X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Udara Yang Bersih Menjamin Kesihatan Yang Baik Buat Seisi Keluarga, Ini 11 Penapis Udara Terbaik Untuk Kediaman Anda

Penapis udara dapat memastikan udara rumah sentiasa bersih dan sihat. Ini merupakan 11 air purifier terbaik di Malaysia.

Masih mencari air purifier terbaik untuk kegunaan di rumah? Kami sediakan 10 penapis udara terbaik untuk pilihan ibu ayah di sini!

Pada masa kini, air purifier atau penapis udara dianggap sebagai satu keperluan penting buat keluarga yang khususnya mempunyai anak kecil. Bukan udara luar sahaja yang mempunyai pencemaran ya, malahan udara di dalam rumah juga boleh tercemar walaupun kita merasakan sebaliknya. Inilah pentingnya penggunaan air purifier terbaik dalam kehidupan seharian.

Ibu ayah tahu tak yang alergen di dalam udara boleh mempengaruhi kesihatan keluarga tanpa disedari? Mungkin si manja kerap mengalami selsema atau alergi pada sesuatu tetapi parents sendiri tak pasti apakah ia.

Tambahan lagi, apabila kita mulai memasuki fasa endemik Covid-19, apa yang boleh kita lakukan adalah mengawal penularan virus dengan SOP yang betul dan ikhtiar sebaiknya bagi kebaikan keluarga.

Air purifier merupakan antara ikhtiar yang bukan sahaja boleh membantu dengan membersihkan udara dari kekotoran dan meningkatkan kualiti udara, malah sangat sesuai diletakkan di ruang tamu atau bilik si manja.

Isi Kandungan

  • Fungsi Penapis Udara
  • Pemilihan Penapis Udara Terbaik
  • 12 Penapis Udara Terbaik
  • Sterra
  • SK Magic
  • DYSON
  • Sharp
  • XIAOMI
  • Philips
  • Coway
  • Zhulian
  • Midea
  • Panasonic
  • Daikin
  • CUCKOO
  • Perbandingan Harga

Fungsi Penapis Udara (Air Purifier)

air purifier terbaik

Fungsi air purifier adalah untuk membersihkan udara, yang mana boleh menapis udara kotor termasuk pencemaran, alahan, dan toksin. Ia berbeza dengan penyebar dan pelembap minyak pati yang menambah zarah ke udara dalam rumah. 

Penapis udara juga bertindak berbeza dengan Air Humidifier. Sementara Air Humidifier hanya membasmi partikel, purifier pula boleh membersihkan udara disekitarnya.

Partikel yang sebenarnya dikeluarkan menerusi air purifier akhirnya bergantung pada jenis yang anda pilih. Sesetengah versi diperbuat dengan penapis yang memerangkap partikel ketika udara berjalan menerusinya, sementara yang lain boleh meneutralkan partikel lain di dalam udara tanpa menapis terlebih dahulu.

Pilihan lain adalah penapis udara pemancar ion negatif, yang mana membantu untuk menarik partikel ion positif di dalam udara jadi ia dineutralkan. 

Memilih Penapis Udara Terbaik Untuk Keluarga

air purifier terbaik

Mencari penapis udara yang bagus sebenarnya agar sukar kerana di Malaysia kini banyak jenama yang mula digunakan. Jadi bagi memudahkan pencarian anda, kami senaraikan beberapa pilihan penapis udara dengan kriteria yang terbaik seperti di bawah:

1. Teknologi penapisan udara yang baik

Boleh menapis partikel halus agar pembersihan udara lebih berkesan.

2. Area efektif

Di mana penggunaannya berkesan pada ⅔ kawasan di dalam rumah.

3. Bunyi tidak bising

Dengan desibel yang rendah agar bayi boleh tidur dengan selesa dan tanpa gangguan.

4. Ciri tambahan lain

Seperti mudah dibersihkan, dan teknologi yang lebih berkesan dalam pelaksanaan tugasan.

12 Penapis Udara Terbaik di Malaysia

Sesuai dengan peredaran zaman, kini penapis udara sudah menjadi satu barangan rumah yang wajib ada, namun untuk memilih air purifier terbaik bukanlah mudah kerana terdapat banyak produk yang sama di pasaran.

