X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Biar Anak Pilih Sendiri Beg Sekolah, Ini Senarai Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Kesihatan Tulang Belakang

Sebelum membeli bag galas sekolah anak, ikuti tip pemilihan beg terlebih dahulu demi kesihatan tulang belakang mereka.

Bag galas sekolah adalah kelengkapan penting apabila memasuki alam persekolahan, Biasanya ibu ayah akan membiarkan anak memilih sendiri beg sekolah yang digemari anak namun jangan dibiasakan situasi begini!

Anak-anak hanya melihat kecantikan dan gaya beg semata-mata, mereka tidak tahu akan faktor keselesaan yang perlu dititkberatkan memandangkan beg galas belakang akan digunakan setiap hari. Jika tersilap memilih bag galas, boleh menyebabkan anak mengalami masalah kesihatan di bahagian tulang belakang seperti skoliosis, kyphosis, sakit belakang, dan sakit tengkuk.

Isi Kandungan

  • Pemilihan Bag Galas Terbaik
  • 6 Bag Galas Sekolah Terbaik
  • Smiggle
  • Ergobag
  • Adidas
  • Nike
  • Swan Smart Lite
  • Swan Kid Kinder Trolley
  • Perbandingan Harga
  • Cara Galas Beg Yang Betul

Tip Pemilihan Bag Galas Sekolah Terbaik

Jangan Biar Anak Pilih Sendiri Beg Sekolah, Ini Senarai Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Kesihatan Tulang Belakang

Beg sekolah yang baik perlulah dapat menampung buku-buku yang berat, tahan daripada terkena basahan hujan, boleh dimuatkan ke dalam storan loker, tahan koyak jika berlaku kekasaran ketika menggunakannya malah mampu memberi sokongan yang cukup kepada tulang belakang anak.

Oleh sebab ia digunakan pada setiap hari, adalah penting untuk anda memilih beg sekolah yang berkualiti untuk anak anda. Berikut adalah beberapa panduan mudah untuk membantu anda mencari beg sekolah yang sesuai.

Apabila membeli bag galas, anda perlu terlebih dahulu melihat kualiti keseluruhan beg tersebut seperti panduan di bawah:

  • Pastikan bahawa keberatan beg tersebut tidak melebihi 10% hingga 20% berat badan anak anda bergantung pada umur mereka. 
  • Pilihlah beg sekolah yang diperbuat daripada kain yang ringan dan tahan air.
  • Jangan memilih beg yang mempunyai zip yang terdedah kepada cuaca. Sebaliknya, pilihlah zip yang mempunyai pelindung fabrik di atasnya untuk melindungi beg daripada air dan unsur-unsur lain.
  • Elakkan beg yang mempunyai jahitan longgar dan tidak rata.
  • Elakkan beg yang mempunyai lebihan kain atau kelim berbulu yang mudah koyak.

Kemudian sesuaikan bag galas dengan keperluan anak anda seperti panduan di bawah :

  • Memilih saiz yang betul: Kelebaran beg harus berpadanan dengan saiz seseorang. Contohnya, kanak-kanak pra-sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah memerlukan saiz beg yang berbeza. Berikan tumpuan kepada ketinggian beg yang sepatutnya yang harus jatuh kira-kira dua inci (5cm) di bawah bilah bahu ke paras pinggang, atau hanya sedikit di atas pinggang.
  • Memilih tali beg yang luas, laras dan empuk berlapis: Tali beg empuk berlapis direka untuk melindungi bahu daripada tekanan yang berlebihan dan memberikan keselesaan yang lebih baik. Tali laras juga berfungsi untuk memastikan muatan dan kedudukan beg yang sesuai, yang sepatutnya duduk sedikit di atas pinggang.
  • Memilih beg yang mempunyai tali pinggang dan pelindung belakang: Bagi pelajar yang mesti membawa barang yang lebih berat atau mempunyai perjalanan yang lebih lama ke sekolah, bag galas belakang akan memberikan keselesaan yang lebih. Untuk sokongan tambahan, tali pinggang boleh memindahkan sedikit berat badan daripada belakang ke pinggang dan membantu mengelakkan postur yang salah.

Selepas memenuhi kriteria di atas, anda boleh mempertimbangkan ciri-ciri tambahan seperti berikut :

  1. Beg yang praktikal : Pembahagi beg, poket, dan slot beg yang baik direka untuk membantu anda menyusun lebih baik dan membahagikan berat badan dengan sama rata. Fikirkan untuk menjadi teratur dan fungsi lalu mengutamakan bag galas dengan ciri-ciri yang akan menjadikan item anda lebih mudah dicari. Pastikan untuk meletakkan barang-barang lebih berat lebih dekat ke belakang orang dalam ransel kerana ini membantu dengan pusat graviti dan keseimbangan.
  2. Ciri keselamatan : Pilihlah bag galas yang mempunyai reflektor dan pita reflektif untuk meningkatkan keterlihatan. Ini penting jika anak anda berjalan ke sekolah atau tunggu di jalan raya untuk bas sekolah pada waktu pagi yang gelap.
  3. Pertimbangkan pilihan anak dan membuat keputusan bersama-sama: Walaupun kualiti yang baik adalah faktor terbesar yang perlu dititik beratkan, anda juga perlu mengambil kira sama ada anak anda menyukai beg tersebut atau tidak kerana mereka akan menggunakannya hampir setiap hari. Bantu anak anda membuat pembelian pintar, tetapi berikan juga anak anda peluang untuk membuat pilihan mereka sendiri.

6 Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Anak

Jadi jom kita lihat senarai jenama bag galas sekolah yang berkualiti dengan pelbagai jenis harga yang boleh dipertimbangkan ibu ayah!

Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Anak
product image
Smiggle
Beg Sekolah Terbaik Popular Dalam Kalangan Kanak-Kanak
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Ergobag Prime Backpack
Beg Sekolah Terbaik Dengan Ciri Ergonomik Dan Keselamatan
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Adidas Power 5 Backpack
Beg Sekolah Terbaik Untuk Anak Remaja
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Nike Elemental Backpack
Beg Sekolah Terbaik Versatil
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Swan Smart Lite School Bag With Spinal Protection Back Support
Beg Sekolah Terbaik Perlindungan Tulang Belakang
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Swan Kid Kinder Kindergarten Detachable Trolley Bag Unicorn
Beg Sekolah Terbaik Untuk Kanak-Kanak Pra-Sekolah
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Smiggle

Bag Galas Sekolah Terbaik Popular Dalam Kalangan Kanak-Kanak

bag galas Smiggle

Smiggle ialah jenama popular kanak-kanak untuk rangkaian beg sekolah, bekas pensel, botol minuman dan lunch box di mana peruncit berjaya mencipta apa yang diimpikan setiap kanak-kanak iaitu reka bentuk yang menyeronokkan, inovasi kreatif, warna berani, grafik yang unik dengan nilai yang hebat.

Walaupun harganya sedikit mahal berbanding jenama lain, namun mempunyai jaminan kualiti yang tinggi. Beg sekolah Smiggle juga mempunyai pelbagai saiz dan jenis yang memudahkan bentuk beg disesuaikan dengan tubuh badan anak sama ada pra-sekolah atau sekolah rendah.

Apa yang kami suka:

  • Tahan lasak, tidak mudah koyak, dan warna tidak mudah pudar.
  • Menampilkan corak menarik yang menjadi kegilaan anak-anak tidak kira lelaki mahupun perempuan.
  • Kelengkapan alat tulis dan bekas makanan juga boleh dibeli secara set dengan rekaan yang sama.

Smiggle - RM280

dari Smiggle

product imageBeli di Shopee

Ergobag Prime Backpack

Bag Galas Sekolah Terbaik Dengan Ciri Ergonomik Dan Keselamatan

bag galas Ergobag

Jika anda ada bajet ekstra, apa salahnya sesekali berbelanja lebih untuk barang anak-anak, terutamanya jika anak sering mengalami sakit belakang akibat bawa beg sekolah yang berat.

Ergobag ialah jenama beg sekolah ergonomik kanak-kanak terkemuka di Eropah yang mengamalkan prinsip ergonomik bag galas trekking kepada beg sekolah. 

Seorang kanak-kanak mungkin mengalami postur yang lemah jika beg sekolah yang mereka bawa adalah berat dengan kedudukan yang salah yang boleh meningkatkan risiko sakit leher dan belakang juga.

Beg sekolah Ergobag direka khas dengan mengagihkan berat untuk mengurangkan beban pada belakang anak anda. Ergobag juga dianggap sebagai beg sekolah terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah dan ia sesuai untuk ketinggian sehingga 1.5m.

Apa yang kami suka:

  • Reka bentuk boleh laras dan mampu membawa berat yang tidak seimbang selama berjam-jam tanpa menegangkan bahagian belakang supaya kanak-kanak boleh berjalan, melompat dan bermain walaupun mereka membawa bag galas yang berat.
  • Beberapa tempat bag galas Ergobag dipenuhi dengan beribu-ribu bola kaca kecil yang menggabungkan cahaya masuk dan memantulkannya kembali ke sumber cahaya pada pancaran cahaya bersudut 5 darjah. Reflektor ini dibingkai di sekeliling bag galas supaya garis besarnya dapat dikenali dengan jelas dalam gelap.
  • Dihasilkan dengan bahan yang diperbuat sepenuhnya daripada botol PET kitar semula dan ini membantu menjimatkan sumber semula jadi semasa mengitar semula sisa plastik. Bahan yang digunakan adalah bersih daripada pemplastis toksik (phthalates) atau PAH (hidrokarbon aromatik polisiklik).

Ergobag Prime Backpack - RM564.57

dari Ergobag

product imageBeli di Lazada

Adidas Power 5 Backpack

Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Anak Remaja

bag galas Adidas

Bag galas yang sesuai untuk aktiviti sekolah dan kokurikulum. Beg sekolah Adidas ini mempunyai poket untuk komputer riba untuk disimpan dan ruang untuk buku, bekas pensel, folder serta mempunyai dua pemegang minuman luaran. Isipadunya ialah 25.75 liter cukup besar untuk meletak buku teks sekolah menengah.

Bag galas ini juga mempunyai kelayakan eko yang baik kerana ia diperbuat daripada Primegreen iaitu bahan kitar semula berprestasi tinggi.

Apa yang kami suka:

  • Rekaan ringkas yang menarik. Digemari anak lelaki.
  • Mempunyai ruang untuk menyimpan laptop, jadi lebih selamat kerana dilindungi padded yang lembut.

Adidas Power 5 Backpack - RM89

dari ADIDAS

product imageBeli di Shopee

Nike Elemental Backpack

Bag Galas Sekolah Terbaik Versatil

bag galas Nike

 

Beg galas belakang jenama terkenal Nike ini harus dimiliki oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Sesuai untuk pelajar yang mahukan sesuatu yang ringkas untuk dibawa ke tempat belajar kerana ia tampil dengan warna hitam yang sangat bergaya. 

Pada bahagian dalam beg turut dilengkapi dengan ruang pelindung khas untuk letak komputer riba, jadi laptop akan tetap selamat dan tak bergerak-gerak ketika sedang digalas. 

Jika ada sebarang kotoran, cuci sahaja beg berdimensi 30 cm x 20 cm x 5 cm atau kapasiti 21 liter ini dengan kain lembab tapi ingat, jangan guna sebarang bahan pencuci.

Menariknya lagi, produk yang diperbuat daripada polyester ini juga direka dengan bahagian belakang dan tali bahu yang berlapik di mana dapat  memberi keselesaan kepada anak ketika menggalas beg sekolah Nike ini.

Apa yang kami suka:

  • Boleh juga dijadikan beg untuk aktiviti luar dan aktiviti sukan.
  • Material yang tahan lasak, tak mudah koyak.
  • Rekaan ringkas yang menarik.
  • Mempunyai poket tambahan.

