X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sebelum beli beg sekolah untuk anak, ikut tips memilih beg sekolah ini dulu

4 min bacaan
Sebelum beli beg sekolah untuk anak, ikut tips memilih beg sekolah ini dulu

Beg sekolah yang tidak sesuai boleh mengakibatkan sakit tulang belakang. Dapatkan tip dari doktor pakar tulang, cara memilih beg sekolah yang sesuai untuk anak.

Cara pilih beg sekolah yang betul penting demi anak

Cuti sekolah hampir tamat dan anak akan mula persekolahan yang baru tahun depan. Begnya akan penuh dengan buku baru, bekal dan air, oleh itu cara pilih beg sekolah yang betul adalah sangat penting untuk memastikan anak sentiasa selesa dan kesihatan mereka tak terganggu.

Biarpun ibu bapa mampu membeli beg mahal atau beg yang mengikut trend, tapi adakah beg sekolah itu sesuai untuk anak?

Beg yang tidak berkualiti tidak akan memberi sokongan yang cukup dan boleh memberi kesan kepada tulang belakang anak apabila digunakan dalam jangka masa panjang.

cara pilih beg sekolah

Cara pilih beg sekolah yang betul adalah sangat penting supaya beg itu tidak menjejaskan tulang belakang anak

Menurut kajian The Journal of Orthapedics, hampir 3,500 pelajar yang telah mengambil bahagian dalam kajian mengadu sakit tulang belakang akibat beg yang terlalu berat.

Jadi apa yang ibu bapa perlu fikir dulu sebelum beli beg sekolah anak? Apakah tanda-tanda kecederaan pada tulang belakang yang ibu bapa perlu tahu dan apa rawatannya?

theAsianparent telah menemuduga Dr Siow Hua Ming, perunding dan pakar bedah ortopedik dari Providence Orthopaedics, Mount Elizabeth Novena Specialist Centre, untuk mendapatkan jawapannya.

Kesan beg berat dan beg sekolah yang tidak sesuai 

Cara pilih beg sekolah penting kerana beg sekolah yang tidak berkualiti atau tidak sesuai akan menyebabkan pengagihan berat yang tidak sekata.

Ini akan memberi tekanan yang berlebihan kepada bahagian badan yang salah, kata Dr Siow.

Beg yang terlalu berat juga boleh memberi tekanan berlebihan dan menjejaskan keseimbangan anak.

Kanak-kanak akan terpaksa mengimbangi berat beg yang di bawa dengan badan mereka sendiri dan ini memberi tekanan tambahan kepada tulang belakang dan otot teras.

cara pilih beg sekolah

Ramai pelajar mengadu sakit tulang belakang apabila cara pilih beg sekolah adalah salah

Kesan beg sekolah yang terlalu berat:

  • sakit otot belakang dan ketidakselesaan pada tulang rusuk dan sendi tulang belakang.
  • tekanan kepada otot leher
  • sakit kepala
  • sakit bahu
  • sakit tulang belakang pada bahagian bawah, sakit leher ataupun lengan.

Keadaan boleh jadi lebih teruk jika dia lebih suka membawa beg sekolah dengan menggunakan sebelah bahu sahaja.

Kajian mendapati cara membawa beg ini menyebabkan berat badan yang tidak sekata, sehingga anak perlu mengetatkan ototnya untuk menampung berat beg yang dibawa.

Kesan jangka pendek akibat ketidakseimbangan ini termasuk kekejangan otot dan sakit belakang.  Jika tidak keadaan ini tidak diperbetulkan, ini boleh menyebabkan masalah belakang.

Adakah beg anak terlalu berat? 

cara pilih beg sekolah

Kredit: orangectlive.com

Beg anak mungkin terlalu berat jika:

  • gaya jalan anak tidak seimbang atau sekata
  • bahu anak membongkok ke depan apabila membawa beg
  • rasa sakit semasa dan selepas membawa beg

Jika ibu bapa mendapati anak menunjukkan tanda-tanda ini, laraskan beg mengikut tips di bawah atau tukar beg sekolah anak.