Jadi, kami senaraikan 12 best air purifier Malaysia berserta fungsinya yang tersendiri. 

Penapis Udara Terbaik
product image
Sterra Breeze True HEPA-13 Air Purifier
Air Purifier Terbaik Gred Hospital
more info icon
View Details
Buy now
product image
SK magic All Clean Virus Fit
Air Purifier Terbaik Menyingkir 99.99% Bakteria dan Virus
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
DYSON Pure Cool Tower Purifier Fan
Air Purifier Terbaik Membersih Udara Tanpa Penyejukan
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Sharp Plasmacluster Air Purifier FP-J30L
 Air Purifier Terbaik Pembersih Udara Paling Senyap
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
XIOMI Air Purifier 3H
Air Purifier Terbaik Boleh Dikawal Menggunakan Aplikasi MiHome
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Philips Air Cleaner AC2887/30
Air Purifier Terbaik Dilengkapi 3 Tetapan Pembersihan Automatik
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Coway Storm AP-1516D
Air Purifier Terbaik 2 dalam 1
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Zhulian Beyond Microplasma Air Purifier
Air Purifier Terbaik Menapis 99.97% Partikel & Pentagon
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Midea MAP-28BD Air Purifier 
Air Purifier Terbaik Dengan 5 Lapisan Penapis
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Panasonic F-PXU70 NanoeX Air Purifier
Air Purifier Terbaik Dengan Teknologi Nanoe™X 
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Daikin MC55XVMM Air Purifier
Air Purifier Terbaik Dengan Double-Method
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
CUCKOO C Model Air Purifier
Air Purifier Terbaik Dengan Navigasi Suara Dan Tetapan Masa
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Sterra Breeze True HEPA-13 Air Purifier

Air Purifier Terbaik Gred Hospital

Udara Yang Bersih Menjamin Kesihatan Yang Baik Buat Seisi Keluarga, Ini 11 Penapis Udara Terbaik Untuk Kediaman Anda

Inilah dia penapis udara yang boleh kata paling berbaloi untuk kediaman anda kerana ia merupakan sebuah air purifier yang bergred hospital dan ia sangat efektif dalam membasmi virus yang membawa maut, asap, serta udara yang tercemar dalam melindungi anda dan keluarga di rumah.

Sterra Breeze True HEPA-13 merupakan penapis udara pilihan utama di Singapura dan kini ia memasuki pasaran Malaysia. Dengan kehebatannya yang mampu menghapus sehingga 99.97% semua partikel bawaan udara, Sterra Breeze menjadikan udara di kediaman anda segar, sangat bersih, dan yang paling penting sihat untuk seisi keluarga.

Bukan itu sahaja, malah satu perkara lagi yang pasti digemari rakyat Malaysia adalah penghantaran ke rumah adalah percuma! Untuk individu yang gemarkan rekaan yang estetik, inilah dia penapis udara yang anda cari.

Apa yang kami suka:

  • Hadir dengan filter HEPA-13 bergred medikal yang mampu membasmi partikel di udara termasuklah habuk, rambut, bulu haiwan, PM2.5 
  • Harga yang cukup berbaloi
  • Ia mampu meliputi sehingga 3 ke 4 buah bilik dengan keluasan 80m2
  • Sangat sesuai untuk mereka yang memiliki haiwan peliharaan di rumah, tidak hanya membasmi kelemumur pada bulu haiwan, malah juga menghapus bau yang kurang menyenangkan di rumah
  • Berfungsi tanpa bunyi, jadi tak perlu bimbang akan bunyi bising
  • Sangat efisyen yang mampu membersihkan udara di kediaman anda 400 m3 /jam

Sterra Breeze True HEPA-13 Air Purifier - RM1,099.00

dari Sterra

shop now
product imageBeli di sini

SK magic All Clean Virus Fit

Penapis Udara Terbaik Menyingkir 99.99% Bakteria dan Virus

Udara Yang Bersih Menjamin Kesihatan Yang Baik Buat Seisi Keluarga, Ini 11 Penapis Udara Terbaik Untuk Kediaman Anda

All Clean Virus Fit adalah penapis udara berteknologi maju yang menyingkirkan 99.99% bakteria dan virus bawaan udara termasuk virus Covid-19 dan varian Delta, selain pencemar udara biasa seperti debu dan gas berbahaya. Ia juga didaftarkan sebagai peralatan kesihatan dan alat perubatan oleh ‘U.S. Food and Drug Administration (USFDA).’

Diperbuat daripada bahan plastik kitar semula 50% mesra alam yang dikenali sebagai Post Consumer Recycled-ABS (PCR-ABS) dan digabungkan dengan ventilasi dan kipas yang mudah ditanggalkan dan boleh dicuci sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti penyelenggaraan diri tanpa memerlukan alat tambahan pun!

Apa yang kami suka:

  • Teknologi penapisan: Penapisan All-in-One 8 peringkat
    -Dilengkapi dengan Penapis Habuk Gentian Tembaga Ultra Halus yang telah diuji dan terbukti dapat menyingkirkan 99.99% virus Covid-19, termasuk varian Delta, Human Coronavirus, EV71 dan virus H1N1.
  • Pensterilan UV Arc Core berkebolehan membebaskan oksigen aktif (tidak boleh didapati pada mana-mana penapis udara biasa lain)
  • Area efektif: 360° semua arah + penyedutan permukaan lantai
  • Ventilasi dan kipas boleh tanggal/ basuh (tidak boleh didapati pada mana-mana penapis udara biasa lain)
  •  

SK magic All Clean Virus Fit - RM3525

dari SK

product imageBeli di Shopee
Beli di laman web

DYSON Pure Cool Tower Purifier Fan

Penapis Udara Terbaik Membersih Udara Tanpa Penyejukan

air purifier terbaik

Kenapa produk ini hebat?

Dyson Pure Cool mempunyai mod udara bebas draf yang membersihkan tanpa penyejukan. Sekiranya anda ingin membiarkan si manja tidur di bilik berhawa dingin, mod bebas draf akan membersihkan udara tanpa menjadikan suhu terlalu sejuk untuk anak.

Sekiranya bayi terdedah kepada alahan atau menghidap asma, jangan risau ya kerana Dyson Pure Cool disahkan tidak menyebabkan asma dan mesra alergi oleh Allergy Standards Limited. Ia mungkin pilihan penapis udara yang tepat bagi anda yang mempunyai anak kecil di rumah.

Apa yang kami suka:

  • Teknologi penapisan: Terdiri daripada penapis HEPA Kaca yang menangkap 99.95% alergen mikro dan pencemar sekecil 0.1 mikron
  • Area efektif: ~ 27m²
  • Kebisingan: 40 – 56 dba bergantung pada kelajuan kipas

DYSON Pure Cool Tower Purifier Fan - RM1949

dari dyson

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Sharp Plasmacluster Air Purifier FP-J30L

Penapis Udara Terbaik Pembersih Udara Paling Senyap

Udara Yang Bersih Menjamin Kesihatan Yang Baik Buat Seisi Keluarga, Ini 11 Penapis Udara Terbaik Untuk Kediaman Anda

Kenapa produk ini hebat?

Teknologi Plasmacluster Ion merupakan teknologi pembersihan Sharp asli yang membersihkan udara dengan memancarkan ion positif dan negatif. Kami suka bahawa Sharp Air Purifier Plasmacluster FP-J30L merupakan sebagai salah satu penapis udara yang paling senyap di pasaran – sesuai untuk diletakkan di bilik anak-anak atau ruang keluarga!

Apa yang kami suka:

  • Sharp Air Purifier mempunyai teknologi penapisan: Teknologi ion kluster plasma berketumpatan tinggi dengan penapis HEPA & Karbon sejati yang dengan cepat menghilangkan zarah-zarah yang membawa udara
  • Area efektif: <~ 23m²
  • Sharp Air Purifier mempunyai kebisingan: 23 – 44 dba bergantung pada kelajuan kipas

Sharp Plasmacluster Air Purifier FP-J30L - RM404

dari Sharp

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

XIAOMI Air Purifier 3H

Penapis Udara Terbaik Boleh Dikawal Menggunakan Aplikasi MiHome

Udara Yang Bersih Menjamin Kesihatan Yang Baik Buat Seisi Keluarga, Ini 11 Penapis Udara Terbaik Untuk Kediaman Anda

Kenapa produk ini hebat?

