X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi

4 min bacaan
7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi

Tahukah anda udara dalam rumah berisiko mengalami pencemaran lebih bahaya dari luar rumah?

Anda pasti rasa yang udara dalam rumah jauh lebih bersih berbanding kawasan terbuka yang penuh dengan pencemaran asap kenderaan bukan?

Hakikatnya, udara dalam rumah jauh lebih kotor, dan inilah sebab kita perlu memiliki tanaman hiasan dalam rumah yang berfungsi sebagai pembersih udara!

Tanaman Hiasan Dalam Rumah: Benarkah Udara Di Dalam Rumah Lebih Kotor?

Mengapa udara di rumah sebenarnya jauh lebih kotor? Tahukah anda, perabot moden kini lebih banyak mengandungi bahan sintentik dengan bahan kimia dalamnya.

Bahan kimia dalam perabot inilah yang menyebabkan 90% pencemaran udara dalam rumah. Bahan kimia ini juga boleh ditemui dalam karpet, ketuhar, produk pembersih, serta barang-barang yang diperbuat daripada plastik atau getah.

udara dalam rumah, udara di rumah, pencemaran udara dalam rumah, udara kotor dalam rumah, udara dalam rumah kotor, udara dalam rumah tak bersih,

Pencemaran Udara Dalam Rumah Lebih Buruk dari Luar Rumah

Menurut Healthline, NASA mengesahkan pokok hiasan dalam rumah dapat menyerap racun berbahaya di udara, terutama di ruang tertutup yang mempunyai sedikit aliran udara.

Kajian inilah yang menjadi dasar untuk kajian baru tentang tanaman dalam rumah dan kemampuannya dalam membersihkan udara.

Selain membersihkan udara dan menghilangkan racun, beberapa tumbuhan juga dapat meningkatkan mood dan produktiviti, membuatkan kita lebih fokus, menguatkan memori,malah dapat menghilangkan stress dan keletihan!

Wah banyak betul kelebihan pokok hiasan dalam rumah ni ya?

NASA juga mencadangkan untuk meletakkan beberapa tanaman hiasan dalam rumah sebesar 20-25 cm di setiap 9 meter persegi ruangan.

Pokok Hiasan Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara

Pokok Hiasan Dalam Rumah #1: Spider Plant (Chlorophytum comosum)

tanaman hiasan dalam rumah, tanaman hias mini dalam ruangan, pokok hiasan dalam rumah, tanaman dalam rumah, tanaman untuk ruangan tertutup,pokok hiasan tanam, pokok hiasan luar rumah, pokok hiasan luar rumah,

Spider plant atau pokok labah-labah merupakan tanaman yang tumbuh dengan cepat. Pokok ini sangat cantik bila digantungkan dalam pasu.

Ada waktunya, pokok labah-labah akan tumbuh bunga putih. Ia juga dapat menghilangkan bahan kimia formaldehida dan xylene.

Malah, pokok ini mesra alam dan tidak mempunyai toksik berbahaya untuk haiwan dan kanak-kanak.

Cara menjaga: Siram pokok 2-3 kali seminggu.

Pokok Hiasan Dalam Rumah#2: Rubber Plant (Pokok Getah)

tanaman hiasan dalam rumah, tanaman hias mini dalam ruangan, pokok hiasan dalam rumah, tanaman dalam rumah, tanaman untuk ruangan tertutup,pokok hiasan tanam, pokok hiasan luar rumah, pokok hiasan luar rumah,

Sumber: Patch Plant

Rubber plant (ficus elastic) merupakan tumbuhan hijau dari India. Akarnya tumbuh ke atas dan menjalar di sekeliling batang. Pokok ini sukakan cahaya dan tidak memerlukan perhatian banyak.

Ia cantik  diletakkan di sudut rumah kerana dapat menghilangkan karbon monoksida, formaldehida, trikloretilen, dan banyak lagi bahan kimia lainnya.

Sayangnya, tanaman ini kurang sesuai sekiranya anda memelihara kucing dan anjing.

Cara menjaga: Pastikan air cukup untuk menjaga tanah. Potong dan kemaskan daun bila sudah lebat.

Pokok Hiasan Dalam Rumah #3: Palem Areca

tanaman hiasan dalam rumah, tanaman hias mini dalam ruangan, pokok hiasan dalam rumah, tanaman dalam rumah, tanaman untuk ruangan tertutup,pokok hiasan tanam, pokok hiasan luar rumah, pokok hiasan luar rumah,

Areca palm atau Palem areca merupakan tanaman yang indah untuk dekorasi, khususya di ruang tamu. Daunnya sangat cantik dan memiliki kesan menenangkan.

Pokok ini berfungsi menghilangkan racun akibat debu yang menebal dan partikel berbahaya dari luar rumah.

Pokok Hiasan Dalam Rumah #4: Peace Lily

tanaman hiasan dalam rumah, tanaman hias mini dalam ruangan, pokok hiasan dalam rumah, tanaman dalam rumah, tanaman untuk ruangan tertutup,pokok hiasan tanam, pokok hiasan luar rumah, pokok hiasan luar rumah,

Peace Lily bukan sahaja cantik sebagai hiasan dalam rumah, tetapi juga berfungsi sebagai pembasmi udara dari jenis racun seperti aceton, ethyl acetate, ammonia, bensol, methanol , xylene, formaldehydedan trikloroetilen.

Tambahan lagi, bunga cantik ini sangat kuat, mudah untuk dipelihara malah tumbuh subur di tempat teduh dan bersuhu rendah.

Pokok Hiasan Dalam Rumah #5 Lidah Mertua

tanaman hiasan dalam rumah, tanaman hias mini dalam ruangan, pokok hiasan dalam rumah, tanaman dalam rumah, tanaman untuk ruangan tertutup,pokok hiasan tanam, pokok hiasan luar rumah, pokok hiasan luar rumah,

Pokok lidah mertua atau pokok ular ini popular sebagai pokok hiasan dalam rumah. Ini tentunya sesuatu yang tidak pelik kerana manfaatnya sebagai pokok pembersih udara juga luar biasa!

Tanaman ini mampu bertahan di hampir semua suhu. Lidah mertua dapat menurunkan kadar benzena, xylene, dan toluene di udara dalam rumah.

Pokok Hiasan Dalam Rumah #6 English Ivy

tanaman hiasan dalam rumah, tanaman hias mini dalam ruangan, pokok hiasan dalam rumah, tanaman dalam rumah, tanaman untuk ruangan tertutup,pokok hiasan tanam, pokok hiasan luar rumah, pokok hiasan luar rumah,

Sumber: Flower Works

Tanaman pembersih udara ini dapat bertahan hampir di mana saja, dan yang paling penting ia sesuai dipelihara dalam rumah.

English Ivy juga sangat mudah tumbuh, beradaptasi dengan lingkungan dengan mudah, dan salah satu pokok yang digemari oleh peminat feng shui.

Sayangnya, tanaman ini tidak sesuai apabila diletakkan di kawasan bersuhu tinggi atau terlalu kering.

Pokok Hiasan Dalam Rumah #7 Orkid

Orkid memang sukar dijaga, namun Orkid tidaklah terlalu susah seperti yang diperkatakan. 

Kunci untuk menjaganya adalah dengan memberi sejumlah air dan kadar cahaya matahari yang mereka perlukan.

Stories Rakan Kongsi
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus

Di rumah, pokok bunga Orkid dapat membantu menghilangkan xylene – pencemaran udara yang diakibatkan oleh cat dinding dan perabut

Wah menarik betul maklumat ini kan? Sudahkah anda memiliki tanaman hiasan pembersih rumah?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifah dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comtips-merapikan-rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Rumah
  • /
  • 7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi
Kongsikan:
  • Hiasan Daun Tanaman Mencantikkan Rumah Tapi Ada Pokok BERACUN!

    Hiasan Daun Tanaman Mencantikkan Rumah Tapi Ada Pokok BERACUN!

  • Ibu Ayah Perlu Berhati-Hati, Tanaman Snake Plant Mengandungi Racun Aktif Saponin!

    Ibu Ayah Perlu Berhati-Hati, Tanaman Snake Plant Mengandungi Racun Aktif Saponin!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.