X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Penderaan Emosi dalam Rumah Tangga: Ini Tanda-Tanda Emosi Anda Didera Secara Halus

5 min bacaan
Penderaan Emosi dalam Rumah Tangga: Ini Tanda-Tanda Emosi Anda Didera Secara Halus

Adakah anda mendapat penderaan emosi dalam rumah tangga? Bagaimana anda boleh tahu bahawa anda didera? Baca selanjutnya mengenai penderaan emosi disini.

Penderaan emosi dalam rumah tangga? Biasa tidak anda mendengarnya? Betul atau tidak, jika kami katakan bahawa kadang-kala seseorang pasangan itu tidak tahu bahawa mereka sebenarnya mengalami masalah penderaan. Bukan dari segi fizikal tetapi ini melibatkan emosi seseorang. 

Kalau dari segi fizikal, ianya mudah untuk dilihat. Kita merujuk kepada kes keganasan rumah tangga yang kian menular sekarang ini. Terdapat kesan penderaan yang begitu jelas pada tubuh badan. Tetapi apabila kita berbicara dari soal emosi. Ianya sangat sangat sukar untuk dilihat lebih-lebih lagi apabila mangsa pandai menyembunyikannya.

Walaupun, penderaan emosi mungkin dilihat tidak sama seperti penderaan fizikal yang mana sakitnya terlihat pada zahir. Tetapi jangan sesekali menafikan sakit pada penderaan emosi dan mental yang mana ianya mungkin jauh lebih memedihkan berbanding sakit fizikal.

Bak kata pepatah, luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu.

Apakah yang dimaksudkan dengan penderaan emosi?

penderaan emosi

Kredit: Pexels

Penderaan emosi adalah penderaan dari segi bentuk lisan dengan cara menggunakan kata-kata untuk mengkritik, memalukan, menyalahkan dan memanipulasi pasangan. Apa yang berlaku adalah apabila pasangan anda sentiasa memberikan kata-kata negatif kepada anda.

Lantas menyebabkan anda mula hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai mahupun diri sendiri. Malah, ianya turut merosakkan kesihatan mental pasangan. 

Penderaan emosi dalam rumah tangga adalah sangat berbahaya dan sukar dikenal pasti. Tetapi yang pasti, ianya adalah pembunuh secara senyap. Mungkin pada saat anda terkena penderaan ini, ianya tidak memberikan impak kepada diri anda. Tetapi, lama kelamaan apabila ianya dibiarkan, ianya boleh memakan diri. 

Mengapa mangsa penderaan emosi tidak sedar bahawa dirinya di dera?

penderaan emosi

Kredit: Pexels

Memang ada dalam kalangan mangsa yang didera dari segi emosi ini tidak langsung mengetahui bahawa dirinya sedang mengalami penderaan mental. Si pelakunya lebih terdorong untuk terus melakukan penderaan ini tanpa mengambil kira perasaan orang yang didera.

Seperti isteri yang sering terasa dengan kata-kata keji suami tetapi menganggapnya bahawa ia perkara biasa dan menganggapnya sebagai asam garam dalam rumah tangga.

“Tak apalah dia cakap macam tu. Dia tak sengaja.”

“Aku yang salah sebab buat dia macam tu”

“Janji ada suami. Tak apa dia kan suami.”

Aduhai, sayang seribu kali sayang. Penderaan emosi merupakan satu rantaian yang sukar untuk diputuskan apabila orang yang merasainya tidak menyedari bahawa mereka telah didera.

Bagi mereka yang mengalami perasaan rendah diri yang sangat tinggi, mereka akan sentiasa terperangkap dalam hubungan ini. Mereka berasa sangat terluka tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk melarikan diri. Salah satu sebabnya kerana masih berasa sayang tetapi aduhai, diri sendiri pula yang tersiksa.

Tanda penderaan emosi wujud dalam rumah tangga

penderaan emosi

Kredit: Pexels

Jika anda mengalami satu atau lebih daripada tanda penderaan emosi ini, anda sememangnya telah terperangkap dalam satu hubungan yang toksik. Jom kita baca. 

#1 Sentiasa mempunyai jangkaan yang tidak realisitik terhadap anda

Ini sentiasa berlaku apabila pasangan sentiasa demand dan mengharapkan sesuatu daripada anda. Kadang kala, jangkaannya itu tidak logik dan sentiasa perlu mengutamakan pasangan.

Antaranya ciri pasangan menepati kehendak begini adalah:

  • Sentiasa mahu anda mendengar kehendak dan kata-katanya
  • Sentiasa mahu menghabiskan masa bersama anda sepanjang masa
  • Kritik anda bila anda tidak melaksanakan tugas mengikut kehendak dan jangkaannya
  • Tidak mendengar pandangan anda dan anda tidak boleh beri pandangan sendiri

#2 Cuba mengawal anda

Ciri ini juga jelas terlihat pada pasangan yang suka memanipulasi emosi anda. Ciri-ciri tersebut adalah:

  • Kawal pergerakan anda dan siapa anda hendak berjumpa
  • Lihat siapa yang anda mesej dan kawal dengan siapa anda boleh mesej
  • Sentiasa buruk sangka dengan anda dengan menyangkakan bahawa anda curang
  • Sentiasa kritik keluarga dan kawan-kawan anda
  • Gunakan alasan cemburu dan sayang apabila anda mengkritik tindakan pasangan anda

#3 Sengaja cari masalah

Pernah tak anda berdepan dengan pasangan yang sentiasa cuba bergaduh dengan anda? Ini adalah satu daripada ciri-cirinya.

  • Sengaja cari salah anda
  • Hilang mood secara tiba-tiba dan sentiasa naik marah
  • Cakap tidak serupa bikin

#4 Tidak mengendahkan perasaan anda

Ini antara perkara yang sentiasa pasangan cuba lakukan untuk mendera emosi anda. Apa yang anda perlu tahu adalah mereka akan cuba buat perkara begini.

  • Tidak terima apa yang anda rasakan dan menganggap bahawa ia adalah perkara remeh temeh.
  • Sentiasa tuduh anda terlalu emosi atau terlalu sensitif kerana balik-balik anda asyik menangis
  • Tuduh anda bersikap pentingkan diri dan tidak pentingkan perhubungan hanya kerana anda beritahu kemahuan anda

#5 Berlagak hebat

Pasangan sebegini sentiasa menganggap diri mereka hebat dalam setiap perkara. Tanda-tandanya ialah:

  • Merasa diri mereka betul dalam semua perkara
  • Tidak mendengar langsung cakap anda dan menganggap anda bodoh
  • Sentiasa salahkan anda bila mereka salah
  • Sentiasa bercakap sinis dengan anda
  • Selalu ingat mereka betul

Adakah anda mangsa penderaan emosi?

Jika anda merasa kecewa, sering berasa tidak yakin dengan diri sendiri, sedih, murung dan mengalami tekanan tinggi. Anda sememangnya telah menjadi mangsa penderaan emosi dalam rumah tangga dan besar kemungkinan, anda mengalami tahap penderaan emosi yang tinggi. 

Bangkit dan bangunlah! Jangan biarkan diri anda berterusan dipijak oleh pasangan anda!

Rujuk pakar kaunseling atau pakar berkaitan untuk memulihkan diri anda. Ingat kesihatan mental anda penting.

Sumber: Verywellmind

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Bila Rumah Tangga Tidak Bahagia, Usahlah Menyalahkan Diri & Belajar Untuk Redha

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Penderaan Emosi dalam Rumah Tangga: Ini Tanda-Tanda Emosi Anda Didera Secara Halus
Kongsikan:
  • Jika Anak Alami Penderaan Emosi Masa Kecil, Mereka Akan Membesar Seperti Ini

    Jika Anak Alami Penderaan Emosi Masa Kecil, Mereka Akan Membesar Seperti Ini

  • Bangkitlah! Keluar Daripada Kemelut Rumahtangga Tidak Bahagia

    Bangkitlah! Keluar Daripada Kemelut Rumahtangga Tidak Bahagia

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Jika Anak Alami Penderaan Emosi Masa Kecil, Mereka Akan Membesar Seperti Ini

    Jika Anak Alami Penderaan Emosi Masa Kecil, Mereka Akan Membesar Seperti Ini

  • Bangkitlah! Keluar Daripada Kemelut Rumahtangga Tidak Bahagia

    Bangkitlah! Keluar Daripada Kemelut Rumahtangga Tidak Bahagia

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.