X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Perkembangan Sosial Bayi 3 Bulan, Si Kecil Mula Tersenyum Bila Lihat Ibu Ayah

4 min bacaan
Perkembangan Sosial Bayi 3 Bulan, Si Kecil Mula Tersenyum Bila Lihat Ibu Ayah

Perkembangan sosial emosional boleh berlaku ketika beberapa tahun pertama kehidupan si manja dan seawal usia mereka tiga bulan

Perkembangan sosial emosional bayi boleh bermula seawal usia 2 bulan dan ke atas. Ketika ini, si manja menghabiskan banyak masa setiap hari untuk mendengar bunyi serta melihat orang di sekelilingnya.

Si manja belajar bahawa akan sentiasa anda orang yang menghiburkan, menenangkan, memberinya makan, dan membuatnya selesa.

Isi Kandungan

  • Perkembangan sosial emosional bayi 3 bulan
  • Senyuman sebagai tanda perkenalan
  • Contoh perkembangan sosial
  • Cara merangsang perkembangan sosial bayi
  • Tanda bahaya gangguan pada perkembangan sosial

Perkembangan sosial emosional bayi 3 bulan

kemampuan sosial bayi

Semasa bulan pertama kelahirannya, si manja cenderung menangis untuk berkomunikasi dengan ibu ayah. Namun memasuki bulan kedua, perkembangan sosial emosional ini akan bertukar kepada isyarat keseronokan dan keramahan pada orang sekeliling.

Jika anda mula melihat senyuman pertama bayi, maka ia adalah titik perubahan untuk anda berdua.

Semua malam tanpa tidur dan hari-hari yang tidak menentu dalam minggu-minggu pertama ini tiba-tiba kelihatan berbaloi, dan anda akan melakukan segala-galanya untuk mengekalkan senyuman itu!

Bukan itu sahaja, si manja akan menggerakkan bibirnya dan cuba “berbual” dengan anda. Senyuman juga akan menjadi cara selain menangis untuk menyatakan keperluannya.

Semakin bayi dekat dengan ibu ayah dan memberikan senyuman, semakin berkembang otaknya. Bayi anda kini mula menikmati serta menghargai pengalaman baharu ini.

Senyuman sebagai tanda perkenalan

Seperti orang dewasa, bayi anda akan lebih suka orang tertentu. Dan insan kegemaran secara semula jadinya adalah ibu ayah.

Datuk, nenek atau pengasuh yang biasa mungkin menerima senyuman teragak-agak pada mulanya, diikuti oleh coos dan body talk.

Sebaliknya, orang yang tidak dikenali mungkin menerima tidak lebih daripada pandangan ingin tahu atau senyuman sekejap daripada bayi. Tingkah laku selektif ini menunjukkan dia mula memilih siapa dalam hidupnya.

contoh perkembangan sosial bayi

Dalam proses mengenali satu sama lain, si manja akan secara beransur-ansur menahan pandangan kepada anda untuk tempoh yang lebih lama.

Di samping itu menjelang usia tiga bulan, bayi akan menjadi mahir dalam “berkomunikasi melalui senyuman.” Kadang-kadang dia akan memulakan “perbualan” dengan senyuman lebar dan gelak untuk menarik perhatian ibu ayah.

Pada masa lain dia akan menunggu, memerhatikan wajah ibu ayah  sehingga anda memberikan senyuman pertama sebelum membalas respons.

Contoh perkembangan sosial

Ada beberapa contoh perkembangan sosial emosional yang ditunjukkan pada bayi 2 bulan ke atas. Antaranya:

  1. Bercakap- Mengeluarkan bunyi mendekut (cooing)
  2. Ketawa kecil sebagai jawapan kepada anda.
  3. Menangis apabila lapar atau tidak selesa.
  4. Mengeluarkan bunyi berdeguk.
  5. Senyap kepada suara atau sentuhan yang dikenali.
  6. Senyum pada orang.
  7. Seronok dipeluk atau didukung

Cara merangsang perkembangan sosial bayi

Bagi menggalakkan perkembangan sosial emosional bayi, ibu ayah boleh lakukan beberapa perkara berikut:

perkembangan sosial anak ikut usia

Stories Rakan Kongsi
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products
  • Beri respon dan penuhi permintaan si manja dengan segera- Anak mula belajar mempercayai seseorang
  • Buat hubungan mata dengan bayi- Berada dekat dengan si manja dan lakukan hubungan visual apabila anda berinteraksi
  • Berceloteh dan bercakap dengan bayi anda- sentiasa berhenti sebentar untuk membenarkan mereka bertindak balas
  • Main meniru kata-kata dan tindakan
  • Mainkan “peekaboo”—ini mengajar anak bahawa walaupun ibu ayah yang”hilang” sekejap akan kembali semula dan mengurangkan rasa takut pada orang yang tidak dikenali
  • Libatkan bayi anda dalam aktiviti harian seperti menjalankan tugas atau melawat rakan—ini menunjukkan kepada mereka cara anda berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang penuh hormat dan positif

Tanda bahaya gangguan pada perkembangan sosial

Jika anda melihat beberapa perkara berikut pada bayi selepas usia 3 bulan, pertimbangkan untuk berjumpa dengan doktor atau profesional kesihatan lain seperti ahli patologi bahasa pertuturan , ahli terapi cara kerja atau ahli psikologi.

  • Anak tidak memberi tindak balas terhadap bunyi
  • Anak tidak tersenyum walaupun diagah
  • Anak mengelak daripada bersentuhan atau berpelukan
  • Anak tidak dapat ditenangkan pada waktu malam
  • Anak tidak dapat menenangkan dirinya meskipun telah dipujuk
  • Anak tidak berminat dengan permainan seperti peek-a-boo

Healthy Children, Kam Loop Children

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perkembangan Bayi 6 Bulan: Penting Bantu Bayi Rangsang Kemahiran Kognitif

Baca juga:  Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

Baca juga: Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak 2 Tahun, Aktif Meneroka & Sepahkan Rumah Tanda Mereka Bijak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kids
  • /
  • Perkembangan Sosial Bayi 3 Bulan, Si Kecil Mula Tersenyum Bila Lihat Ibu Ayah
Kongsikan:
  • Cara Tambah Tinggi Badan Anak Lelaki & Perempuan, Ibu Ayah Kena Jaga 9 Perkara Ini

    Cara Tambah Tinggi Badan Anak Lelaki & Perempuan, Ibu Ayah Kena Jaga 9 Perkara Ini

  • 10 Aktiviti Motor Kasar Yang Best & Anak Teruja Nak Buat, Bantu Menguatkan Otot Mereka

    10 Aktiviti Motor Kasar Yang Best & Anak Teruja Nak Buat, Bantu Menguatkan Otot Mereka

  • Ini Antara Fakta Mengenai Gigi Susu Anak & Bila Gigi Susu Pertama Si Kecil Akan Mulai Gugur. Ibu Ayah, Take Note!

    Ini Antara Fakta Mengenai Gigi Susu Anak & Bila Gigi Susu Pertama Si Kecil Akan Mulai Gugur. Ibu Ayah, Take Note!

  • Cara Tambah Tinggi Badan Anak Lelaki & Perempuan, Ibu Ayah Kena Jaga 9 Perkara Ini

    Cara Tambah Tinggi Badan Anak Lelaki & Perempuan, Ibu Ayah Kena Jaga 9 Perkara Ini

  • 10 Aktiviti Motor Kasar Yang Best & Anak Teruja Nak Buat, Bantu Menguatkan Otot Mereka

    10 Aktiviti Motor Kasar Yang Best & Anak Teruja Nak Buat, Bantu Menguatkan Otot Mereka

  • Ini Antara Fakta Mengenai Gigi Susu Anak & Bila Gigi Susu Pertama Si Kecil Akan Mulai Gugur. Ibu Ayah, Take Note!

    Ini Antara Fakta Mengenai Gigi Susu Anak & Bila Gigi Susu Pertama Si Kecil Akan Mulai Gugur. Ibu Ayah, Take Note!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.