TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

KAJIAN: Terlalu Banyak Terdedah Dengan Skrin, Remaja & Kanak-Kanak Di Malaysia Alami Gejala Kemurungan

4 min bacaan
KAJIAN: Terlalu Banyak Terdedah Dengan Skrin, Remaja & Kanak-Kanak Di Malaysia Alami Gejala Kemurungan

Kaji selidik mendapati gejala kemurungan muncul pada kanak-kanak yang terdedah dengan skrin terlalu lama ketika pandemik.

Pandemik Covid-19 bukan saja memberi kesan kepada dewasa, golongan kanak-kanak dan remaja juga tidak terkecuali menjadi mangsanya. Antara kesan pandemik ini termasuklah timbulnya gejala kemurungan.

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) mengumumkan hasil kaji selidik ‘Kehidupan Dalam Talian Kanak-Kanak Semasa COVID-19: Nilai & Cabaran 2021’ memberikan perincian tentang kehidupan digital belia semasa pandemik ini.

Usaha ini merupakan kaji selidik ketiga Yellow Heart Digi yang mengemukakan pengalaman golongan muda dalam aspek keselamatan dalam talian, kesejahteraan mental dan pemupukan kemahiran masa hadapan.

Gejala kemurungan pada remaja, kanak-kanak Malaysia semakin timbul sejak pandemik

Gejala kemurungan

Kredit foto: DiGi

Bersama-sama Universiti Sunway sebagai rakan penyelidikan Digi, kaji selidik ini melibatkan penyertaan 1,746 pelajar berumur bawah 21 tahun di seluruh negara dari Ogos hingga September 2021.

Ketua Bahagian Kelestarian Digi, Philip Ling berkata hasil penyelidikan ini akan membimbing inisiatif Digi pada masa akan datang untuk menambah baik kesejahteraan digital belia memandangkan penggunaan digital kini merupakan tunjang utama dalam kehidupan mereka.

“Sebagai penyedia perkhidmatan digital, Digi mempunyai tanggungjawab untuk mengenal pasti risiko dan bahaya digital yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak dalam talian serta melindungi mereka.

Oleh itu, kaji selidik ini memberi peluang untuk memupuk kemahiran masa hadapan dan mengadakan lebih banyak program mengenai pembinaan kapasiti kanak-kanak supaya dapat meningkatkan daya tahan digital mereka serta menggalakkan penyertaan digital,” katanya.

71% kanak-kanak luang masa lebih banyak masa skrin sejak pandemik

Gejala kemurungan

Kaji selidik mendapati 71% kanak-kanak meluangkan lebih banyak masa skrin sejak pandemik, dengan 89% kanak-kanak menggunakan telefon pintar untuk melayari internet manakala 36% responden menggunakan komputer riba dan hanya 22% menggunakan komputer meja.

Responden yang lebih muda telah melaporkan bahawa mereka menghabiskan sebahagian besar masa untuk e-pembelajaran manakala kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas mula meluangkan lebih banyak masa melayari media sosial dan platform penstriman video untuk berhubung dengan rakan mereka di samping mengikuti trend terkini.

Walaupun 61% responden bersetuju bahawa buli siber masih merupakan isu besar yang dihadapi, kaji selidik menunjukkan buli dalam talian telah berkurangan sedikit iaitu 8% responden mengalami buli siber sebelum pandemik, tetapi hanya 5% mengatakan mereka mengalami buli siber sejak pandemik bermula.

Ibu bapa perlu ajar anak lindung diri dari buli dalam talian

50% daripadanya melaporkan mereka menghadapi buli dalam talian sekurang-kurangnya sekali seminggu, terutamanya daripada media sosial dan platform pemesejan.

Hanya 42% mengatakan bahawa mereka telah menerima beberapa bentuk bimbingan untuk melindungi diri daripada buli dalam talian, terutamanya daripada ibu bapa, penjaga atau inisiatif yang dikendalikan oleh pihak sekolah.

Sementara itu, 80% kanak-kanak bawah 10 tahun melaporkan bahawa mereka tidak menerima sebarang bentuk latihan perlindungan buli siber. Hal ini
menekankan akan keperluan kolaborasi yang lebih bersepadu oleh kerajaan, industri, penjaga, warga pendidik dan ibu bapa untuk meningkatkan inisiatif melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian dengan lebih baik.

Kanak-kanak, remaja alami kemurungan semasa pandemik

Gejala kemurungan

Walaupun kaji selidik melaporkan bahawa secara amnya, pelajar sekolah di Malaysia menghargai lebihan masa bersama keluarga semasa pandemik ini.

Namun masih terdapat sentimen negatif dalam kalangan mereka kerana kebanyakan kanak-kanak tidak dapat bersosial dengan rakan mereka di sekolah, terutamanya kanak-kanak yang lebih matang dan mereka yang berada di kawasan luar bandar pantai Timur dan di Timur Malaysia.

Kanak-kanak lebih suka kelas online pendek & produktif

Stories Rakan Kongsi
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You
Securing Financial Independence Through Good Work Ethics And Savings
Securing Financial Independence Through Good Work Ethics And Savings
5 Ways To Make Your House Safer When You Have Kids
5 Ways To Make Your House Safer When You Have Kids
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health

46% responden telah mempelajari perkara baharu dalam talian secara aktif melalui platform seperti YouTube dan kelas dalam talian, walaupun mereka berpendapat kelas tersebut perlu dipendekkan dan dijadikan lebih produktif untuk menggalakkan kesihatan fizikal dan mental yang lebih sihat
dalam kalangan pelajar sekolah.

Di samping itu, apabila ditanya mengenai perasaan mereka sepanjang pandemik secara amnya, hampir separuh daripada responden menyatakan mereka tidak dapat merasai perasaan positif dalam hidup, dengan 44% daripadanya mengalami gejala kemurungan yang ringan hingga sangat teruk, seperti yang ditakrifkan mengikut Ujian Saringan Minda Sihat (Depression Anxiety Stress Scale).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mahu Mengelakkan Kemurungan Pada Kanak-Kanak? Kajian Mengatakan Cara Ini Boleh Membantu!

Baca juga: Ibu yang kemurungan boleh beri kesan pada IQ anak, kata kajian

Baca juga: Amalkan Doa Ini Elak Penyakit Kemurungan Yang Sering Ganggu Kehidupan Kini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku remaja
  • /
  • KAJIAN: Terlalu Banyak Terdedah Dengan Skrin, Remaja & Kanak-Kanak Di Malaysia Alami Gejala Kemurungan
Kongsikan:
  • Cara Tambah Tinggi Badan Anak Lelaki & Perempuan, Ibu Ayah Kena Jaga 9 Perkara Ini

    Cara Tambah Tinggi Badan Anak Lelaki & Perempuan, Ibu Ayah Kena Jaga 9 Perkara Ini

  • Perkembangan Sosial Bayi 3 Bulan, Si Kecil Mula Tersenyum Bila Lihat Ibu Ayah

    Perkembangan Sosial Bayi 3 Bulan, Si Kecil Mula Tersenyum Bila Lihat Ibu Ayah

  • Ini Antara Fakta Mengenai Gigi Susu Anak & Bila Gigi Susu Pertama Si Kecil Akan Mulai Gugur. Ibu Ayah, Take Note!

    Ini Antara Fakta Mengenai Gigi Susu Anak & Bila Gigi Susu Pertama Si Kecil Akan Mulai Gugur. Ibu Ayah, Take Note!

  • Cara Tambah Tinggi Badan Anak Lelaki & Perempuan, Ibu Ayah Kena Jaga 9 Perkara Ini

    Cara Tambah Tinggi Badan Anak Lelaki & Perempuan, Ibu Ayah Kena Jaga 9 Perkara Ini

  • Perkembangan Sosial Bayi 3 Bulan, Si Kecil Mula Tersenyum Bila Lihat Ibu Ayah

    Perkembangan Sosial Bayi 3 Bulan, Si Kecil Mula Tersenyum Bila Lihat Ibu Ayah

  • Ini Antara Fakta Mengenai Gigi Susu Anak & Bila Gigi Susu Pertama Si Kecil Akan Mulai Gugur. Ibu Ayah, Take Note!

    Ini Antara Fakta Mengenai Gigi Susu Anak & Bila Gigi Susu Pertama Si Kecil Akan Mulai Gugur. Ibu Ayah, Take Note!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham