X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Fikir Sebelum Berkongsi Meme, Ketahui Dampak Negatif Sosial Media Apabila Anda Terlalu Teruja 'Share' Tanpa Selidik!

11 Apr, 2017
Fikir Sebelum Berkongsi Meme, Ketahui Dampak Negatif Sosial Media Apabila Anda Terlalu Teruja 'Share' Tanpa Selidik!

Bukan hanya sekadar foto, ia merupakan foto dengan ayat di atasnya - sebuah meme.

Apakah dampak negatif sosial media apabila anda berkongsi tanpa selidik latar belakang sesuatu meme?

Dampak Negatif Sosial Media: Perkongsian oleh Nathan Timmel, Huffington Post

dampak negatif sosial media

Sebelum ini, saya langsung tidak mempunyai idea tentang apa itu Sindrom Pfeiffer. Pada 30 Mac yang lalu, Khamis, saya sedang bermain Facebook, seseorang telah berkongsi sebuah foto dengan saya. Bukan hanya sekadar foto, ia merupakan foto dengan ayat di atasnya – sebuah meme. Ia merupakan lawak, sesuatu yang tidak wajar, dan ia membuatkan saya tertawa. Foto tersebut merupakan seorang kanak-kanak, matanya seperti terkeluar dan mempunyai jarak antara mata yang lebih besar dari normal. Sekilas pandang, iaitu apa yang saya lakukan, ia kelihatan seperti disunting; gambar tersebut dengan jelasnya telah diubah suai. 

Oleh kerana saya seorang warga Amerika, saya buat apa yang kebanyakan dari kamu buat: bertindak tanpa berfikir. Saya mengetik butang ‘kongsi’ yang terdapat pada semua gambar Facebook, dan itulah dia. Foto itu telah dikongsi oleh saya kepada orang lain. Itu cara Facebook berfungsi bukan? Foto itu mendapat reaksi serta merta; tidak lama kemudian, ia telah dikongsi 50 kali dan menerima lebih 20,000 ribu tatapan. Ia popular! Orang tertawa dan meninggalkan komen, seperti fungsi Facebook: populariti alam maya. Apabila saya menulis atau memuat naik sesuatu yang original – sesuatu yang saya betul-betul impikan dan cipta – saya berharap orang akan kongsikannya. 
Apabila saya bangun keesokannya, salah seorang sahabat saya telah meninggalkan komen di foto tersebut ; pautan sebuah artikel berita.
 
Rupa-rupanya gambar itu tidak diubah suai. Dia merupakan seorang kanak-kanak lelaki, Jamison yang dilahirkan dengan Sindrom Pfeiffer.

Dampak Negatif Sosial Media: Gambar Meme Yang Dicuri

Foto tersebut telah diambil dari sebuah keluarga dan ditukarkan menjadi lawak yang kejap. Mereka telah hidup dengan meme itu selama setahun; setiap kali mereka fikir ia telah hilang, seseorang seperti saya kongsikannya lagi dan membawa kembali kesakitan melihat anak mereka dikutuk oleh orang asing.
Saya telah memadam foto itu serta-merta, namun ia sudah terlambat. Foto itu telah sampai ke ibu bapa kanak-kanak itu. Sekali lagi mereka melewati Facebook untuk berinteraksi dengan keluarga dan kawan-kawan namun disapa oleh satu lagi pusingan episod anak mereka dizalimi. 

Saya tidak mengetahui ini, sudah tentu. Saya jahil, tinggal di dalam dunia sendiri. Sehingga seorang yang saya tidak kenali bernama Karyn berkongsi pautan dengan saya kepada blog by Jamison’s mother. Cerita tentang hidupnya dan kepayahannya.

Saya malu. Saya telah memadam gambar tersebut, namun ini tidak membuatkan saya tidak bersalah. Saya perlu bertanggungjawab dengan perbuatan saya.