Nike Elemental Backpack - RM155

dari Nike

product imageBeli di Shopee

Swan Smart Lite School Bag With Spinal Protection Back Support

Bag Galas Sekolah Terbaik Perlindungan Tulang Belakang

bag galas Swan

Jenama beg dan pakaian sekolah terunggul ini sudah lama berada di pasaran sejak zaman kita sekolah lagi. Kini jenama Swan bag sudah menitikberatkan soal ergonomik pada setiap beg sekolah keluarannya untuk memastikan anak-anak dapat menggalas beg dengan selesa.

Antara beg yang menjadi pilihan adalah dari model Smart Lite yang mempunyai ruangan lebih besar, ringan dan menyokong sistem tulang belakang.

Beg galas belakang ini juga turut mempunyai ciri-ciri penting lain seperti reflektor 360 untuk dilihat kereta dari jauh ketika berjalan, tanda nama, dan tali keselamatan di dada untuk memastikan anak sentiasa dalam keadaan posisi berdiri tegak semasa menggalas beg untuk mengelakkan tulang membongkok. 

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai banyak poket tambahan untuk simpanan alat kelengkapan sekolah anak.
  • Menawarkan rekaan kartun dan animasi yang membuatkan kanak-kanak lebih teruja memakainya.
  • Mempunyai tali bahu yang berlapik, lebih selesa digalas anak.
  • Beg ini menawarkan 3D Back Padding dan mempunyai ciri-ciri ‘cool ventilation’. Jadi ianya sangat memberi sokongan di bahagian belakang badan. 
  • Percuma bekas pensil

Swan Smart Lite School Bag With Spinal Protection Back Support - RM398

dari SWAN

product imageBeli di Shopee

Swan Kid Kinder Kindergarten Detachable Trolley Bag Unicorn

Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Kanak-Kanak Pra-Sekolah

bag galas Swan

Ada yang mengatakan jangan belikan anak beg sekolah beroda, ini kerana jika sekolah anak bertingkat, beg roda ni akan lagi membebankan mereka. Tetapi jika anak masih lagi di peringkat pra-sekolah, ibu ayah boleh mempertimbangkan untuk membeli beg jenis ini, anak pasti gembira.

Beg sekolah Swan jenis troli ini mempunyai rekabentuk ergonomik, versatil dan menarik. Ciri ergonomik beg sekolah perempuan ini tidak akan menyebabkan anak perlu membengkokkan badan ketika menggalas beg sekolah dan ciri ini dapat membantu postur badan di bahagian belakang sentiasa agar sentiasa tegak.

Troli juga boleh ditanggalkan jika tidak mahu menggunakannya. Anak perempuan khususnya pasti sukakan beg sekolah unicorn ini.

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai corak efek 3D pada beg, kanak-kanak sangat menggemari corak menyerlah begini.
  • Besi bar troli yang tahan lama, tak mudah rosak.
  • Zip tahan lasak, heavy duty slider sesuai untuk anak-anak yang tidak cermat dalam penggunaan beg sekolah.

Swan Kid Kinder Kindergarten Detachable Trolley Bag Unicorn - RM71.92

dari SWAN

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Bag Galas Sekolah Terbaik

Jenama Saiz Harga (RM)
Smiggle 42cm x 30cm x 13cm RM92.00-RM280.00
Ergobag Prime Backpack 25 x 35 x 25 cm RM564.57
Adidas Power 5 Backpack 48.5 cm x 18 cm x 33 cm RM89.00
Nike Elemental Backpack 30 cm x 20 cm x 5 cm RM155.00
Swan Smart Lite School Bag With Spinal Protection Back Support 38cm x27cm x 19cm RM398.00
Swan Kid Kinder Kindergarten Detachable Trolley Bag Unicorn 25 cm x 36 cm x 41 cm RM71.92

Cara Galas Beg Yang Betul

Jangan Biar Anak Pilih Sendiri Beg Sekolah, Ini Senarai Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Kesihatan Tulang Belakang

Kasihan apabila tengok anak galas beg sekolah yang terlampau berat sampai ada yang sudah mencecah ke bawah punggung. Tak cukup dengan buku yang ada dalam beg, mereka juga menjinjing buku dengan tangan sambil diikat dengan tali buku.

Ibu ayah bukan sahaja perlu membeli beg sekolah yang betul bagi mengelak kemudaratan pada anggota badan anak, malah perlu membantu mereka cara menggalas beg dengan betul.

Jadi, bagaimanakah cara yang betul untuk menggalas beg sekolah? Panduan dibawah dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, Greatlife Physiotherapy dan Rehabilition di laman Facebook miliknya.

  • Berat beg dan isinya tidak melebihi 15% berat badan pemakainya. Jika berat pemakai 20 kg, maka berat beg mestilah tidak lebih 3 kg. Jika ada muatan lebih, bawa di tangan dan dilekapkan ke dada.
  • Tali penyandang dipendekkan sehingga beg rapat ke tubuh da tidak londeh. Ia memastikan beban dapat ditampung dengan baik, serta mengelakkan beg berhayun semasa berjalan atau berlari.
  • Tidak menjinjing atau menggalas hanya sebelah tali penyandang beg, untuk mengelakkan bebanan tertumpu hanya pada sebelah bahagian tubuh. Bebanan tak simetri boleh menyebabkan skoliosis.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Betul Pilih Beg Sekolah Anak, Bukan Nak Cantik Je, Tapi Perlu Ada 3 Ciri Ini Elak Masalah Tulang Belakang!

Baca juga:  Kesan Beg Sekolah Yang Berat Terhadap Anak Anda

Baca juga: Beg Sekolah Kanak-Kanak Terlalu Berat Hingga Menyebabkan Bongkok? Ini Cara Pemilihan Beg Sekolah Yang Betul

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Nursyamimi

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Anak Mesti Teruja Nak Makan Bekal Dari Rumah Dengan Lunch Box Yang Unik Dan Comel Ini!

    Anak Mesti Teruja Nak Makan Bekal Dari Rumah Dengan Lunch Box Yang Unik Dan Comel Ini!

  • Salah Satu Cara Untuk Anak Belajar, Adalah Dengan Aktiviti Mewarna. Ini 8 Pilihan Yang Selamat Dan Berkualiti Untuk Ibu Ayah Hadiahkan Pada Anak

    Salah Satu Cara Untuk Anak Belajar, Adalah Dengan Aktiviti Mewarna. Ini 8 Pilihan Yang Selamat Dan Berkualiti Untuk Ibu Ayah Hadiahkan Pada Anak

  • Bayi Alah Susu Lembu? Susu Soya Baby Adalah Alternatif Terbaik Sebagai Pengganti, Banyak Juga Khasiatnya!

    Bayi Alah Susu Lembu? Susu Soya Baby Adalah Alternatif Terbaik Sebagai Pengganti, Banyak Juga Khasiatnya!

  • Anak Mesti Teruja Nak Makan Bekal Dari Rumah Dengan Lunch Box Yang Unik Dan Comel Ini!

    Anak Mesti Teruja Nak Makan Bekal Dari Rumah Dengan Lunch Box Yang Unik Dan Comel Ini!

  • Salah Satu Cara Untuk Anak Belajar, Adalah Dengan Aktiviti Mewarna. Ini 8 Pilihan Yang Selamat Dan Berkualiti Untuk Ibu Ayah Hadiahkan Pada Anak

    Salah Satu Cara Untuk Anak Belajar, Adalah Dengan Aktiviti Mewarna. Ini 8 Pilihan Yang Selamat Dan Berkualiti Untuk Ibu Ayah Hadiahkan Pada Anak

  • Bayi Alah Susu Lembu? Susu Soya Baby Adalah Alternatif Terbaik Sebagai Pengganti, Banyak Juga Khasiatnya!

    Bayi Alah Susu Lembu? Susu Soya Baby Adalah Alternatif Terbaik Sebagai Pengganti, Banyak Juga Khasiatnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.