Menggunakan True HEPA Class 13 filter, jenama terkenal XIOMI kini dengan produk penulen udara XIOMI 3H boleh dikawal menggunakan aplikasi Mi Home yang serasi dengan produk XIOMI yang lain, malah boleh digunakan bersama Google Assistant.

Selain itu, produk ini mempunyai kombinasi kipas Centrifugal + berus custom kurang motor yang cekap bagi meningkatkan jumlah output udara bersih dengan 6 mod pilihan -tidur, automatik, kegemaran, rendah, sederhana, dan tahap tinggi.

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai paparan skrin sentuh OLED
  • Area efektif: <~ 26m²
  • Kebisingan: 33 – 64 dba bergantung pada kelajuan kipas

XIOMI Air Purifier 3H - RM469

dari Xiomi

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Philips Air Cleaner AC2887/30

Penapis Udara Terbaik Dilengkapi 3 Tetapan Pembersihan Automatik

philips penapis udara

Kenapa produk ini hebat?

Philips Air Purifier ini dilengkapi dengan 3 tetapan pembersihan automatik: mod umum, mod alergen yang sangat sensitif untuk seseorang yang sakit di rumah, serta mod bakteria dan virus yang sangat kuat untuk memastikan tidak ada yang dijangkiti.

Ciri utama Philips Air Purifier ini termasuk kemampuan untuk memantau, bertindak balas & membersihkan udara secara automatik, dengan seni bina aerodinamik meningkatkan aliran udara yang cekap dan yang paling penting menunjukkan kualiti udara dengan tanda warna 4 langkah.

Apa yang kami suka:

  • Philips Air Purifier mempunyai teknologi penapisan: Penapis AeraSense yang dipatenkan menghilangkan 99.97% virus dan zarah aerosol dalam satu jam
  • Area efektif: 24 – 41 m²
  • Kebisingan: 20.5 – 51 dba bergantung pada kelajuan kipas

Philips Air Cleaner AC2887/30 - RM1169

dari Philips

product imageBeli di Lazada

Coway Storm AP-1516D

Penapis Udara Terbaik 2 dalam 1

Coway Storm AP-1516D penapis udara

Kenapa produk ini hebat?

Jenama terkenal yang tidak asing lagi, Coway juga mengeluarkan rangkaian penapis udara terbaik iaitu Coway Storm AP-1516D. Ia dilengkapi dengan 3 kawalan kelajuan dengan 4 lapisan filter yang mampu membersihkan udara dengan lebih efisien. 

Apa yang menariknya, Coway Storm mempunyai keunikan tersendiri berbeza dengan jenama penapis yang lain iaitu mempunyai Haze Mode, 3 in 1 Mosquito Catcher & Plasma Cluster berfungsi memerangkap debu, nyamuk yang berterbangan dan bakteria kuman yang terdapat pada bulu haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

Apa yang kami suka:

  • Portable Air Purifier, 12kg
  • Coway Storm mempunyai 4 lapisan filter
  • Area efektif: 16 m²
  • Mod Penjimatan Kuasa

Coway Storm AP-1516D - RM2830

dari Coway

product imageBeli di Shopee

Zhulian Beyond Microplasma Air Purifier

Penapis Udara Terbaik Menapis 99.97% Partikel & Pentagon

Zhulian Beyond Microplasma penapis udara

Kenapa produk ini hebat?

Penapis udara terbaik seterusnya, Zhulian Beyond Microplasma Air Purifier sangat sesuai untuk anda yang mempunyai haiwan peliharaan berbulu, rumah berdekatan dengan kilang dan mempunyai keluasan ruang yang luas.

Dengan keupayaan kapasiti penapisan Ultra dapat menapis dengan selamat sehingga 99.97% partikel termasuklah patogen bawaan udara Sekecil 0.3 mikro. Dengan ciri versatil dan rekaan estetik sesuai untuk diletakkan di mana-mana ruang terutama di ruang tamu atau pejabat. 

