X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Enggan Ke Sekolah Kerana Gangguan Rakan Sekelas, Tindakan Ibu Ini Wajar Dipuji

4 min bacaan
Anak Enggan Ke Sekolah Kerana Gangguan Rakan Sekelas, Tindakan Ibu Ini Wajar Dipuji

Kawan sekolah adalah individu yang rapat dengan anak-anak di sekolah. Pergaulan ini boleh beri pengaruh positif atau negatif kepada anak

Musim persekolahan sudah beberapa penggal bermula. Jika diimbas beberapa bulan yang lalu, kegembiraan anak mula terserlah kerana akhirnya mereka akan belajar seperti biasa di sekolah. Berjumpa dengan kawan sekolah adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kawan sekolah buli anak boleh beri tekanan emosi
  • Tanda-tanda anak dibuli di sekolah
  • Bagaimana buli boleh menganggu psikologi anak

Namun begitu, kegembiraan yang dirasai mula terganggu apabila anak rasa tidak selamat berada di sekolah disebabkan oleh beberapa faktor.

Misalnya gangguan rakan sekelas, takutkan pada guru yang garang atau perasaan bimbang untuk ke tandas bersendirian.

Kawan sekolah buli anak boleh beri tekanan emosi

Definisi buli membawa maksud sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang. Ia melibatkan serangan fizikal, ancaman, mencuri, peras ugut, dan penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman, dan gangguan seksual.

kawan sekolah

Kredit : FB DeLina Parfum N Cookies

Pernah atau tidak ketika pulang dari sekolah, anak-anak bercerita tentang kawan sekolah yang membuatnya rasa tidak selesa atau selamat?

Perkongsian ini dikongsi di media sosial, DeLina Parfum N Cookies oleh seorang ibu yang anaknya dibuli.

Dari ringkasan status itu, jelas yang anaknya mengadu tentang ada rakan yang sering menggangu dan mengambil alat-alat tulisnya dengan paksa. Perkara ini membuatkan anaknya mula tertekan dan tidak mahu ke sekolah lagi.

“Mama, adik tak nak pergi sekolah lagi. Kawan suka ejek adik.” 

“Abang, takutlah ayah. Dekat sekolah semua orang ganggu abang.”

Dialog-dialog ringkas seperti ini kadang kala kita kurang peka. Lagi bertambah teruk sekiranya kita sendiri mempunyai mindset, “apa budak-budak mampu buat?” atau “biasalah tu gurau budak-budak”.  

Apa yang dilakukan oleh ibu ini sangat bijak.

Dia mendapatkan bantuan guru-guru di sekolah terutamanya guru Penolong Kanan Hal Ehwal (HEM) murid untuk menyelesaikan isu ini secara dalaman. Tambahan lagi, setiap kali anaknya pulang dari sekolah, perkara pertama yang akan ditanya adalah, “bagaimana dia di sekolah hari ini?”. 

Dengan nasihat dan bantuan dari guru-guru, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat di peringkat awal. Rakan yang membuli juga sudah meminta maaf dan berjanji tidak mahu menganggunya lagi. 

Tanda-tanda anak dibuli disekolah

Jika kita mahu membantu anak-anak yang sedang dibuli, maka penting sekali jika kita menyedari punca masalah itu pada awal waktu. Seandainya kita mula menghidu gejala yang tidak normal dalam diri anak, perhatikan tanda-tanda ini untuk memastikan adakah anak kita menjadi mangsa buli disekolah. Antara tanda-tandanya seperti:

  • Anak mula tidak mahu pergi ke sekolah
  • Anak menjadi pendiam tiba-tiba dan berhenti dari berkomunikasi dengan rakan-rakan
  • Mood anak berubah secara mendadak
  • Sering mengadu kesihatan tidak baik
  • Kerap menghadapi masalah untuk tidur
  • Sering pulang dalam keadaan kelaparan
  • Selalu mengelak untuk pergi ke tandas sekolah
  • Barang dan harta bendanya hilang dan rosak
  • Lebam dan lecet kelihatan pada badan anak
  • Perkembangan dalam pelajaran mula merosot
  • Mudah mengeluarkan kemarahannya kepada ibu bapa atau adik beradik
  • Sering tergesa-gesa untuk pulang

Bagaimana buli boleh menganggu psikologi anak

Secara umumnya, isu buli boleh memberi kesan yang mendalam kepada mangsanya. Mangsa buli akan mendapat kesan jangka masa pendek dan panjang. 

