X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Dua Gadis Ketakutan Diganggu 'Bapa Orang' Di Taman, Pentingnya Ajar Anak Seni Pertahankan Diri!

8 Sep, 2021
Dua Gadis Ketakutan Diganggu 'Bapa Orang' Di Taman, Pentingnya Ajar Anak Seni Pertahankan Diri!

Perkongsian dua gadis ini mengenai insiden diganggu lelaki 'psiko' membuatkan netizen teringat pengalaman 'ngeri' di sekolah.

Sudah lumrahnya memang lelaki suka mengusik perempuan, tetapi kadangkala tahap usikan itu melampau hingga menyebabkan rasa tidak selesa dan takut. Perkongsian dua gadis mengenai kisah mereka yang diganggu dua lelaki ketika sedang mengambil angin di sebuah taman menarik perhatian netizen malah ada yang hingga teringat nostalgia ketika jadi budak sekolah.

Ketika jadi budak sekolah, bagi pelajar perempuan, apabila perlu lalu di tangga yang selalu jadi port lepak pelajar lelaki, adalah antara perkara paling digeruni.

Biasanya ada saja insiden yang tidak best berlaku seperti tudung ditarik dan sebagainya. Biasalah, perangai budak sekolah suka mengusik. Tapi jika usikan itu tidak keterlaluan, tiada masalah pun, cuma bila sudah timbulkan rasa tidak selesa dan sebagainya, memang mengundang kemarahan.

Teringat nostalgia budak sekolah bila baca perkongsian dua gadis ini

budak sekolah

kredit: ohmymedia

Dua gadis berkenaan menceritakan mengenai perkara itu di laman sosial. Mereka yang sedang duduk santai tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang cuba menganggu mereka.

Lelaki berkenaan malah memaksa mereka memberikan nombor telefon jika tidak dia mengugut tidak mahu beredar. Lelaki berkenaan juga bertindak memanggil rakannya membuatkan kedua-dua gadis itu semakin takut.

Salah seorang daripada lelaki terbabit juga dikatakan seorang bapa yang pernah membawa anaknya bermain di taman berkenaan. 

Mereka bagaimanapun tidak cuba lari kerana bimbang kemungkinan dikejar dan di taman berkenaan juga ramai orang jadi keadaan lebih selamat. 

Terpaksa menyorok untuk selamatkan diri

Lebih menakutkan, kedua-dua lelaki berkenaan cuba mengekori mereka bagaimanapun tidak berjaya kerana mereka tidak memakai topi keledar menyebabkan kedua-dua lelaki itu tidak boleh pergi jauh.

Perkongsian dua gadis ini di TikTok mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya berang dengan perbuatan dua lelaki berkenaan yang dilihat tidak bermoral dan cukup menjengkelkan.

Penting ajar anak ilmu seni mempertahankan diri

Menurut, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Siswazah, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM),
Dr Mahenderan Appukutty, seni mempertahankan diri merupakan cara terbaik untuk anak anda membina kecergasan, disiplin diri dan kemahiran sosial.

Umur yang sesuai untuk bermula adalah sekitar tujuh tahun kerana anak anda sudah mempunyai otot dan kemahiran motor secukupnya untuk mengawal kesemua teknik yang akan dipelajari.

Berikut ialah enam alasan untuk mempelajari seni mempertahankan diri yang sangat baik untuk anak anda tidak kira lelaki atau perempuan.

#1. Membina keyakinan anak 

budak sekolah

kredit: kumparan

Salah satu nilai teras yang terdapat dalam semua bentuk seni mempertahankan diri ialah tumpuan terhadap disiplin diri. Ia juga cara yang baik untuk meningkatkan keyakinan diri dan harga diri anak anda.

Dia juga akan mempelajari sifat-sifat rendah hati dan diajar untuk tidak menyalahgunakan latihan yang dipelajari.

#2. Aktiviti fizikal dan sosial yang baik

Dengan masalah obesiti kanak-kanak yang semakin membimbangkan, seni mempertahankan diri memberi anak anda satu pilihan untuk aktif dalam aktiviti sukan dan satu cara yang sangat baik bagi dia mendapatkan aktiviti fizikal tambahan.

Ia juga memberi anak and banyak peluang untuk bersosial dengan kanak-kanak lain daripada pelbagai kumpulan umur. Fungsi eksekutif seperti kawalan diri, ingatan kerja, fleksibiliti kognitif, daya perhatian yang fokus, dan kemahiran menyelesaikan masalah yang kreatif adalah lebih baik dalam kalangan mereka yang aktif secara fizikal.

#3. Ajar anak capai sasaran

budak sekolah

kredit: smartmama

Kebanyakan seni mempertahankan diri mengukur kecekapan dan kebolehan pengamal berdasarkan sistem pemeringkatan tali pinggang berwarna yang melambangkan tahap kemahiran pemakainya.

Ini membolehkan anak anda mempelajari bagaimana untuk menetap dan mencapai sasaran apabila dia berusaha ke arah mencapai setiap pemeringkatan baharu dengan warna tali pinggang yang berbeza.

Apabila mencapainya, mereka akan berkeyakinan dan gembira.

#4. Belajar terima dan proses arahan

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Sebahagian daripada cabaran menguasai mana-mana seni mempertahankan diri terletak pada kebolehan untuk memahami kemahiran teknikal yang diajar dengan betul.

Ini bermakna bahawa dia perlu belajar bagaimana untuk memberi perhatian dengan mendengar arahan pengajar atau jurulatih.

#5. Ajar anak fokus

Seni mempertahankan diri akan membantu anak anda menajamkan bukan sahaja fizikalnya, tetapi mentalnya juga. Semasa sesi latihan, dia akan mempelajari bagaimana untuk menguasai tubuhnya dengan melakukan pergerakan atau rutin mempertahankan diri tertentu, dan ini akan mengajar dia untuk mengekalkan fokusnya apabila tubuhnya sedang dicabar.

Dengan latihan berterusan, dia akan dapat mengawal minda dan tubuhnya dengan lebih baik. 

#6. Belajar untuk mudah sesuaikan diri dalam pelbagai keadaan

Mempelajari seni mempertahankan diri adalah lebih daripada hanya mempelajari bagaimana untuk memukul sesuatu (atau orang lain).

Separuh daripada persamaannya melibatkan menerima pukulan, yang boleh datang dalam bentuk pukulan sebenar ketika latihan (anda tidak boleh belajar bagaimana untuk memukul tanpa mempelajari bagaimana untuk menyekat atau mempertahankan diri).

Mempelajari bagaimana untuk menyesuaikan diri lebih awal juga akan membantu dia bertindak balas dengan lebih baik dalam kelas seni mempertahankan diri dan juga dalam kehidupan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto ohmymedia

Baca juga: Polis Dituduh Rogol Gadis, Ini 5 Teknik Ajar Anak Anda Pertahankan Diri Mereka

Baca juga: Langkah-langkah mempertahankan diri untuk kanak-kanak

Baca juga: 9 Cara Ajar Anak Membaca Dengan Mudah & Berkesan Ibu Ayah Wajib Baca!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Dua Gadis Ketakutan Diganggu 'Bapa Orang' Di Taman, Pentingnya Ajar Anak Seni Pertahankan Diri!
Kongsikan:
  • Bayi Minum Susu Banyak Kali Biasa Berlaku Pada Usia 3 Hingga 6 Minggu, Ibu Jangan Terlalu Risau

    Bayi Minum Susu Banyak Kali Biasa Berlaku Pada Usia 3 Hingga 6 Minggu, Ibu Jangan Terlalu Risau

  • Rangkaian Nama Bermula Huruf P Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Ringkas Dan Menarik

    Rangkaian Nama Bermula Huruf P Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Ringkas Dan Menarik

  • Magnetic Toys Boleh Jadi Mainan Yang Menyeronokkan, Malah Menggalakkan Minat Anak Terhadap Bidang STEM!

    Magnetic Toys Boleh Jadi Mainan Yang Menyeronokkan, Malah Menggalakkan Minat Anak Terhadap Bidang STEM!

  • Bayi Minum Susu Banyak Kali Biasa Berlaku Pada Usia 3 Hingga 6 Minggu, Ibu Jangan Terlalu Risau

    Bayi Minum Susu Banyak Kali Biasa Berlaku Pada Usia 3 Hingga 6 Minggu, Ibu Jangan Terlalu Risau

  • Rangkaian Nama Bermula Huruf P Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Ringkas Dan Menarik

    Rangkaian Nama Bermula Huruf P Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Ringkas Dan Menarik

  • Magnetic Toys Boleh Jadi Mainan Yang Menyeronokkan, Malah Menggalakkan Minat Anak Terhadap Bidang STEM!

    Magnetic Toys Boleh Jadi Mainan Yang Menyeronokkan, Malah Menggalakkan Minat Anak Terhadap Bidang STEM!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.