TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Pakar Kongsi 5 Aktiviti Untuk Anak 2 Tahun Ke Atas, Bantu Tingkatkan Daya Sensori

4 min bacaan
Pakar Kongsi 5 Aktiviti Untuk Anak 2 Tahun Ke Atas, Bantu Tingkatkan Daya Sensori

Anak 2 tahun ke atas hendaklah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik bagi merangsang kekuatan otak serta daya sensori mereka

Memandangkan kini ada sesetengah ibu ayah terpaksa bekerja dari rumah dan memilih tidak menghantar anak kecil ke pusat jagaan, waktu inilah yang sesuai untuk anda memainkan peranan bagi meningkatkan daya sensori si manja di rumah khususnya bagi anak 2 tahun ke atas.

Tidak dinafikan kesibukan seharian membuatkan ibu ayah terlepas pandang dalam membantu anak berkembang sehingga tiada sedikit masa untuk menemani mereka bermain di rumah.

Baca juga: Mak Ayah Patut Risau Bila Anak Penggeli, Doktor Kongsi Cara Merangsang Deria Sentuhan

Aktiviti yang sesuai dan menyeronokkan untuk anak 2 tahun ke atas

aktiviti anak 2 tahun

credit to sources

Berdasarkan perkongsian di laman Twitter oleh doktor, Redza Zainol dia mengimbas kembali sewaktu menemu bual seorang ibu.

”Apa lagi aktiviti bermain yang puan buat dengan anak di rumah?” tanya beliau.

Lama juga ibu ini berfikir. Saya sabar menunggu jawapan daripadanya.

”Saya main masak-masak dengan dia. Saya tengok TV dengan dia.”

”Puan, tengok TV tidak dikira sebagai bermain dengan anak. Sudah dua kali saya bertanya, jawapannya tetap sama. Entah kenapa menonton televisyen dikira sebagai bermain dengan anak.

Aduh kesian pula dengan anak kecil ini. Usianya sudah 3 tahun setengah, cuma tahu 13 perkataan sahaja. Nak pegang pensel pun kekok. Rupa-rupanya dia pernah pegang pensel sekali dua sahaja.

Jadi saya pun cadangkan beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak 2 tahun ke atas ini:

#1. Cabut dan tampal stiker

aktiviti bersama anak

credit to sources

Cabut dan tampal stiker pada kertas besar atau dalam buku kosong. Anak saya amat sukakan stiker Little Pony, ada yang suka stiker kartun kereta. Aktiviti sebegini dapat melatih otot-oto jari. Lama-lama ibu ayah akan mendapati anak kecil cekap untuk membelek muka surat buku atau buka butang baju.

Bukan itu sahaja sambil anak tampal stiker, anda boleh juga ajar mereka tentang bentuk dan warna.

#2. Tendang bola masuk ke dalam gol

Selain bermain menangkap dan melambung bola, anda juga perlu ajar si manja untuk menendang bola masuk dalam gol. Kerusi yang ada di rumah boleh dijadikan sebagai pintu gol.

Aktiviti ini membolehkan anak kecil anda belajar seimbangkan badan dan koordinasi badan.

#3. Bina menara menggunakan blok kayu

Anak 2 tahun ke atas pasti akan bersemangat jika mereka dapat melibatkan diri dengan permainan membina menara blok kayu yang tinggi dan kemudiannya robohkan guna bola.

Ia dapat melatih fokus si manja untuk berhati-hati bagi membina menara yang lebih tinggi. Permainan sebegini selalunya amat digemari oleh anak kerana mereka dapat sepahkan banyak mainan.

#4. Tiup buih sabun

Siapa sahaja tidak suka bermain buih sabun kan? Zaman kanak-kanak tidak akan lengkap tanpa permainan ini. Caranya ibu ayah tiupkan buih sabun dan minta anak kejar untuk letupkan buih berkenaan.

Ini silap-silap ayah pun teruja join sekali!

#5. Sembunyikan batu dalam playdough

permainan anak 2 tahun
Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

credit to sources

Jika kebiasaanya permainan playdough ini memerlukan teknik menggaul dan menguli bagi mendapatkan bentuk yang disukai oleh si manja, apa kata kali ini anda cipta kelainan dengan sembunyikan batu di dalamnya.

Dengan dorongan perasaan ingin tahu, anak kecil anda akan berusaha untuk menjumpai kesemua batu besar yang berada di dalam playdough tersebut.

Kesimpulannya, anak yang sedang membesar sebenarnya tidak memerlukan permainan mahal untuk berasa seronok. Ibu ayah amat memainkan peranan dalam membentuk diri mereka agar berkembang secara normal.

Tidak salah untuk memberikan anak main telefon, namun biarlah berpada-pada. Sebenarnya mereka banyak belajar sambil bermain. Fungsi setiap anggota tubuh juga hendaklah sentiasa dirangsang supaya tidak mendatangkan masalah lain pada kemudian hari.

Bukan itu sahaja, waktu yang diluangkan bersama anak setiap hari di rumah mampu mengeratkan lagi hubungan dan menguatkan memori si manja ketika zaman kanak-kanak.

Sumber: Dr Redza Zainol

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Aktiviti Bersama Anak Di Rumah Semasa PKP, Waktu Inilah Ibu Ayah Kena Main Peranan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Pakar Kongsi 5 Aktiviti Untuk Anak 2 Tahun Ke Atas, Bantu Tingkatkan Daya Sensori
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham