TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kesihatan Mental Remaja Perempuan Lebih Rendah Berbanding Anak Lelaki- Kajian

5 min bacaan
Kesihatan Mental Remaja Perempuan Lebih Rendah Berbanding Anak Lelaki- Kajian

Kesihatan mental remaja terjejas disebabkan banyak perkara kerana tekanan atau trauma. Ibu ayah perlu ambil perhatian kesihatan mental anak

Sejak dua tahun lalu di mana bermulanya kuarantin dari gejala Covid-19, berita-berita banyak melaporkan tentang kesihatan mental rakyat seluruh dunia kian merudum, baik dewasa mahupun kanak-kanak. Kini, dengan pelaksanaan PdPR, kita dapat melihat kesihatan mental remaja yang makin merendah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kesihatan mental remaja anda perlu ibu ayah ambil tahu, lagi-lagi anak perempuan
  • Ibu ayah jangan pinggirkan kesihatan mental remaja, peka jika ada perubahan
  • Kesihatan mental remaja perempuan lebih rendah berbanding lelaki, apakah puncanya?

Ramai orang beranggapan bahawa kanak-kanak dan remaja tidak berkemungkinan mempunyai masalah kesihatan mental kerana mereka masih terlalu muda dan tiada masalah untuk difikirkan. Jangan sesekali fikir sebegitu, terutamanya ibu ayah!

Kesihatan mental remaja anda perlu ibu ayah ambil tahu, lagi-lagi anak perempuan

Menurut satu kajian di London baru-baru ini, telah didapati bahawa remaja perempuan lebih cenderung untuk mempunyai masalah kesihatan mental disebabkan tahap kesihatan mental remaja perempuan yang lebih rendah berbanding lelaki sebanyak tiga kali ganda.

kesihatan mental remaja perempuan kerana sosial media

Ini berpunca dari kekurangan tidur dan kurangnya waktu bersenam. Remaja perempuan lebih memperuntukkan masa untuk sosial media berbanding mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kajian juga mendapati bahawa 45 peratus remaja perempuan didapati kurang tidur kerana terjaga pada waktu malam untuk memberi tumpuan kepada pelajaran dalam hari tertentu, berbanding 33 peratus remaja lelaki.

Pada masa yang sama, sebanyak 22 peratus remaja perempuan dilaporkan mempunyai emosi negatif seperti kesedihan dan kebimbangan berbanding hanya tujuh peratus remaja lelaki.

Masalah kesihatan mental yang teruk boleh menganggu kehidupan seharian seseorang individu, dan bagi para remaja, ia boleh menganggu pelajaran serta menyebabkan mereka membesar dan membawa masalah kesihatan tersebut hingga ke dewasa jika tidak dikawal dari awal.

Ibu ayah jangan pinggirkan kesihatan mental remaja, peka jika ada perubahan

Anak-anak mungkin tidak akan bercerita tentang masalahnya dengan ibu dan ayah, namun seringkali kita mendengar berita ngeri dan menyayat hati tentang para remaja yang memilih untuk mengambil nyawa sendiri akibat tekanan dan kemurungan.

Ibu ayah perlulah cakna dengan emosi anak-anak dan jangan sentiasa tolak tepi sekiranya mereka bercerita dengan anda. Jika anak-anak mula bercerita dengan ibu ayah, ia bermakna mereka rasa selamat dengan anda dan jika anda kerap kali mengambil remeh aduan mereka, maka anak remaja anda juga akan lebih cenderung untuk memendam rasa sendiri sahaja.

anak perempuan perlu rasa selamat dengan ibu ayah

Sebagai ibu dan ayah, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk pastikan kesihatan mental remaja anda stabil.

  • Tidak terlalu memberi tekanan. Salah satu punca utama mengapa remaja lebih mudah mengalami tekanan ialah sebab mereka terlalu stres dengan pelajaran, tambahan pula apabila ibu dan ayah sering menekan mereka untuk menjadi lebih bagus dalam pelajaran. Ibu ayah perlu tahu bahawa jika anak anda tidak berbakat dalam pelajaran akademik, mereka mungkin mempunyai bakat dari segi lain.
  • Mengajak anak berkomunikasi. Anak anda pasti sukar untuk membuka mulut dan bercerita tentang masalah mereka bersama ibu ayah kerana dikhuatiri akan dipandang remeh. Jadi, ibu ayah perlu sentiasa mengajak anak untuk berkomunikasi supaya mereka akan rasa selesa dan akan cenderung untuk bercerita bersama anda.
  • Galakkan pergaulan yang sihat. Anda tidak perlu terlalu mengongkong anak anda! Biarkan mereka belajar bergaul dan bersosial bersama rakan-rakan sebaya. Tugas anda hanyalah memantau mereka dan mengalakkan mereka bergaul dengan sihat, dan didiklah mereka tentang baik buruk supaya mereka lebih berwaspada apabila berada di dunia luar sesudah menginjak dewasa.
  • Ambil perhatian persekitaran sekolah anak. Kadang-kala, remaja mungkin berasa murung kerana persekitaran sekolah mereka. Anak anda mungkin seorang mangsa buli, namun mereka tidak ceritakannya pada anda. Ambillah perhatian tentang kehidupan anak di sekolah dan ambil tindakan sekiranya anda mendapati bahawa anak dibuli atau berasa tertekan di sekolah.
  • Bekerjasama untuk mengawal konflik. Si manja anda mungkin mengalami konflik dalaman yang mereka mempunyai masalah untuk selesaikannya. Sekiranya anda mengetahui apakah konflik tersebut, duduklah dengan anak dan bincangkan tentangnya. Bekerjasamalah bersama anak untuk selesaikan masalah tersebut, berbanding memarahi dan menyalahi anak.