Terdapat alamat email pada blog tersebut, jadi saya menghubunginya. Saya terangkan yang saya merupakan orang yang secara tidak sengaja membawa kesakitan semula ke dalam hidup mereka kali ini, dan saya memohon maaf atas tindakan saya. Saya tidak menjangkakan balasan. Apabila seseorang merosakkan kita, kadang-kala ‘maaf’ tidak mencukupi. Tetapi, tidak lama kemudian, saya menerima email. Ibu Jamison merupakan seorang yang sangat pemaaf, dan saya sangat merendah hati dengan kebaikkan dan kelembutannya.
Tetapi dia telah berkata sesuatu yang mengganggu. Sebenarnya, saya memohon maaf adalah sesuatu yang pelik di dalam dunianya; meminta maaf kerana berkongsi jarang diberikan. Lebih teruk, selalunya orang bertindak lebih teruk. Selepas mereka telah memperlekehkan anak itu kerana dia lain, mereka menjadi agresif dan menyalahkan keluarga mereka kerana tidak dapat menerima gurauan. Baca sekali lagi : selepas mengejek anak yang kurang berupaya, mereka berkasar dengan keluarganya pula.
Membaca perkataan itu membuatkan saya terfikir jika kemanusiaan telah mati. Tetapi, apabila anda fikir anda telah berputus asa dengan orang, sesuatu yang baik berlaku.
Karyn bukanlah satu-satunya orang asing yang menghubungi saya; saya menerima separuh dozen mesej dari ibu-ibu di dalam komuniti craniofacial. Mereka sedang berhubung dan meluahkan rasa tidak senang tentang foto original yang saya kongsi. Ramai yang lebih baik dari anda boleh bayangkan, terutamanya seorang wanita bernama Patty. Beliau menghantar gambar anaknya yang cantik, berbincang tentang situasi mereka dengan spontan dan bersemangat, dan berakhir dengan komen: Anak perempuan saya baru berusia lapan tahun, tetapi suatu hari dia akan mengambil alih negara. Dia sedang mencari satu semasa kita sedang bercakap!

 Saya telah bertindak apa yang saya boleh dan memberi respon : Beritahu saya bila dia menjumpainya, saya akan gembira berada di bawah undang-undangnya.

Pengajaran dari perkongsian ini

Apa yang dapat kita pelajari dari perkongsian ini? Selain daripada kita harus lebih bertanggungjawab dengan semua tindakan kita, kita juga harus berhenti sejenak dan berfikir sebelum bertindak.

Kita ambil contoh dari kisah di atas mengenai dampak negatif sosial media. Ya, memang seronok menjadi sensasi di media sosial. Semua orang sukakan apa yang kita kongsikan dan kita mendapat ramai kawan dan peminat alam maya.

Namun, benarkah apa yang kita kongsikan itu memberi manfaat pada orang lain? Adakah ia tidak melukakan hati sesiapa? Dan wajarkah kita kongsikan sesuatu itu?

Sebelum berkongsi sesuatu yang kita tidak pasti, tidak salah jika kita:

  • selidik latar belakang berita, foto atau video yang dikongsikan
  • pastikan berita atau perkara itu benar dan sahih (bukan fitnah semata-mata)
  • periksa dulu jika ia wajar dan perlu dikongsikan (jika sesuatu yang mendatangkan keburukan, lebih baik untuk tidak berbuat demikian)
  • bayangkan jika berita, gambar atau video tersebut mengenai kita, mahukah kita menjadi bahan topik orang lain.

Belum terlambat untuk kita hentikan pembulian kejam di media sosial ini. Semua bermula dari kita. Mari kita berubah 🙂

Stories Rakan Kongsi
Can Financial Management Be Easy? 5 Things You Should Be Doing As A Parent
Can Financial Management Be Easy? 5 Things You Should Be Doing As A Parent
The importance of family togetherness and how to create it
The importance of family togetherness and how to create it
Here Are How Two Doctors Raise Their Child To Be Resilient
Here Are How Two Doctors Raise Their Child To Be Resilient
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Fikir Sebelum Berkongsi Meme, Ketahui Dampak Negatif Sosial Media Apabila Anda Terlalu Teruja 'Share' Tanpa Selidik!
Kongsikan:
  • Anak Anda Pemalu? Ini Cara Berkesan Pupuk Perkembangan Sosial Mereka!

    Anak Anda Pemalu? Ini Cara Berkesan Pupuk Perkembangan Sosial Mereka!

  • Ini Dia Foto-Foto Backstreet Boys dan Anak-anak Mereka yang manis

    Ini Dia Foto-Foto Backstreet Boys dan Anak-anak Mereka yang manis

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Anda Pemalu? Ini Cara Berkesan Pupuk Perkembangan Sosial Mereka!

    Anak Anda Pemalu? Ini Cara Berkesan Pupuk Perkembangan Sosial Mereka!

  • Ini Dia Foto-Foto Backstreet Boys dan Anak-anak Mereka yang manis

    Ini Dia Foto-Foto Backstreet Boys dan Anak-anak Mereka yang manis

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.