Cara menyelaraskan beg sekolah anak

Biarpun beg sekolah anak murah, ini tidak bermaksud beg itu tidak berkualiti. Ibu bapa juga boleh cuba menyelaraskan beg sekolah supaya ia sesuai dengan badan anak.

Berat buku sepatutnya dibahagi sama rata antara 2 bahu, dengan barang paling berat di bawah. Ini menggalakkan pusat graviti beg yang hampir sama dengan pusat graviti kanak-kanak dan membolehkan mereka membawa beg serta bergerak dengan lebih mudah.

cara pilih beg sekolah

Selain cara pilih beg sekolah yang betul, ibu bapa juga boleh cuba menyelaraskan beg supaya ia sesuai dengan tubuh anak

Layari sini untuk maklumat terperinci mengenai panduan pengukuran ini.

Cara pilih beg sekolah yang betul

  • Menurut Dr. Siow, beg paling selesa adalah beg jenis backpack, berbanding dengan beg sling bahu atau jenis strap tangan. 
  • Pilih bag dengan padding yang baik pada bahu dan di pangkal beg yang duduk di atas tulang belakang. Tali bahu hendaklah jenis yang lebar dan boleh memastikan beg itu tidak condong ke bawah.
  • Strap dada dan pinggang sangat berguna jika beg itu sangat berat.
  • Saiz beg bergantung kepada panjang tulang belakang anak. Sazi beg harus melepasi separuh bahagian belakang anak dan berhenti di atas garis pinggang.
  • Ibu bapa juga boleh memilih beg sekolah beroda untuk kanak-kanak prasekolah kerana mereka tidak ada kekuatan untuk membawa beg yang berat.
  • Ajar anak membengkokkan lututnya apabila mengangkat beg dan jangan berpusing terlalu banyak.
  • Ajar anak untuk memasukkan buku yang lebih berat di bahagian bawah beg. 
  • Pastikan anak tidak bawa barang yang tidak diperlukan ke sekolah. 
  • Galakkan anak untuk bawa buku dengan tangan sekiranya beg terlalu berat.
  • Berat maksimum beg bergantung kepada umur anak dan tidak sepatutnya terlalu berat sehingga anak memerlukan 2 tangan untuk mengangkatnya. Sebaik-baiknya, berat maksimum beg sekolah tidak patut melebihi 10 – 20 peratus berat badan anak anda.

Jika anak selalu mengadu sakit tulang belakang, periksa begnya dulu dan jika perlu, bawa anak berjumpa doktor. 

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kesan negatif pindah sekolah pada anak anda, ramai parents tak sedar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Sebelum beli beg sekolah untuk anak, ikut tips memilih beg sekolah ini dulu
Kongsikan:
  • Beg Sekolah Kanak-Kanak Terlalu Berat Hingga Menyebabkan Bongkok? Ini Cara Pemilihan Beg Sekolah Yang Betul

    Beg Sekolah Kanak-Kanak Terlalu Berat Hingga Menyebabkan Bongkok? Ini Cara Pemilihan Beg Sekolah Yang Betul

  • Ibu bapa harus lebih bijak pilih buaian elektrik untuk si kecil, berikut panduan lengkap untuk anda

    Ibu bapa harus lebih bijak pilih buaian elektrik untuk si kecil, berikut panduan lengkap untuk anda

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Beg Sekolah Kanak-Kanak Terlalu Berat Hingga Menyebabkan Bongkok? Ini Cara Pemilihan Beg Sekolah Yang Betul

    Beg Sekolah Kanak-Kanak Terlalu Berat Hingga Menyebabkan Bongkok? Ini Cara Pemilihan Beg Sekolah Yang Betul

  • Ibu bapa harus lebih bijak pilih buaian elektrik untuk si kecil, berikut panduan lengkap untuk anda

    Ibu bapa harus lebih bijak pilih buaian elektrik untuk si kecil, berikut panduan lengkap untuk anda

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.