Kesihatan mental anak perempuan lebih rendah berbanding lelaki, apakah puncanya?

Seperti yang kita ketahui, menurut kajian remaja perempuan lebih cenderung untuk menghidap masalah kesihatan mental kerana gaya hidup yang tidak sihat. Namun, ada beberapa faktor lain yang boleh jadi penyumbang mengapa seorang remaja perempuan lebih cenderung menghadapi masalah kesihatan mental.

  • Trauma. Perempuan lebih cenderung untuk mempunyai trauma dari berbagai-bagai peristiwa baik dari deraan secara emosi, fizikal atau lebih teruk lagi, seksual. Trauma dari peristiwa-peristiwa ini boleh membuatkan seorang remaja menjadi murung dan hilang keyakinan diri.
  • Persekitaran rumah yang tidak stabil. Persekitaran rumah yang tidak stabil dan selamat boleh menyebabkan para remaja berasa tertekan, lalu memberi kesan kepada kesihatan mentalnya. Sehingga mereka menginjak dewasa, mereka tidak akan berasa selamat berada dalam rumah sendiri.

keselamatan rumah beri kesan kesihatan mental remaja

  • Tekanan dari orang sekeliling. Menjadi seorang perempuan bukanlah suatu perkara yang mudah. Ramai orang akan berharap bahawa remaja perempuan tersebut aku menjadi begitu atau begini, dan ini akan menyebabkan remaja berkenaan berasa seperti kehilang identiti sendiri lalu akan mula hilang keyakinan diri.

Bagi ibu ayah yang mempunyai anak remaja, baik perempuan mahupun lelaki, ambillah perhatian dengan kesihatan mental anak dan jadikanlah rumah sebagai suatu tempat yang selamat bagi mereka.

Ibu ayah juga perlu memastikan anda berdualah tempat untuk anak berteduh ketika dia berasa seperti dirinya keseorangan.

Stories Rakan Kongsi
The Importance Of Nutrient Absorption For Growing Kids
The Importance Of Nutrient Absorption For Growing Kids
Starting Your Child on Solids: Is Organic Baby Food Better?
Starting Your Child on Solids: Is Organic Baby Food Better?
Parents, Do You Know Why You Should Keep Your Child At Home If They Have Diarrhoea?
Parents, Do You Know Why You Should Keep Your Child At Home If They Have Diarrhoea?
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive

Utusan, Polaris Teen Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berhentilah Jadi People Pleaser, Anda Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang, Boleh Efek Kesihatan Mental!

Baca juga: Keadaan Mental Anak Yang Sihat Banyak Bergantung Kepada Ibu Ayah

Baca juga: Ibu Ayah Hilang Pendapatan Kerana Covid-19 Cenderung Menjejaskan Kesihatan Mental Anak Di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Remaja
  • /
  • Kesihatan Mental Remaja Perempuan Lebih Rendah Berbanding Anak Lelaki- Kajian
Kongsikan:
  • KAJIAN: Terlalu Banyak Terdedah Dengan Skrin, Remaja & Kanak-Kanak Di Malaysia Alami Gejala Kemurungan

    KAJIAN: Terlalu Banyak Terdedah Dengan Skrin, Remaja & Kanak-Kanak Di Malaysia Alami Gejala Kemurungan

  • Dua Gadis Ketakutan Diganggu 'Bapa Orang' Di Taman, Pentingnya Ajar Anak Seni Pertahankan Diri!

    Dua Gadis Ketakutan Diganggu 'Bapa Orang' Di Taman, Pentingnya Ajar Anak Seni Pertahankan Diri!

  • Usia 8 Tahun Keyakinan Makin Merosot: Tips Menjadikan Anak Perempuan Lebih Berkeyakinan!

    Usia 8 Tahun Keyakinan Makin Merosot: Tips Menjadikan Anak Perempuan Lebih Berkeyakinan!

  • KAJIAN: Terlalu Banyak Terdedah Dengan Skrin, Remaja & Kanak-Kanak Di Malaysia Alami Gejala Kemurungan

    KAJIAN: Terlalu Banyak Terdedah Dengan Skrin, Remaja & Kanak-Kanak Di Malaysia Alami Gejala Kemurungan

  • Dua Gadis Ketakutan Diganggu 'Bapa Orang' Di Taman, Pentingnya Ajar Anak Seni Pertahankan Diri!

    Dua Gadis Ketakutan Diganggu 'Bapa Orang' Di Taman, Pentingnya Ajar Anak Seni Pertahankan Diri!

  • Usia 8 Tahun Keyakinan Makin Merosot: Tips Menjadikan Anak Perempuan Lebih Berkeyakinan!

    Usia 8 Tahun Keyakinan Makin Merosot: Tips Menjadikan Anak Perempuan Lebih Berkeyakinan!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham