X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Berhentilah Jadi People Pleaser, Anda Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang, Boleh Efek Kesihatan Mental!

4 min bacaan
Berhentilah Jadi People Pleaser, Anda Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang, Boleh Efek Kesihatan Mental!

Sering rasa mahu puaskan hati orang di sekeliling? Anda mungkin ada tanda seorang people pleaser. Berhentilah, ia tidak baik untuk anda.

Adakah anda seorang yang sangat susah untuk katakan ‘tidak’ kepada orang lain? Anda juga sering rasa bersalah setiap kali terpaksa berkata tidak? Ini adalah tanda-tanda anda seorang people pleaser.

Menjadi people pleaser memang akan disenangi oleh orang lain, tetapi ia sebenarnya tidak baik untuk mental anda. Malah ada kajian mengatakan mereka inis sebenarnya pernah mengalami trauma.

Ramai yang menganggap adalah perlu untuk sentiasa membantu orang lain, tetapi sebenarnya anda berhak untuk berkata tidak jika anda sebenarnya tidak selesa atau apa saja yang anda rasa.

Apa itu people pleaser ?

people pleaser

kredit: those london chicks

People pleaser adalahs seseorang yang selalu berusaha untuk membuatkan orang lain gembira walaupun dia terpaksa ‘mengorbankan’ dirinya sendiri tidak kiralah daripada segi masa, tenaga dan apa saja.

Mereka ini biasanya akan dianggap sebagai orang yang suka membantu dan baik hati oleh semua orang kerana dia ada saja untuk membantu dan susah untuk berkata tidak. 

Jika anda merasakan diri anda seperti people pleaser anda mungkin adalah orang yang sangat menyenangkan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, tetapi sampai kepada satu tahap ia akan memberi kesan kepada kesihatan mental anda.

People pleaser akan meletakkan kepentingan orang lain lebih daripada dirinya sendiri. Menurut kajian, besar kemungkinan ia terjadi kerana keigininan mahu diri diiktiraf dan penting selain mahu memberi manfaat kepada orang lain.

Ada juga kajian mendapati people pleaser ini akan rasa senang hati apabila mendapat pengiktirafan dari orang lain atas bantuan yang diberikan kerana ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka. 

Kenapa orang menjadi people pleaser?

Antara kemungkinan dan penyebab kepada orang menjadi people pleaser adalah kerana mereka trauma atau ia sudah diterapkan sejak daripada kecil lagi.

Ia boleh terjadi apabila rasa percaya pada diri rendah. Mereka ini biasanya sering kurang keyakinan diri, jadi akan cuba membuat orang lain sentiasa senang hati walaupun mendatangkan kesusahan kepada mereka. 

Lebih menyedihkan, kadang kala mereka ini tidak sedar apa yang dibuat itu akhirnya memakan diri dan mengganggu mental sendiri. Malah orang lain akan mudah ambil kesempatan kepada mereka.

Tanda-tanda anda seorang people pleaser

people pleaser

kredit: babyology

Ada beberapa tanda yang boleh menunjukkan dengan jelas bahawa seseorang itu adalah people pleaser. Ia termasuklah:

#1. Sering meminta maaf

Tiada hari yang berlalu tanpa anda meminta maaf walaupun bukan salah anda. Anda selalu saja bersedia untuk dipersalahkan walaupun tiada keperluan ke arah itu. 

Anda sering berfikir lebih baik meminta maaf daripada orang tidak dapat menerima anda dan akhirnya membenci anda. Anda lebih lebih menggalas kesalahan walaupun bukan anda yang sepatutnya bertanggungjawab.

#2. Sering mahu puaskan hati orang lain

Sebenarnya anda bukanlah mahukan sangat pujian, tetapi anda mahu penerimaan daripada orang sekeliling. Siapa saja yang tidak mahu diterima. Cuma tidak perlulah terlalu try hard hingga datangkan keburukan kepada diri sendiri.

Cubalah menolak apabila anda tidak boleh melakukan perkara yang diminta. Tak salah pun!

#3. Rasa bersalah lepas tolak

Anda akan rasa bersalah selepas menolak permintaan orang lain walaupun anda tahu jika anda lakukan permintaan itu ia akan memberi kesan tidak baik kepada anda.

Kalau anda ada sifat begini, eloklah cepat-cepat ditinggalkan. Ia tidak bagus untuk anda.

Cara berhenti jadi people pleaser

Anda mahu berhenti jadi people pleaser? Kami kongsikan tips ini yang mungkin boleh anda cuba. 

#1. Tolak dengan sopan

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
people pleaser

Kredit: inc magazine

Anda boleh saja menolak dengan sopan. Tidak perlu secara kasar hingga merenggangkan hubungan. Tapi cuba set satu standart yang mana ada batasnya untuk anda menolong orang sesuai dengan kemampuan diri anda.

#2. Tentukan standart anda

Jangan tunjuk diri anda mudah diperkotak-katikkan. Jadilah manusia yang ada harga diri dan tidak sewenang-wenangnya dipergunakan oleh orang lain.

#3. Bukan hanya anda seorang dalam dunia ini

Anda perlu ingat, bukan hanya anda seorang boleh membantu dalam hal ini. Ada ramai lagi orang lain yang boleh membantu jika anda tidak boleh membantu pada waktu itu. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tiada Ibu Yang Sempurna, Namun Setiap Ibu Berusaha Jadi Yang Terbaik, Jadi Tolong Cinta Diri Sendiri

Baca juga: 9 Tips Berkesan Mengajar Anak Menjadi Seorang Yang Pemurah & Suka Berkongsi Barang

Baca juga: Jangan Biarkan Kesilapan Masa Lampau Anda Dalam Membesarkan Anak Buat Mereka Trauma Hingga Dewasa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Berhentilah Jadi People Pleaser, Anda Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang, Boleh Efek Kesihatan Mental!
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham