dan bersih sesuai untuk menghilangkan bau kepam yang terperangkap dalam bilik anda. Jika anda beginner, anda perlu membeli sekali dengan plug untuk pewangi bilik ini beroperasi.
Apa yang kami suka?
- Boleh bertahan sehingga 60 hari.
- Pelbagai pilihan aroma yang kuat dan lembut, ikut keluasan ruang.
- Saiz kecil dan boleh dipindahkan.
Pewangi Bilik Terbaik Tahan Lama Sehingga 15 Jam
Seperti namanya, Menee Soy Wax Scented Candle adalah pewangi jenis lilin ini mempunyai saiz kecil dan comel. Ia diperbuat daripada 100% Soy Wax yang semulajadi dan bebas dari bahan kimia berbahaya.
Terdapat 10 jenis variasi bau yang berbeza mengikut citarasa pengguna. Jika anda sukakan bau-bauan manisan seperti pastri yang baru sahaja dibakar, bolehlah cuba No Bad Days yang mempunyai campuran bau butterscotch dan vanilla.
Sangat sesuai untuk anda yang inginkan suasana yang romantik bersama pasangan di bilik tidur. Nyalakan dan letakkan lilin pada meja kecil bilik tidur. Psst, jangan lupa padamkan sebaik anda ingin melelapkan mata.
Apa yang kami suka?
- Harga jadi lebih murah jika beli lebih banyak.
- Wangian tahan 10 -15 jam.
- Bau yang wangi tahan lama berbanding lilin parafin.
Pewangi Bilik Terbaik Sunnah Nabi
Bukhoor ialah cebisan kayu (wood chip) yang direndam di dalam wangian untuk di bakar bagi mendapatkan haruman yang lebih lama dan wangi.
Biasanya bukhoor yang digunakan adalah dari cebisan kayu gaharu atau oud. Bukhoor dinyalakan dengan meletakkan arang sintetik yang baranya boleh bertahan sehingga satu jam bersama serbuk bukhoor ke dalam mabkhara, kemudian api dinyalakan sehingga mengeluarkan kepulan asap.
Dengan kehidupan yang semakin sibuk dan stress, anda boleh jadikan membakar bukhoor sebagai satu terapi kepada badan dan otak anda kerana bauan yang harum ini memberikan aura-aura positif di sekitar kawasan rumah.
Apa yang kami suka?
- Asap wangian bukhoor ini melekat pada langsir, karpet, sofa dalam rumah serta pakaian.
- Asap yang keluar daripada bukhoor ini tidak melemaskan termasuk untuk kanak-kanak kerana ia menggunakan gaharu yang bertindak menghasilkan oksigen, bukan karbon
- Terapi khusus dan proses perawatan khusus bagi masalah sihir dan gangguan makhluk halus.
- Bukhoor terdiri daripada mabkhara iaitu bekas bagi mengisi bukhoor, mancis, arang dan penyepit.
Pewangi Bilik Terbaik Bauan Gula-Gula Terkenal
Siapa yang tak kenal dengan gula-gula lolipop Chupa Chups? Sekarang jenama gula-gula ini berkolaborasi dengan FreshTime mengeluarkan seleksi pewangi rumah dengan pilihan tiga bauan yang tahan lama.
Gel wangian Chupa Chups ini didatangkan dengan balang yang comel.
Bekas merah jambu menampilkan bau yang manis dengan haruman berry dan lily, memberikan keharuman yang sempurna.
Manakala bekas warna biru menawarkan wangian buah-buahan campuran yang menyeronokkan dengan bau raspberi dicampur dengan laici dan nanas, menjadikan wangian terasa segar dan manis.
Apa yang kami suka?
- Balang yang sudah kosong boleh digunakan untuk kegunaan lain juga seperti menanam pokok atau mengumpul syiling kerana bekasnya yang comel.
- Haruman yang semerbak baunya membantu menghilangkan bau hapak atau bau yang tidak diingini dalam rumah atau bilik.
- Memberi haruman segar selama 20 hingga 30 hari (bergantung pada suhu, keadaan cuaca dan kawasan penggunaan).
Perbandingan Harga Pewangi Bilik Di Pasaran
|
Jenama |
Isipadu (ml/g) |
Harga (RM) |
Glade Autospray Lavender & Vanilla Starter
|
269ml
|
RM 28.90 |
HOOGA Black Series Reed Diffuser
|
200ml
|
RM 64.90 |
Air Wick Aqua Marine Room Spray
|
300ml
|
RM 3.99 |
Cocodor White Flower Reed Diffuser
|
200ml
|
RM 44.90 |
HiQiLi Ultrasonic Diffuser
|
400-1000ml
|
RM 59.99 |
Farcent Diamond Scented Gel Orange
|
70g
|
RM 6.99 |
Bath & Body Works Wallflower Gingham
|
24ml
|
RM 30.99 |
Menee Soy Wax Scented Candle
|
60g
|
RM 25.00 |
Bukhoor OUD MOOD Set |
–
|
RM38.79 |
Chupa Chups x FreshTime Air Freshener |
155g
|
RM10.90 |
Punca Bilik Tidur Berbau Hapak & Kepam
Ramai dalam kalangan kita yang masih tidak sedar bahawa punca rumah berbau bukanlah disebabkan udara dari luar semata-mata, tetapi kadangkala ia berpunca daripada persekitaran dan tabiat yang selalu kita amalkan.
Sebelum menggunakan pewangi bilik sebagai alternatif, apa kata ketahui dulu punca yang menyebabkan bau yang kurang enak terjadi.
1. Pakaian basah atau penggunaan cadar terlalu lama
Tabiat suka membiarkan baju kotor atau pakaian basah yang dibiarkan dalam keadaan lembap terlalu lama di dalam bakul boleh mengeluarkan bau yang menusuk hidung melalui wap yang dihasilkan.
Untuk penggunaan cadar pula, pastikan anda cuci cadar seminggu sekali untuk mengelakkan bau masam akibat pengumpulan minyak dan peluh tubuh ketika tidur.
2. Sisa makanan yang terkumpul di dalam tong sampah
Tidak dinafikan ramai yang selalu buat begini. Jangan tunggu sampah penuh baru nak buang. Ini kerana, sampah akan bertambah busuk lagi-lagi terdapat sisa bahan mentah seperti lebihan lemak ayam dan nasi basi.
Tong sampah yang dibiarkan terbuka hanya menimbulkan bau tidak sedap tersebar merata dan mengundang kehadiran lalat dan haiwan perosak seperti tikus dan lipas.
3. Haiwan peliharaan
Jika anda membela haiwan peliharaan seperti kucing atau arnab di dalam rumah, juga mungkin punca rumah berbau hapak. ia mungkin disebabkan pengurusan yang kurang memuaskan seperti memandikan haiwan, mencuci najis dan membersihkan kawasan tidur dengan kerap.
4. Ruang pengudaraan yang terhad
Sesetengah orang mungkin tidak membuka tingkap bilik atas dasar privasi atau faktor keselamatan. Namun, jika tiada aliran udara yang baik dalam tempoh yang lama akan menyebabkan kesemua bau terperangkap sehingga mengeluarkan bau yang kepam dan masam.
Jadi, selepas ini anda boleh buka tingkap sedikit ya supaya ada laluan untuk udara keluar masuk.
Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Rumah Wangi Dan Menyegarkan, Cuba Wangian Rumah DIY Ini, Mudah Dan Murah Sahaja!
Baca juga: Udara Yang Bersih Menjamin Kesihatan Baik Buat Seisi Keluarga, 8 Penapis Udara Ini Terbaik Untuk Rumah Anda
Baca juga: Minum Air Bersih Menjamin Kesihatan Diri Dan Keluarga, Ini Penapis Air Terbaik Untuk Kegunaan Di Rumah