Kajian mendapati mangsa yang sering dibuli akan mengalami satu atau lebih daripada kecenderungan seperti ketidak hadiran ke sekolah yang kronik, penurunan prestasi akademik, peningkatan perasaan untuk menentang, kesunyian, rasa disingkirkan dan timbul rasa ingin membunuh diri.

 Malah anak yang terlibat ini juga akan mula berasa rendah diri, malu, dan sedih disebabkan ejekan sehingga mereka mudah rasa tersinggung dan tidak yakin. Walaupun buli yang berlaku hanya berbentuk lisan seperti ejekan tetapi ia membawa kesan yang sama seperti deraan fizikal atau seksual.

Inisiatif yang paling tepat sebagai ibu bapa, kita haruslah peka dengan perkembangan dan perubahan anak-anak. Jangan sesekali mengambil sambil lewa setiap aduan atau luahan mereka dengan menganggap kanak-kanak tidak akan ada masalah.

Setiap peringkat umur manusia, kita akan menghadapi pelbagai jenis masalah hanya sahaja yang membezakannya adalah masalah itu berubah mengikut peringkat umur dan kemampuan.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Beri perlindungan dan sokongan supaya mereka tidak berkurang keyakinan dalam diri. Fahamkan mereka tentang bagaimana untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dengan cara yang sihat. 

Facebook, Bernama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Dipulau Kawan-Kawan Sekolah Kerana Beg Smiggle, Rupanya Gimik Marketing Sahaja!

Baca juga:  Remaja Terjun Bangunan Tingkat 5 Selepas Ditampar Ibu Depan Kawan-Kawan Sekolah

Baca juga: Gelagat Kanak-Kanak Berkenalan Di Balkoni Cuit Hati Netizen, Ini Tips Ajar Anak Berkawan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Hannani Juhari

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Anak Enggan Ke Sekolah Kerana Gangguan Rakan Sekelas, Tindakan Ibu Ini Wajar Dipuji
Kongsikan:
  • Comelnya Cekak Rambut Baby Ni! Ibu, Ini Antara Pilihan Cekak Yang Selesa dan Selamat Dipakai

    Comelnya Cekak Rambut Baby Ni! Ibu, Ini Antara Pilihan Cekak Yang Selesa dan Selamat Dipakai

  • Bayi 4-6 Bulan Tak Tahu Nak Bagi Mainan Apa? Ini Antara Mainan Terbaik Untuk Perkembangan Anak Anda

    Bayi 4-6 Bulan Tak Tahu Nak Bagi Mainan Apa? Ini Antara Mainan Terbaik Untuk Perkembangan Anak Anda

  • Ada Kesan Darah Pada Lampin, Ibu Cemas Bayi Perempuan Baru Lahir Datang Haid 10 Hari

    Ada Kesan Darah Pada Lampin, Ibu Cemas Bayi Perempuan Baru Lahir Datang Haid 10 Hari

  • Comelnya Cekak Rambut Baby Ni! Ibu, Ini Antara Pilihan Cekak Yang Selesa dan Selamat Dipakai

    Comelnya Cekak Rambut Baby Ni! Ibu, Ini Antara Pilihan Cekak Yang Selesa dan Selamat Dipakai

  • Bayi 4-6 Bulan Tak Tahu Nak Bagi Mainan Apa? Ini Antara Mainan Terbaik Untuk Perkembangan Anak Anda

    Bayi 4-6 Bulan Tak Tahu Nak Bagi Mainan Apa? Ini Antara Mainan Terbaik Untuk Perkembangan Anak Anda

  • Ada Kesan Darah Pada Lampin, Ibu Cemas Bayi Perempuan Baru Lahir Datang Haid 10 Hari

    Ada Kesan Darah Pada Lampin, Ibu Cemas Bayi Perempuan Baru Lahir Datang Haid 10 Hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.