X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mencari Kasut Sekolah Baru Untuk Anak? Ini 5 Kasut Sekolah Hitam Dan Putih Terbaik Yang Selesa Dan Trendy!

Pemilihan kasut sekolah yang betul amat penting untuk anak agar mereka selesa ketika memakainya sepanjang berada di sekolah.

Kasut sekolah hitam tidak kurang pentingnya seperti keperluan sekolah yang lain. Tidak kira usia atau jantina, pemilihan kasut sekolah yang betul amat penting bagi si pemakai.

Jika kasut tidak selesa dipakai, maka seharian mood akan terganggu. Anak-anak sukar menumpukan perhatian pada kelas, nak berjalan pun tidak selesa apatah lagi berlari. Ada juga segelintirnya membuka kasut di dalam kelas dan hanya berkaki ayam gara-gara kasut yang tidak sedap dipakai.

Dahulu memang susah nak dapatkan kasut yang bagus, jika ada pun harganya sangat mahal. Mujurlah pada masa kini sudah terdapat banyak pilihan kasut sekolah hitam yang bagus dengan pelbagai pilihan harga. Ibu ayah pun tak pening lagi kan?

Isi Kandungan

  • Pemilihan Kasut Sekolah Terbaik
  • 5 Kasut Sekolah Terbaik
  • Pallas
  • Skechers
  • Bata
  • ALL AMERICA
  • Puma
  • Perbandingan Harga

Tip Pemilihan Kasut Sekolah Hitam Dan Putih Untuk Anak

Mencari Kasut Sekolah Baru Untuk Anak? Ini 5 Kasut Sekolah Hitam Dan Putih Terbaik Yang Selesa Dan Trendy!

Jadi sebelum membeli kasut sekolah hitam atau putih, ibu ayah digalakkan untuk mempertimbangkan tip pemilihan kasut sekolah hitam dan putih agar kasut sekolah yang dibeli nanti selesa dipakai anak-anak dan tidaklah membazir jika tersilap beli.

  • Ringan: Kasut jenis ringan paling disukai pelajar sekolah. Memudahkan mereka berjalan dan berlari.
  • Jenis zap-on atau bertali: Anak-anak di peringkat sekolah rendah digalakkan untuk membeli kasut jenis zap-on velcro strap yang lebih memudahkan untuk pakai. Mereka tidak akan mengambil masa yang terlalu lama memakai kasut. Jenis bertali biasanya disukai pelajar sekolah menengah kerana kelihatan lebih bergaya dan matang.
  • Cepat kering dan mudah dibasuh: Pilih material kasut yang mudah kering. Kadang-kala ada anak-anak atau ibu ayah membasuh kasut sekolah saat akhir kerana terlupa, jadi jika kasut jenis tebal ia lambat kering atau tidak kering sepenuhnya lebih-lebih lagi jika cuaca hujan. Bimbang nanti kasut berbau nusuk dan jadi kekeuningan pada bahagian yang lembab itu.
  • Tapak kasut mencengkam: Tapak yang banyak ‘bunga’ lebih bagus kerana cengkamannya lebih kuat. Ciri ini sangat penting kerana anak-anak sering berlari dan jika lantai licin, tapak yang tidak mencengkam boleh menyebabkan anak terjatuh!
  • Saiz yang betul: Cara ukur saiz kasut yang betul? Tipsnya adalah pilih saiz yang tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. Jika terlalu ketat, bimbang kaki anak sakit. Jika terlalu longgar pula nanti kasut tertanggal ketika berjalan. Nak tahu saiz yang sesuai, ukur panjang tapak kaki dari hujung ibu jari hingga ke belakang tumit kemudian ambil saiz yang panjang insole atau pelapik dalam kasut ialah 1 cm lebih panjang dari ukuran sebenar tapak kaki. Lebih mudah jika membawa anak sekali ketika membeli kasut. 

5 Kasut Sekolah Hitam Dan Putih Terbaik Untuk Anak

Kasut Sekolah Hitam Dan Putih Terbaik Untuk Anak
product image
Pallas Jazz
Kasut Sekolah Terbaik Mudah Dipakai
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Skechers Girls Microspec Shoes
Kasut Sekolah Terbaik Boleh Dicuci Dengan Mesin Basuh
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Bata B-First
Kasut Sekolah Terbaik Dengan Cengkaman Kuat Dan Tidak Licin
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
ALL AMERICA Black School Shoes 
Kasut Sekolah Terbaik Untuk Pelajar Sekolah Menengah 
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Puma Smash Jr. Trainers
Kasut Sekolah Terbaik Warna Putih Mudah Dicuci 
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Pallas Jazz

Kasut Sekolah Terbaik Mudah Dipakai

kasut sekolah hitam Pallas

Jenama ini cukup berkualiti, tahan lasak dan memberi keselesaan untuk pelajar sekolah sejak dari zaman dahulu lagi. Kasut kanvas sekolah Pallas boleh dikatakan kasut legend kerana sudah popular sejak dahulu dan sehinggalah sekarang.

Kasut Pallas Jazz jenis Single Velcro Strap ini sesuai untuk anak-anak yang berada di sekolah rendah dengan reka bentuk tali Velcro di bahagian atas kanvas. Untuk anak-anak yang sedang belajar untuk menguruskan dirinya, ibu ayah tak perlu risau jika anak perlu membuka kasut dan memakainya kembali. Sangat mudah!

Apa yang kami suka:

  • Kasut Pallas Jazz mempunyai X-Light iaitu ciri-ciri superlight tambahan yang memberi rasa lebih ringan. Bagus untuk kaki yang sedang membesar. Apatah lagi dengan lapisan busa untuk keselesaan dan memberi perlindungan tambahan.
  • Insole getah untuk memberikan sokongan yang selesa kepada kaki anak dan lebih perlindungan kepada kaki.
  • Bahagian luar menggunakan tapak getah untuk cengkaman yang baik. 
  • Kasut Pallas Jazz menggunakan material kanvas menjadikan kasut sangat ringan. Selain lasak, kualiti kasut kanvas juga tahan lasak serta tahan lama sesuai untuk anak yang aktif, senang nak jaga dan bersihkan!

Pallas Jazz - RM42.32

dari Pallas

product imageBeli di Shopee

Skechers Girls Microspec Shoes

Kasut Sekolah Terbaik Boleh Dicuci Dengan Mesin Basuh

kasut sekolah hitam Skechers

Walaupun harganya sedikit mahal, kasut sekolah Skechers tetap menjadi pilihan segelintir ibu ayah yang mahukan kasut yang mempunyai jaminan keselesaan pada kaki anak.

Mempunyai reka bentuk klasik dan sporty dalam keselesaan yang mudah dipakai, kasut sekolah jenis slip-on yang ringan ini menampilkan fabrik jejaring sukan dan bahagian atas sintetik dengan jahitan.

Lebih menarik lagi, kasut sekolah Skechers jenis ini boleh dicuci dalam mesin basuh! Mudah kan? Jadi, tak perlu lagi ibu ayah membebel tiap kali nak suruh anak berus kasut.

Apa yang kami suka:

  • Ia diperbuat daripada material kanvas dan breathable foam lining yang selesa untuk kegunaan harian.
  • Kasut yang sangat ringan, memudahkan pergerakan anak dan sangat selesa.
  • Insole selesa berkusyen dan mempunyai tapak tengah sokongan yang menyerap hentakan.
  • Kasut ini sesuai bagi mereka yang aktif tetapi masih kekal feminin. Anak anda pasti kelihatan manis dengan kasut sekolah Skechers ini sebagai pelengkap seragam sekolah.

Skechers Girls Microspec Shoes - RM157

dari Skechers

product imageBeli di Lazada

Bata B-First

Kasut Sekolah Terbaik Dengan Cengkaman Kuat Dan Tidak Licin

kasut sekolah hitam Bata

Reka bentuk kasut canvas ini yang unisex dan ringkas menjadikannya pilihan popular di sekolah. Diperbuat daripada material PVC dan kanvas, menjadikannya tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan harian di sekolah.  

Tapak kasut yang berkualiti menghasilkan cengkaman kuat dan tidak licin apabila melangkah. Dengan penambahan ciri Velco Strap, tiada lagi alasan lewat bersiap ke sekolah dengan kasut PVC ini.

Apa yang kami suka:

  • Popular dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah.
  • Harga yang berpatutan setanding dengan kualiti yang ditawarkan.
  • Bahagian dalam kasut mempunyai kusyen tambahan memberi keceriaan dan keselesaan kepada si pemakai.

Bata B-First - RM45

dari Bata

product imageBeli di Shopee

ALL AMERICA Black School Shoes

Kasut Sekolah Terbaik Untuk Pelajar Sekolah Menengah 

kasut sekolah hitam

Kasut bukaan rendah ini sesuai digunakan oleh remaja lelaki atau perempuan. Bahagian luar kasut diperbuat daripada material kanvas yang tahan lasak. Ia juga mempunyai lingkaran logam pada lubang tali kasut bagi mengelakkan kasut terkoyak akibat regangan tali kasut dan penggunaan yang berulang kali.

Rekaannya yang ringkas dan style melengkapkan gaya anak anda ke sekolah. 

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai kolar empuk dan alas kaki untuk kesesuaian tertinggi dan penyerapan kejutan.
  • Lapisan kanvas jenis mudah bernafas yang sangat baik sebagai keselesaan tambahan.
  • Tapak luar getah warna hitam untuk cengkaman yang sangat baik dapat mengelakkan jatuh tergelincir meskipun dalam hujan.

ALL AMERICA Black School Shoes  - RM36.90

dari ALL AMERICA

product imageBeli di Shopee

Puma Smash Jr. Trainers

Kasut Sekolah Terbaik Warna Putih Mudah Dicuci 

Mencari Kasut Sekolah Baru Untuk Anak? Ini 5 Kasut Sekolah Hitam Dan Putih Terbaik Yang Selesa Dan Trendy!

Jika anak-anak masih memakai kasut sekolah putih, ibu ayah boleh belikan kasut Puma ini. Diinspirasikan dari kasut tenis yang akan membuatkan anak kelihatan sporty dan segar, dengan jalur bentuk PUMA dan rekaan kasut tenis, kasut ini boleh dipakai untuk sebarang gaya.

Mempunyai kelebihan pada kolar buku lali berbentuk empuk dan insole berkusyen untuk kesesuaian yang selesa dan selamat, manakala tapak genggaman yang tebal, lengkap dengan mata pangsi memastikan kemudahan pergerakan dan cengkaman maksimum pada semua jenis permukaan.

Apa yang kami suka:

  • Luaran kasut dari material kulit, jadi sangat mudah untuk dicuci.
  • Kasut sekolah putih ini juga tidak mudah kotor walaupun berwarna putih!
  • Kasut sekolah putih ini sangat bergaya, sesuai untuk anak-anak yang mementingkan gaya.

Puma Smash Jr. Trainers - RM167.30

dari Puma

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Kasut Sekolah Hitam Dan Putih Terbaik Untuk Anak

Jenama Harga (RM)
Pallas Jazz RM42.32
Skechers Girls Microspec Shoes RM157.00
Bata B-First RM45.00
ALL AMERICA Black School Shoes  RM35.10-RM36.90
Puma Smash Jr. Trainers RM167.30

Tip Cuci Kasut Sekolah Agar Sentiasa Nampak Baru

Mencari Kasut Sekolah Baru Untuk Anak? Ini 5 Kasut Sekolah Hitam Dan Putih Terbaik Yang Selesa Dan Trendy!

Anak-anak memang lasak dan aktif jadi tentu mencabar bagi ibu-ibu untuk menjaga kasut dan pakaian sekolah mereka supaya kekal putih dan bersih. Kadangkala, kasut sekolah yang kerap dicuci pun masih meninggalkan kesan kekuningan (untuk kasut sekolah putih) selepas dijemur, bukan?

Berikut adalah beberapa tips dan cara basuh kasut sekolah hitam atau putih yang telah dikongsikan untuk memudahkan anda.

1. Elak mencuci lumpur ketika kasut basah

Jika kasut kotor dan berlumpur, biarkan kasut kering terlebih dahulu. Kemudian, ambil tisu atau berus dan keluarkan lumpur dengan teknik kering. Cara ini lebih berkesan dan dapat mencegah kotoran daripada merebak ke kawasan  pada kasut.

2. Lilinkan kasut

Lilin boleh digunakan untuk memelihara kasut daripada terkena kotoran. Dalam erti kata lain, ia boleh menjadikan kasut putih anak menjadi kalis air. Bila kasut basah, ia senang menyerap kotoran atau debu.

Jadi sebaiknya teknik ini anda lakukan apabila pertama kali memakai kasut, iaitu semasa kasut masih baru. Tapi, ia boleh juga dilakukan pada kasut yang baru dicuci.

Caranya, ambil sebatang lilin dan gosokkan pada kasut. Kemudian, kenakan sedikit haba menggunakan hair dyer. Kalau nak tengok keberkesanannya, lalukan sedikit air di atas permukaan kasut tadi.

3. Basuh dengan sabun mandi

Sebenarnya, pemilihan sabun juga memainkan peranan terhadap hasil basuhan kasut. Sisa sabun yang tertinggal dan tidak dibilas bersih boleh menyebabkan fabrik putih bertukar warna. Selain itu, penggunaan sabun yang terlalu ‘kuat’ juga boleh menyebabkan bahan kimia tercerai lalu merosakkan kasut.

Oleh itu, cuba gunakan sabun yang mild saja. Antara yang berkesan adalah sabun mandi jenis ketul. Walaupun murah, sabun ini amat berkesan untuk memutihkan baju sekolah atau kasut sekolah.

Rendamkan kasut bersama air hangat dan sabun mandi yang diparut. Biarkan beberapa minit. Gunakan berus gigi untuk mencuci bahagian kasut yang sukar dicapai. Kemudian, cuci dan bilas seperti biasa.

4. Guna bersama baking soda dan cuka

Seperti yang kita tahu, baking soda bukan saja berfungsi sebagai agen penaik dalam makanan, tetapi ia adalah agen pembersih semulajadi yang sangat berkesan. Sifat keasidan semulajadi dalam cuka pula mampu menghindarkan daripada pembiakan kulat dan bakteria.

Kedua-dua bahan ini turut menyerap bau dan memelihara fabrik dengan baik.

Ambil ½ cawan cuka ¼ cawan baking soda di dalam sebuah mangkuk. Kemudian, gunakan berus gigi untuk memberus kasut menggunakan pes campuran tadi. Kalau tak ada kedua-dua bahan ini, boleh gunakan salah satu saja.

5. Perahan lemon

Lemon mempunyai sifat keasidan yang mirip seperti cuka. Menariknya, larutan lemon turut menjadikan kasut anda lebih wangi dan segar. Caranya, ambil segelas air dan dua sudu jus lemon yang diperah.

Rendamkan kasut dalam larutan ini atau terus gunakan baking soda bersama untuk mencucinya seperti biasa.

6. Balut dengan tisu ketika menjemur

Sebelum menjemur, seeloknya tekapkan dahulu kasut basah dengan tuala yang bersih dan kering. Kemudian, ambil tisu (seeloknya tisu dapur yang tebal) untuk membalut sedikit kasut yang akan dijemur.

Cara ini akan melindungi kasut daripada terkena cahaya matahari secara langsung yang mungkin akan menyebabkan kasut hitam menjadi pudar.

7. Ubat gigi sebagai pengilat kasut hitam

Picitkan sedikit ubat gigi pada kapas atau tuala. Kemudian gosok rata pada permukaan kasut sehingga permukaan kasut kelihatan berkilat. 

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Menangis Di Sekolah Bukan Tanda Belum Bersedia, Mereka Perlukan Masa Untuk Terbiasa

Baca juga: Jangan Biar Anak Pilih Sendiri Beg Sekolah, Ini Senarai Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Kesihatan Tulang Belakang

Baca juga: Sekolah Bakal Bermula? Ini Tips Kembali Ke Sekolah Yang Perlu Tahu Bagi Memudahkan Pagi Ibu Bapa
 

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Nursyamimi

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • Anak Malu Ke Kantin Ketika Bulan Puasa, Ini 7 Resepi Bekal Anak Ke Sekolah Yang Enak

    Anak Malu Ke Kantin Ketika Bulan Puasa, Ini 7 Resepi Bekal Anak Ke Sekolah Yang Enak

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • Anak Malu Ke Kantin Ketika Bulan Puasa, Ini 7 Resepi Bekal Anak Ke Sekolah Yang Enak

    Anak Malu Ke Kantin Ketika Bulan Puasa, Ini 7 Resepi Bekal Anak Ke Sekolah Yang Enak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.