Apa yang kami suka:

  • Dengan teknologi penapis True-HEPA
  • Kapasiti yang tahan lasak
  • Mod senyap dan rendah bunyi 
  • Warna yang menarik
  • Area efektif: 47m²

Zhulian Beyond Microplasma Air Purifier - RM2808

dari ZHULIAN

product imageBeli di Shopee

Midea MAP-28BD Air Purifier

Penapis Udara Terbaik Dengan 5 Lapisan Penapis

Midea MAP-28BD penapis udara

 

Kenapa produk ini hebat?

Midea MAP-28BD Air Purifier ini mempunyai 5 lapisan penapis udara yang terdiri daripada Pra-penapis, lapisan PET Anti Bakteria, Lapisan Karbon Teraktif, Penapis HEPA, Penapis Nilon Mesh. Ia dapat menghapuskan bakteria dan virus dengan cepat dan mengeluarkan aldehid yang berbahaya.

Dengan petunjuk reka bentuk manusiawi membolehkan anda menyemak kualiti udara dan status penggunaan penapis. Kelajuan penapis juga boleh ditetapkan mengikut keadaan berbeza mengikut keperluan anda. 

Apa yang kami suka:

  • Dengan teknologi HEPA
  • Reka bentuk yang minimal dan menarik
  • Mempunyai pemasa
  • Skrin auto mati pada waktu malam
  • Kebisingan: 55db
  • Area efektif: 43m²

Midea MAP-28BD Air Purifier  - RM479

dari Midea

product imageBeli di Shopee

Panasonic F-PXU70 NanoeX Air Purifier

Penapis Udara Terbaik Dengan Teknologi Nanoe™X 

 

Panasonic F-PXU70 NanoeX penapis udara

Kenapa produk ini hebat?

Dengan rekaan ringkas dan padat, penapis udara jenama Panasonic ini bukan sahaja berfungsi sebagai penapis air purifier semata-mata malah boleh berfungsi sebagai air humidifier. Dengan menggunakan teknologi nanoe™X dapat membebaskan radikal yang membantu membasmi bakteria, virus dan alergan yang terbebas.

Selain itu, penapis udara ini mempunyai ciri penyahbauan. Ia boleh mengurangkan bau asap rokok yang sangat kuat dengan ketara dalam masa 1 jam sahaja.

Sifat asid lemah ion nanoe™X adalah menyerupai kulit dan rambut manusia. Oleh itu, nanoe™X melekat pada sebum dan membentuk membran pada kulit serta memperbaiki tekstur keratin. Ia juga boleh memulihkan kelembapan seluruh kawasan yang memberikan anda kulit yang terhidrat dengan baik dan rambut yang lebih licin.

Apa yang kami suka:

  • Menggunakan teknologi nanoe™X
  • 2 in 1: Air Purifier & Air Humidifier
  • Memerangkap partikel udara dengan diameter sehingga 2.5 mikrometer
  • Penapis Komposit HEPA
  • Area efektif: 52m²

Panasonic F-PXU70 NanoeX Air Purifier - RM2279.10

dari Panasonic

product imageBeli di Shopee

Daikin MC55XVMM Air Purifier

Penapis Udara Terbaik Dengan Double-Method

Daikin MC55XVMM penapis udara

Dengan ketinggian 500 meter, penapis udara dari Daikin ini mempunyai ciri-ciri double-method iaitu membebaskan aliran ion plasma aktif keluar dan menapis debu dan hama yang berbahaya menjadi udara yang segar. Ia dapat membasmi partikel udara sehingga 99.97% dengan partikel sekecil 0.3 mikro. 

Malah, Daikin MC55XVMM Air Purifier juga dapat menghalang bakteria pada penapis pelembap dan di dalam air untuk lembapan dengan Streamer.

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai 3 fasa: 3C: Clean, Cycle & Clash
  • Dengan penapis HEPA Elektrostatik yang berprestasi tinggi untuk menangkap partikel bakteria halus
  • Kebisingan: Bunyi: 19dB – 53dB
  • Area efektif: 41m²
  • Kadar aliran udara: 1.1m3/min – 5.5m3/min

Daikin MC55XVMM Air Purifier - RM1829

dari Daikin

product imageBeli di Shopee

CUCKOO C Model Air Purifier

Penapis Udara Terbaik Dengan Navigasi Suara Dan Tetapan Masa

penapis udara cuckoo

Kenapa produk ini hebat?

Cuckoo Air Purifier Plasma Ioniser C-Model adalah model penpis udara Cuckoo yang terlaris dan menjadi pilihan utama pembeli kerana reka bentuknya yang kompak dan cantik diletakkan di mana-mana dalam rumah atau bilik.

Dengan kelebihan sistem penapisan 8 peringkat bersama plasma inoniser, Cuckoo Air Purifier ini dapat mengurangkan masalah alergi habuk dan resdung, asma dan lelah, bau dan kesan bahaya asap rokok, bau hancing dari najis haiwan peliharaan, bau kepam dan hapak, bulu haiwan yang bersepah dalam rumah, bau masakan, dan udara jerebu yang kotor.

Apa yang kami suka:

  • Mendapat pengiktirafan Clean Air Mark dari Korea Cleaning Association
  • Mempunyai navigasi suasa dan tetapan masa
  • Mempunyai indikator tahap kebersihan udara dalam rumah (6 warna)
  • Cuckoo Air Purifier ini dapat menghapus zarah kecil dan merbahaya

CUCKOO C Model Air Purifier - RM2358.49

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Penapis Udara Terbaik

Jenama Area Efektif Harga (RM)
Sterra Breeze True HEPA-13 Air Purifier 400 m3 RM1,099.00
SK magic All Clean Virus Fit 360° semua arah + penyedutan permukaan lantai RM3525.00
DYSON Pure Cool Tower Purifier Fan ~ 27m² RM1949.00
Sharp Plasmacluster Air Purifier FP-J30L <~ 23m² RM404.00
XIAOMI Air Purifier 3H <~ 26m² RM469.00
Philips Air Cleaner AC2887/30 24 – 41 m² RM1169.00
Coway Storm AP-1516D <~ 16m² RM2830.00
Zhulian Beyond Microplasma Air Purifier 47m² RM2808.00
Midea MAP-28BD Air Purifier  43m² RM479.00
Panasonic F-PXU70 NanoeX Air Purifier 52m² RM2279.10
Daikin MC55XVMM Air Purifier 41m² RM1829.00
CUCKOO C Model Air Purifier 37.4 m² RM2358.49

Tips Memastikan Udara Di Dalam Rumah Kekal Bersih

Udara Yang Bersih Menjamin Kesihatan Yang Baik Buat Seisi Keluarga, Ini 11 Penapis Udara Terbaik Untuk Kediaman Anda

Bagaimana kotornya udara di dalam rumah anda? Kualiti udara di dalam rumah boleh jadi dua ke lima kali ganda lebih tercemar berbanding udara di luar rumah, dan sejak itu Environmental Protection Agency (EPA) menganggarkan yang orang ramai meluangkan masa 90% di dalam rumah, dan ini adalah satu perkara yang penting untuk diambil tahu.

Kualiti udara yang teruk di rumah boleh mengancam kesihatan keluarga anda, jadi ia penting untuk memastikan yang bendaasing keluar dari rumah anda yang menyebabkan pencemaran dan memastikan kediaman anda mempunyai pengudaraan yang baik.

Ikuti langkah ini untuk memulakan langkah membersihkan udara di rumah anda.

1. Jangan benarkan merokok di dalam rumah

Sesetengah bahan pencemar udara di dalam rumah boleh membunuh. Antara yang paling bahaya adalah bagi mereka yang penghidu asap rokok atau secondhand smoker.

Beribu-ribu kanak-kanak dimasukkan ke hospital atau sakit dengan jangkitan saluran pernafasan setiap tahun, dan merokok membuatkan orang tua dewasa dengan masalah kardiovaskular atau penyakit paru-paru pada risiko yang tinggi untuk masalah kesihatan.

Umum tahu yang rokok adalah merbahaya, jadi jangan biarkan sesiapa pun merokok di dalam rumah anda. Ia seakan tiada langsung keselamatan untuk secondhand smoker. Minta perokok untuk merokok di luar rumah.

2. Bersihkan penghawa dingin rumah anda

Bantu dalam menghindar asthma daripada cenderung berlaku di rumah anda dengan membaiki sebarang kebocoran air di rumah dengan secepatnya. Masalah kebocoran dan tahap kelembapan yang tinggi membawa kepada lonjakan pertumbuhan hama habuk, kulat, dan fungus di sekitar rumah yang mana antara selalunya pencetus kepada masalah asthma yang semakin teruk.

Gunakan penyahlembapan atau penghawa dingin apabila perlu dan bersihkan kedua-duanya selalu.

3. Kurangkan karpet di rumah

Karpet memerangkap partikel tidak sihat termasuklah bahan kimia, hama habuk, bulu haiwan peliharaan, debu dan fungus – dan menggunakan vakum boleh menjadikannya airborne.

Jika anda mempunyai karpet di rumah, gunakan penyedut habuk atau vakum HEPA (udara zarah kecekapan tinggi) untuk memastikan kualiti udara yang baik. Permukaan lantai yang keras, seperti kayu, jubin atau gabus boleh dengan sedianya dibersihkan dengan mop lembap.

4. Bunuh hama habuk

Alahan habuk adalah sebenarnya alahan kepada hama habuk – perosak mikroskopik yang memerlukan lembapan untuk hidup. Hama habuk memakan menerusi kulit manusia dan hidup di sekitar tempat tidur, bantal, tilam, permainan lembut, pelapik kain dan karpet.

Untuk mencegah hama habuk di rumah anda cuba kaedah ini: Vakum dan wap bersih perabot berkain selalu, pastikan tahap lembapan di rumah di paras bawah 50% dengan penyahlembapan, gunakan sampul tilam dan bantal pencegah hama habuk dan cuci alas tilam dan sarung bantal di dalam air yang sangat panas.

5. Pengudaraan untuk mengawal lembapan

Pengudaran yang betul adalah salah satu cara terbaik untuk melindungi dan memperbaiki pengudaraan di rumah anda. Tahap lembapan yang tinggi meningkatkan lembapan dan mempercepat pertumbuhan kulat, yang mana membawa kepada bersin, batuk dan serangan asthma pada orang yang alergi. 

Aktiviti harian normal di rumah termasuk memasak, mencuci baju, dan malah juga bernafas – menghasilkan wap air, jadi mempunyai pengudaraan yang baik adalah penting. Cuba trik penyahlembapan ini untuk memastikan lembapan di rumah di bawah 50%: Pasang dan buka kipas ekzos di dalam bilik mandi, memastikan ia mengeluarkan udara di dalam rumah dan tidak ke dalam rumah anda, dan basmi sebarang kerosakan kulat di rumah atau pertumbuhan kulat dan baiki semua kebocoran di rumah.

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Tahukah anda udara kotor di rumah boleh mendatangkan penyakit kepada keluarga?

Baca juga: Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!

Baca juga: 7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi 1

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Contributor

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Penting Untuk Ibu Lindungi Kulit Dari Sinaran UV! Ini Jenama Sunscreen Untuk Kulit Kombinasi Yang Selamat Ketika Pregnancy

    Penting Untuk Ibu Lindungi Kulit Dari Sinaran UV! Ini Jenama Sunscreen Untuk Kulit Kombinasi Yang Selamat Ketika Pregnancy

  • Lenguh Badan, Sakit Urat Sendi Sering Terjadi Semasa Mengandung, Buat Bakal Ibu Ini 8 Minyak Urut Terbaik & Selamat Digunakan

    Lenguh Badan, Sakit Urat Sendi Sering Terjadi Semasa Mengandung, Buat Bakal Ibu Ini 8 Minyak Urut Terbaik & Selamat Digunakan

  • Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

    Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

  • Penting Untuk Ibu Lindungi Kulit Dari Sinaran UV! Ini Jenama Sunscreen Untuk Kulit Kombinasi Yang Selamat Ketika Pregnancy

    Penting Untuk Ibu Lindungi Kulit Dari Sinaran UV! Ini Jenama Sunscreen Untuk Kulit Kombinasi Yang Selamat Ketika Pregnancy

  • Lenguh Badan, Sakit Urat Sendi Sering Terjadi Semasa Mengandung, Buat Bakal Ibu Ini 8 Minyak Urut Terbaik & Selamat Digunakan

    Lenguh Badan, Sakit Urat Sendi Sering Terjadi Semasa Mengandung, Buat Bakal Ibu Ini 8 Minyak Urut Terbaik & Selamat Digunakan

  • Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

    Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.