TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Aktiviti Indoor Kanak-Kanak 1-2 Tahun, Dapat Merangsang Daya Pemikiran Si Manja

5 min bacaan
Aktiviti Indoor Kanak-Kanak 1-2 Tahun, Dapat Merangsang Daya Pemikiran Si Manja

Aktiviti kanak-kanak 1-2 tahun yang menarik boleh merangsang daya kemampuan si manja untuk berfikir dan mencuba pelbagai perkara baharu

Anak kecil anda sedang belajar seiring dengan pertambahan usia dan ia sesuatu yang amat menyeronokkan apabila dapat melihat si manja mula menunjukkan minat dengan aktiviti kanak-kanak 1-2 tahun.

Setiap kanak-kanak berkembang mengikut garis masanya sendiri, tetapi anda mungkin melihat si manja dapat melakukan beberapa perkara apabila memasuki usia 22-24 bulan.

Aktiviti kanak-kanak 1-2 tahun yang menyeronokkan

Antara perkembangan yang ditonjolkan si manja pada tempoh usia ini adalah:

#1. Berdiri atas hujung kaki

Pada usia ini, anak kecil anda mungkin boleh berdiri di atas hujung kaki. Berhati-hati untuk menyimpan barangan bahaya kerana dia ‘tertarik’ dan berusaha untuk mencapai objek di atas meja atau rak.

#2. Ikut arahan mudah

Sekarang atau dalam beberapa bulan akan datang, anak kecil anda mungkin dapat memahami dan mengikuti arahan mudah yang anda berikan kepadanya, seperti mengambil mainan atau duduk.

Anak anda yang berumur 22 bulan menjadi lebih berdikari serta ingin meneroka dunianya.

Walaupun dia mula belajar tentang sebab dan akibat, dia masih belum mengembangkan akal sehat dan keupayaan untuk memikirkan sesuatu dengan teliti. Pastikan anda sentiasamengawasi supaya mereka kekal selamat semasa meneroka.

Aktiviti dan mainan kanak kanak di rumah

Apabila ingin mengeratkan hubungan atau meluangkan masa dengan si manja, ibu ayah bolehlah merancang beberapa aktiviti kanak-kanak 1-2 tahun yang menyeronokkan di rumah. Antaranya ialah:

  • Gerakkan butang ke dalam bulatan

permainan kanak kanak

Letakkan beberapa butang dalam beg ziplock, tambahkan sedikit gel rambut, lukis bulatan di bahagian belakang beg, dan lekatkannya pada tingkap.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memindahkan semua butang tersebut di dalam bulatan. Ia bagus untuk perkembangan kemahiran motor pada jari kelingking.

 Satu lagi variasi aktiviti ini ialah meletakkan butang 2 warna di dalam beg dan melukis 2 bulatan warna tersebut pada beg, dan kemudian matlamat aktiviti adalah untuk mengalihkan butang ke bulatan warna yang sama.

  • Tickle game

mainan kanak kanak

Ia adalah permainan yang sangat menyeronokkan untuk dimainkan dengan kanak-kanak.

Sembunyikan bulu di bawah salah satu penutup flip pek kain lap yang dilekatkan pada papan dan galakkan si manja mencarinya. Sebaik sahaja bulu itu ditemui, gunakannya untuk menggelitik anak kecil anda dengannya.

  • Cat di atas ais

Melukis boleh menjadi lebih menyeronokkan untuk kanak-kanak apabila mereka melukis pada sesuatu yang luar biasa.

jenis mainan kanak kanak

Apabila melukis di atas ais, ia kelihatan seperti lukisan dan aktiviti deria ini dapat mewujudkan rasa ingin tahu si manja tentang apa yang berlaku. Ibu ayah boleh menggunakan cat jari biasa dan berus untuk aktiviti ini.

  • Memadankan gambar haiwan

Aktiviti Indoor Kanak-Kanak 1-2 Tahun, Dapat Merangsang Daya Pemikiran Si Manja

Buku 100 Haiwan pertama sangat bagus untuk aktiviti ini. Ibu ayah boleh meminta anak mencari mainan yang ada pada gambar dan letakkan di sebelahnya.

  • Susun ikat rambut mengikut warna

Aktiviti ini bagus untuk pengenalan warna, ia mudah disediakan dan dibersihkan. Jika kanak-kanak masih belum menyusun mengikut warna, dia mungkin suka meletakkan ikat rambut pada penyedut minuman tanpa mengira warna.

jenis permainan kanak kanak

Pengikat rambut boleh masuk ke dalam mulut kanak-kanak, sila gunakan lebih berhati-hati dengan aktiviti ini.

  • Buat pokok dengan meratakan bola playdough

Ibu ayah boleh mula menggunakan playdough ketika anak berumur kira-kira 20 bulan.

aktiviti fizikal anak

Anda boleh memberinya pinggan dengan bola playdough hijau, melukis batang pokok, dan menunjukkan kepadanya cara meratakan bola untuk membuat mahkota pokok.

Ia bagus untuk kemahiran motor dan pengalaman deria, tetapi ibu ayah masih perlu memerhatikannya dengan teliti untuk memastikan playdough tidak masuk ke dalam mulutnya.

  • Berjalan di atas bubble wrap

Jika ada bubble wrap di rumah, sila simpan dan jangan buang. Aktiviti ini amat menyeronokkan kerana si manja boleh berjalan di atasnya.

Aktiviti Indoor Kanak-Kanak 1-2 Tahun, Dapat Merangsang Daya Pemikiran Si Manja

Selain itu anak boleh merangkak di atasnya dan cuba meletupkan biji dengan tangannya. Ia adalah suatu pengalaman deria yang hebat.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
  • Meniup bulu yang melekat pada payung

Untuk aktiviti kanak-kanak 1-2 tahun ini, ibu ayah boleh  mengikat bulu pada tali dan lekatkannya pada payung, agar anak boleh duduk di dalamnya.

Aktiviti Indoor Kanak-Kanak 1-2 Tahun, Dapat Merangsang Daya Pemikiran Si Manja

Idea mainan kanak kanak ini adalah untuk membolehkannya meniup bulu dengan baik dan melatih otot mulut untuk perkembangan pertuturan.

  • Menggolek bola ping pong ke dalam rumah

Ibu ayah menggunakan bola berwarna ping pong dan bermain bersama. 

Aktiviti Indoor Kanak-Kanak 1-2 Tahun, Dapat Merangsang Daya Pemikiran Si Manja

  • Susun pelekat

Ibu ayah perlu lukis gambar katak di atas sekeping kertas. Kemudian letak di dalam pelindung helaian yang jelas, dan lekatkan pada tingkap.

Aktiviti Indoor Kanak-Kanak 1-2 Tahun, Dapat Merangsang Daya Pemikiran Si Manja

Berikan pelekat bulat hijau kepada anak untuk dipakaikan pada katak. Biasanya anak berusia 20 bulan boleh memahami arahan dan ajaran orang dewasa.

Kelebihan menggunakan pelindung helaian jelas ini kerana pelekat boleh ditanggalkan dan ditukar kedudukannya, dan juga kerana lukisan itu boleh digunakan semula dengan pelindung helaian lain.

  • Permainan span air

Permainan kanak kanak ini boleh dilakukan di atas lantai ataupun sink. Ibu ayah hendaklah menunjukkan kepada si manja tentang cara untuk melakukannya.

Aktiviti Indoor Kanak-Kanak 1-2 Tahun, Dapat Merangsang Daya Pemikiran Si Manja

Span adalah hebat, ia berwarna cerah dan sangat menyeronokkan untuk memerah air daripadanya dan merendamnya di dalam air semula.

Semoga bermanfaat!

Chicklink

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jenis Aktiviti Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun, Merangsang Daya Sensori & Otak Si Manja

Baca juga: 10 Jenis Aktiviti Motor Halus Yang Bagus Untuk Anak, Bantu Si Manja Jadi Lebih Pintar

Baca juga: 5 Jenis Aktiviti Hujung Minggu Yang Menarik Untuk Anak, Bantu Kuatkan Bonding Keluarga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Aktiviti Indoor Kanak-Kanak 1-2 Tahun, Dapat Merangsang Daya Pemikiran Si Manja
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham